Parti Colorado (Paraguay)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Colorado
Asociación Nacional Republicana – Partido Colorado
PemimpinLilian Samaniego
DitubuhkanSeptember 1887
Ibu pejabatAsunción
IdeologiNasionalisme Paraguay, Konservatisme
Kedudukan politikPertengahan kanan
Penggabungan serantauKesatuan Parti Amerika Latin
Penggabungan antarabangsaKesatuan Demokrat Antarabangsa
WarnaMerah dan Putih
Dewan Rakyat
44 / 80
Senat
19 / 45
Laman sesawang
www.anr.org.py
Politik Paraguay
Parti politik
Pilihan raya

Persatuan Republikan Kebangsaan – Parti Colorado (Asociación Nacional Republicana – Partido Colorado, ANR-PC) ialah parti politik di Paraguay yang diasaskan pada tahun 1887 oleh Bernardino Caballero. Biasanya dikenali sebagai Parti Colorado, ia ditewaskan dalam pilihan raya umum yang diadakan pada bulan April 2008, selepas berkuasa selama 61 tahun. Ia kembali berkuasa pada 2013.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Parti Colorado pada asalnya memerintah Paraguay dari tahun 1887 hingga tahun 1904. Pada tahun 1946, parti itu menyertai kerajaan bersama-sama dengan Parti Febreristas, semasa Higinio Morinigo merupakan Presiden Paraguay.

Dari tahun 1947 hingga tahun 1962, Parti Colorado memerintah Paraguay sebagai sebuah negara ekaparti, dengan semua parti politik yang lain diharamkan.[1] Ia juga bertindak sebagai salah satu daripada dua tunggak yang menyokong rejim Stroessner, dengan tunggak yang lain itu merupakan tentera Paraguay.[2]

Dalam pilihan raya perundangan pada 27 April 2003, Parti Colorado memenangi 35.3 % daripada undi suka ramai dan 37 daripada 80 kerusi dalam Chamber of Deputies of Paraguay (Majlis Perundangan Paraguay). Parti Colorado juga memenangi 16 daripada 45 kerusi dalam Senat (32.9%). Di samping itu, calonnya, Nicanor Duarte Frutos, memenangi 37.1 % daripada undi suka ramai dalam pilihan raya memilih presiden yang diadakan pada hari yang sama dan dengan itu, dipilih sebagai Presiden Paraguay.

Parti Colorado pada asalnya berpendirian konservatisme dan mewakili mereka yang menentang Parti Liberal. Pada 20 April 2008, Parti Colorado mengalami kekalahan dalam pilihan raya presiden buat pertama kali sejak 61 tahun. Parti itu ditewaskan oleh Fernando Lugo, seorang biskop Roman Katolik dan calon sayap kiri. Ini merupakan kali pertama kedua-dua calon sayap kiri dan biskop dipilih menjadi Presiden dalam sebuah pilihan raya bebas di Paraguay. Dalam pilihan raya ini, Parti Colorado diwakili oleh Blanca Ovelar, seorang wanita, dan dengan itu, juga merupakan kali pertama seorang wanita dicalonkan untuk jawatan presiden dalam politik Paraguay.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]