Parti Bumi Kenyalang
Parti Bumi Kenyalang Land of the Hornbill Party 肯雅兰全民党 | |
|---|---|
| Singkatan | PBK |
| Pemimpin/ketua | Voon Lee Shan |
| Diasaskan | 2013 |
| Pecahan | |
| Ibu pejabat | |
| Sayap belia/pemuda | Angkatan Pemuda PBK |
| Sayap wanita | Pergerakan Wanita PBK |
| Ideologi | |
| Kedudukan politik | Berhaluan kiri |
| Hubungan kebangsaan | Gagasan Rakyat Sarawak (GAGASAN) (2025 – kini) |
| Warna | Emas, Merah, Hitam |
| Tapak sesawang | Party Bumi Kenyalang Official Facebook |
| Dewan Negara: | 0 / 70 |
| Dewan Rakyat (Sarawak): | 0 / 31 |
| Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 0 / 99 |
| Premier Sarawak: | 0 / 1 |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Parti Bumi Kenyalang (PBK) adalah sebuah parti politik tempatan yang didaftarkan secara rasmi pada tahun 2013 dan berpusat di kawasan Bintulu dan juga di kawasan Kuching. Parti politik ini masih aktif dan terus beroperasi di seluruh wilayah Sarawak. Dan parti politik ini juga didominasi oleh semua golongan masyarakat dari pelbagai kaum, agama, dan latar belakang yang berbeza di Sarawak.[1]
Sejarah penubuhan
Parti Bumi Kenyalang (PBK) merupakan parti politik tempatan ini ditubuhkan oleh beberapa bekas ahli parti politik terdahulu (DAP Sarawak, PKR Sarawak, dan Parti Sedar Rakyat (SEDAR).). Parti politik ini juga dianggotai oleh beberapa pihak termasuk para pemimpin tempatan pelbagai kaum, golongan professional, golongan aktivis hak asasi manusia, golongan wanita, dan juga golongan belia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, dan bangsa di Sarawak.
Jumlah keseluruhan ahli Parti Bumi Kenyalang (PBK) pada awal penubuhan hanya sebanyak 500 orang sahaja. Parti politik ini turut mengamalkan sifat neutralisme, iaitu bersikap enggan memihak kepada mana-mana parti politik lain sama ada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang.
Matlamat utama penubuhan Parti Bumi Kenyalang (PBK) sebagai sebuah parti politik tunggal (sole political party) adalah untuk memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat Sarawak demi mencapai keadilan, keseimbangan ekonomi dan taraf hidup masyarakat, mengutamakan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum, dan peluang dalam sistem sedia ada dengan mewujudkan satu masyarakat makmur, stabil dan saksama.
Parti Bumi Kenyalang turut memperjuangkan sepenuhnya hak-hak autonomi wilayah Sarawak serta hak kedaulatan penuh Sarawak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga melalui Perjanjian 18 Perkara Sarawak. Ini termasuk hak kewargenegaraan rakyat Sarawak, hak imigresen wilayah, hak autonomi perairan wilayah Sarawak, hak tanah adat peribumi Dayak Sarawak, pembangunan infrastruktur wilayah Sarawak, hal ehwal keselamatan sempadan wilayah, hak autonomi kewangan dan ekonomi Sarawak, hak autonomi kesihatan dan pendidikan Sarawak, serta hak autonomi gas asli dan petroleum Sarawak.
Kini Parti Bumi Kenyalang merupakan sebuah parti politik tempatan Sarawak yang bebas, berani, berintegriti, lebih matang, berwawasan, berwibawa, dan mampu mendapat sokongan yang lebih baik di kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Sarawak.
Organisasi kepimpinan Parti Bumi Kenyalang (PBK)
Majlis Pimpinan Tertinggi PBK
- Pengerusi Tetap:
- Yu Chin Liik
- Timbalan Pengerusi Tetap:
- Yii Sie Tung
- Presiden:
- Voon Lee Shan
- Timbalan Presiden:
- Peli Aron
- Naib Presiden:
- Datuk Joseph Entulu Belaun[2]
- Saharuddin Abdullah
- Naib Presiden (Wanita):
- Jamie Tiew Yen Houng
- Naib Presiden (Pemuda):
- Linang Chapum
- Setiausaha Agung:
- Priscilla Lau
- Timbalan Setiausaha Agung:
- Olivia Lim Wen Sia
- Bendahari Agung:
- Eric Ngieng
- Setiausaha Organisasi:
- Leslie Ting
- Timbalan Setiausaha Organisasi:
- Stevenson Joseph
- Setiausaha Publisiti & Media:
- Arthur Wong
- Timbalan Setiausaha Publisiti & Media:
- Devora Chung
- Pengerusi Perhubungan Awam:
- Andy Yek
- Timbalan Pengerusi Perhubungan Awam:
- Alex Woo
- Ahli Jawatankuasa Pusat:
- Dr. Stephen Sungan
- Ang Hui Lee
- Lai Chii Chuan
- Ting Ung Sii
- Voon Hian Ting
- Kasim Mana
- Iskandar Sukarno
- Agatha Wong
- Lau Chii Tiing
- Prof. Dr. Petrus Bulan
- Michelle Ling Shyan Mih
- Charlie Genam
- Baha Iman
- Atet Dego
- Patrick K. K. Teo
- Salleh Mahali
- Usup Asun
- Desmond Gani Pengiran
- Yunus Basri
- Chieng Kung Chiew
- Dato' Othman Abdillah[3]
Lihat juga
- Parti Demokratik Progresif (PDP)
- Parti Rakyat Sarawak (PRS)
- Gabungan Parti Sarawak (GPS)
- Gagasan Rakyat Sarawak (GAGASAN)
- Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
Laman web & media sosial rasmi
- [1] on [[PBK_Facebook-Live]]
- [2] on [[PBK_website]]
- [3] on [[Voice_Of_Kenyalang]]
Rujukan
- ^ Bernama (2 September 2013). "ROS approves 20 new political parties". fz.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2016. Dicapai pada 9 April 2016.
- ^ Bekas pemimpin parti PSB.
- ^ Bekas pemimpin parti SEDAR.
