Parti Azerbaijan Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Parti Azerbaijan Baru
Yeni Azərbaycan Partiyası
KetuaIlham Aliyev
(sejak 31 Oktober 2003)
PengasasHeydar Aliyev
Diasaskan18 Disember 1992
Ibu pejabatBülbül prospekti 13,
Baku, Azerbaijan
IdeologiNasionalisme,
Sekularisme,
Ekonomi pasaran sosial,
Liberalisme konservatif
Tapak web
www.yap.org.az (Azerbaijan) (Inggeris)
Markas besar Parti Azerbaijan Baru di Baku.

Parti Azerbaijan Baru (bahasa Azerbaijan: Yeni Azərbaycan Partiyası) adalah sebuah parti politik berkuasa di Azerbaijan. Parti ini dibentuk oleh Heydar Aliyev pada 18 Disember 1992 yang memimpinnya sehingga bersara dan meninggal dunia pada 31 Oktober 2003. Parti ini kini dipimpin oleh anaknya, Ilham Aliyev.

Pada pilihan raya (5 November 2000 dan 7 Januari 2001), parti ini memperoleh 62.3% suara dengan memenangi 75 dari 125 kerusi. Kandidatnya, Ilham Aliyev, dilaporkan oleh kerajaan memperoleh 80% suara pemilih dalam pemilihan presiden 15 Oktober 2003, yang dikritik telah melakukan kejuruteraan suara dari kumpulan-kumpulan seperti Pengawas Hak-hak Asasi manusia (Human Rights Watch). Pada pilihan raya 6 November 2005, parti ini memenangi 56 dari 125 kerusi. Pada pilihan raya pada 7 November 2010, parti ini memenangi 72 dari 125 kerusi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]