Parti Barisan Pulau Pinang
Parti Barisan Pulau Pinang Penang Front Party 槟城前进党 | |
---|---|
Presiden | Patrick Ooi Khar Giap 黄家业 |
Secretary General | Lee Poh Kong 李宝光 |
Ditubuhkan | 6 September 2016 |
Digantikan oleh | Parti Utama Rakyat |
Ibu pejabat | Perai |
Sayap belia | Jasper Ooi Zong Han 黄宗汉 |
Ideologi | Semangat Tempatan (fahaman keserantauan/regionalisme) |
Slogan | "Penang for Penangites" 槟城人的槟城 (Pulau Pinang untuk Orang Pulau Pinang) |
Dewan Negara: | 0 / 70
|
Dewan Rakyat : | 0 / 222
|
Dewan Undangan Negeri : | 0 / 587
|
Bendera parti | |
Fail:PFP | |
Laman sesawang | |
Parti Barisan Pulau Pinang di Facebook | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Parti Barisan Pulau Pinang (bahasa Inggeris: Penang Front Party , disingkatkan sebagai PFP) ialah sebuah parti politik berpengkalan di Pulau Pinang, Malaysia. Ia ditubuhkan pada September 2016 oleh Lee Poh Kong yang menjadi pengerusi penaja dan Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai penasihat[1]. Ia dihidupkan semula oleh seorang ahli perniagaan, Patrick Ooi pada Mei 2017. Sebagaimana namanya, ia memperjuangkan beberapa kerusi di Pulau Pinang ketika Pilihan Raya Umum Malaysia 2018, tetapi juga menghantar calon di Parlimen Bukit Bintang, Kuala Lumpur[2]. Walau bagaimanapun, mereka gagal dalam usaha pemilihan mereka yang pertama dengan semua calon mereka kehilangan deposit. Walaupun ia ditubuhkan dengan berpenasihatkan seorang pemimpin UMNO, Barisan Nasional dan UMNO mendakwa tidak mempunyai kaitan dengan parti ini[3].
Calon-calon pilihan raya
[sunting | sunting sumber]PRU 2018 - Parlimen
[sunting | sunting sumber]- Batu Kawan, Pulau Pinang - Datuk Patrick Ooi Khar Giap - Hilang Deposit
- Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan - Khairul Husni Othman - Hilang Deposit
PRU 2018 - DUN Pulau Pinang
[sunting | sunting sumber]- Sungai Puyu - Ong Yin Yin - Hilang Deposit
- Bagan Jermal - Fabian George Albart - Hilang Deposit
- Bagan Dalam - Jasper Ooi Zong Han - Hilang Deposit
- Berapit - Lee Poh Kong - Hilang Deposit
- Padang Lalang - Liew Ee Jin - Hilang Deposit
- Perai - Datuk Patrick Ooi Khar Giap - Hilang Deposit
- Bukit Tengah - Joseph Edward - Hilang Deposit
- Bukit Tambun - Ong Seong Lu - Hilang Deposit
- Jawi - Daphne Edward - Hilang Deposit
- Datuk Keramat - Nicholas Diane Morgan - Hilang Deposit
- Batu Uban - Teoh Kean Liang - Hilang Deposit