Pergi ke kandungan

Parti Bansa Dayak Sarawak Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Bansa Dayak Sarawak
Sarawak Native People's Party
SingkatanPBDS
PresidenDr. John Brian Anthony
Setiausaha agungSanjan Daik
Timbalan PresidenDr. Bernard Tahim Bael
Ketua PemudaJerry Robert
Ketua WanitaMarilyn Mitsui anak Sogep
Pengasas
  • Leo Moggie
  • Daniel Tajem
Diasaskan28 Ogos 2013
Didahului olehParti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB)
Ibu pejabatTingkat 1, Lot 1192, S/L 5855, Sibu Jaya New Township, 96000, Sibu, Sarawak
Ideologi
Kedudukan politikBerhaluan tengah kiri
Hubungan serantauPAS Sarawak (rakan kongsi parti PBDS)[1]
Warna     Biru
     Merah
     Putih
Slogan
  • Agi Idup, Agi Ngelaban (2013 – 2020)
  • Dayak Didahulukan (Dayak First) (2021 – 2024)
  • Satu Dayak, Satu Suara, Satu Harapan
    (One Dayak, One Voice, One Hope) (2025 – kini)
Tapak sesawangpbdsbaru.com Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan lain
Facebook: Parti-Bansa-Dayak-Sarawak-Baru-PBDS-Baru-166647730194199 Sunting nilai ini di Wikidata
Dewan Negara:
0 / 70
Dewan Rakyat:
0 / 31
(kerusi Parlimen di Sarawak)
Dewan Undangan Negeri Sarawak:
0 / 99
Premier Sarawak:
0 / 1
(hanya di Sarawak)
Catatan kaki
Parti Bansa Dayak Sarawak Baru di Facebook
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Parti Bansa Dayak Sarawak (bahasa Inggeris: New Sarawak Native People's Party, singkatan PBDS, atau dulu dikenali sebagai PBDS Baru) merupakan sebuah parti politik berhaluan tengah kiri yang berpangkalan di Sibu, Sarawak dan juga di Kuching, Sarawak. Ia merupakan sebuah parti politik tempatan yang terkuat di Sarawak, dan parti politik ini juga diaktifkan sepenuhnya serta diluluskan secara sah oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).

Sejarah penubuhan

Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) adalah sebuah parti politik tempatan berhaluan kanan yang pada mulanya berpangkalan di Sibu, Sarawak. Kini PBDS mempunyai sebuah lagi pejabat cawangan baharu PBDS di Kuching, Sarawak. Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) juga merupakan sebuah parti politik tempatan Sarawak yang diaktifkan sepenuhnya serta mendapat kelulusan yang sah oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS), selepas 9 tahun dibubarkan. Sepanjang tempoh pembubaran parti lamanya, iaitu Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS), terdapat 2 buah parti politik tempatan yang didominasi oleh kaum Dayak, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang pernah wujud pada awal 2000-an tetapi gagal didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) atas sebab isu sensitiviti yang melibatkan seluruh masyarakat Dayak Sarawak.

Perebutan jawatan dalaman Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) antara Datuk Seri Daniel Tajem yang sepatutnya mengambil alih kepimpinan parti itu tapi telah dibantahi dan dipertikaikan, dan bekas Ketua Penerangan PBDS, Datuk Seri Dr. James Jemut Masing telah mengakibatkan parti PBDS dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan dibubarkan sebanyak 2 kali pada 5 Disember 2003 dan 21 Oktober 2004. Manakala pendaftaran bagi Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang telah dikemukakan pada 6 Mei 2005 pula telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui suratnya bertarikh 9 April 2008 berhubung keputusan ROS pada 19 Julai 2006 yang menolak permohonan MDC untuk didaftarkan sebagai parti politik atas sebab "keselamatan dan ketenteraman awam" di bawah Artikel 7 Akta Pertubuhan. Anggota jawatankuasa penaja MDC Walau bagaimanapun telah mengemukakan rayuan kepada KDN pada 12 Ogos 2006 berhubung keputusan ROS itu namun rayuan pendaftaran barunya masih belum diluluskan sehingga kini.

Kelengahan dan keengganan ROS meluluskan pendaftaran MDC telah membuntukan usaha jawatankuasa penaja parti baru itu yang memutuskan untuk tidak merujuk masalah mereka kepada penghakiman di mahkamah dan hanya dapat menyerahkan nasib masa depan parti baru mereka yang belum dapat didaftarkan kepada ROS. Usaha baru juga dilakukan bagi mendaftarkan semula Parti Bangsa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru). Parti ini sah didaftarkan pada 28 Ogos 2013. Pada 2020, Resolusi Kapit telah diadakan dan mencadangkan agar nama parti ini dikenali sebagai Parti Bansa Dayak Sarawak. Usul ini telah dipersetujui semasa TDC 2022. Pada September 2022, ROS telah meluluskan pendaftaran parti sebagai PBDS Dan logo parti menggunakan logo asal 1983 ~ 2004. [2] PBDS Baru pernah bertanding di lima (5) kerusi majoriti etnik Dayak di dalam Pilihan raya negeri Sarawak 2016.[3][4]

Pada 27 September 2022, Pendaftaran Pertubuhan (RoS) secara rasminya meluluskan pendaftaran nama parti baharu PBDSB, dengan menggunakan nama asal parti iaitu Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)[5].

Organisasi kepimpinan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PBDS (2025 – 2028)

  • Pengerusi Tetap PBDS:
    • Leighton anak Manjah
  • Timbalan Pengerusi:
    • Sivorman @ Solomon @ Riggang anak Nayup
  • Presiden:
    • Dr. John Brian Anthony
  • Timbalan Presiden:
    • Dr. Bernard Tahim Bael
  • Naib Presiden:
    • Dr. Bego Sepop @ Bego Sapok
    • Puso bin Bujang
    • Dr. Muhammad Syafiq Thomas Abdullah @ Thomas Buan
    • Dr. Bayang Teron
    • Kipli anak Ayom
  • Setiausaha Agung:
    • Sanjan Daik
  • Timbalan Setiausaha Agung:
    • Saging anak Alut
  • Ketua Penerangan:
    • Sigie Badang
  • Timbalan Ketua Penerangan:
    • Lee Ramsey Richard Wil
  • Bendahari Agung:
    • Kembi Rigong
  • Timbalan Bendahari Agung:
    • Petrus Simon Awan
  • Juruaudit Dalaman:
    • Nicholas Ayu anak Dominic
  • Penasihat Undang-Undang:
    • Alpha anak Dragam
  • Ketua Pemuda PBDS:
    • Jerry Robert
  • Ketua Wanita PBDS:
    • Marilyn Mitsui anak Sogep
  • Ahli Majlis Tertinggi (Supreme Council Members):
    • Lemada anak Ungrol
    • Lalai anak Kawang
    • Lansanda Alik
    • Muking anak Amut
    • Ambun anak Nyanggah
    • Arundi anak Ganjoh
    • Aina anak Duod
    • Norfadzillah Abdullah @ Mimi Stephen
    • Elia anak Ungak
    • Michael Samuel
    • Dennis anak Benggau
    • Timah anak Unchat
    • Robert Siting
    • Saligie anak Nyandang
    • Derik Wat
    • Umie Liau
    • Kimchong anak Andrew Jikie
    • Joshua Jabeng
    • Dr. Richard Ibuh[6]

Keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016

No. DUN Calon Jumlah undi Keputusan
N1OparPatrick Anak Kuren524Kalah (Hilang deposit)
N22KudupMark Murau Anak Sumon168Kalah (Hilang deposit)
N23Bukit SimujaCobbold Anak Lusoi133Kalah (Hilang deposit)
N30Balai RinginPok Anak Ungkut90Kalah (Hilang deposit)
N75SenadinPhilemon Anak John Edon329Kalah (Hilang deposit)

Keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021

Pada pilihanraya umum negeri Sarawak 2021, sebanyak 11 calon PBDS Baru bertanding. Walau bagaimanapun, malangnya kesemua calon PBDS Baru gagal memenangi pilihan raya disebabkan oleh jumlah undi yang sangat berkurangan, jumlah keahlian yang amat sedikit, sokongan penyokong parti yang agak lemah, serta ketidakadilan sistem pilihan raya & ketidakadilan sistem kempen-kempen pilihan raya yang dilaksanakan, akibat sistem pilihan raya yang didominasi sepenuhnya oleh kerajaan pusat pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

No. DUN Calon Jumlah undi Keputusan
N1OparSaini anak Kakong220Kalah (Hilang deposit)
N31Bukit BegunanEntusa anak Imam115Kalah (Hilang deposit)
N49NgemahLeo anak Bunsu354Kalah (Hilang deposit)
N52DudongJulius Enchana893Kalah (Hilang deposit)
N61PelagusMoses anak Ripai76Kalah (Hilang deposit)
N62KatibasSai anak Malaka62Kalah (Hilang deposit)
N63Bukit GoramRobert Saweng259Kalah (Hilang deposit)
N66MurumKenneth Adan Silek159Kalah (Hilang deposit)
N70SamalajuBaba anak Emperan199Kalah (Hilang deposit)
N75SenadinBobby William511Kalah (Hilang deposit)
N76MarudiSawing anak Kedit124Kalah (Hilang deposit)

Statistik keahlian

Tahun Pengerusi parti Jumlah keahlian parti Jumlah kerusi DUN (Sarawak) Jumlah kerusi Parlimen (Sarawak)
1987 Leo Moggie Irok 54,910
15 / 48
0 / 27
1991 Leo Moggie Irok 40,382
7 / 56
0 / 27
1996 Leo Moggie Irok 36,140
8 / 62
0 / 28
2001 Daniel Tajem 19,106
0 / 62
0 / 28
2006 Daniel Tajem 5,184
0 / 71
0 / 31
2011 Daniel Tajem 5,100
0 / 71
0 / 31
2016 Bobby William 7,013
0 / 82
0 / 31
2021 Bobby William 7,112
0 / 82
0 / 31
2026 Dr. John Brian Anthony 20,932
0 / 99
0 / 31

Lihat juga

Rujukan

  1. PAS Sarawak open to PBDS partnership for State election, says DAP talks 'not yet' amid federal tensions
  2. Nurul Ain Mohd Hussain (2 September 2013). "ROS Umum 20 Parti Politik Baru Yang Diluluskan" (dalam bahasa Malay). mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 7 May 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. "PBDS Baru To Contest Less Than 10 Dayak-Majority Seats". Bernama. 20 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2016. Dicapai pada 28 April 2016. (langganan diperlukan)
  4. "Former MP Anek to stand in Opar". The Borneo Post. 21 April 2016. Dicapai pada 28 April 2016.
  5. https://www.theborneopost.com/2022/09/28/ros-approves-partys-name-change-to-parti-bansa-dayak-sarawak/
  6. Bekas ahli parti PBK.

4.https://www.theborneopost.com/2019/05/19/bobby-william-heads-pbds-baru/?amp https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/03/27/pbds-weighing-whether-to-contest-ge15-says-president/2049882

Pautan luar