Parti Demokrasi Baru (Yunani)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Parti Demokrasi Baru (Greece))
Νέα Δημοκρατία
Demokrasi Baru
PengasasKonstantinos Karamanlis
Ditubuhkan4 Oktober 1974
Ibu pejabat340 Syggrou Ave.,
176 73 Kallithea, Athens
IdeologiKonservatisme liberal[1][2]
Konservatisme[3][4][5]
Demokrasi Kristian[1]
Kedudukan politikPertengahan kanan[6][7]
Penggabungan EropahParti Rakyat Eropah
Penggabungan antarabangsaCentrist Democrat International
International Democrat Union
Kumpulan Parlimen EropahParti Rakyat Eropah
WarnaBiru
Parlimen
128 / 300
Parlimen Eropah
7 / 22
Kawasan
261 / 725
Bendera parti
Laman sesawang
www.nd.gr
Politik Yunani
Parti politik
Pilihan raya

Parti Demokrasi Baru[8] (Yunani: Νέα Δημοκρατία, Néa Dimokratía, harfiahnya "Republik Baharu", singkatan ΝΔ, ND,) ialah sebuah parti utama di Yunani. Ia diasaskan pada 1974 oleh Konstantinos Karamanlis, dan terus memenangi pilihan raya pertamanya. Kemudian, sekitar 1980-an dan 1990-an ND menjadi parti pembangkang dalam Parlimen. Pada 7 Mac 2004 dalam pilihan raya perundangan, ND kembali menerajui kerajaan selepas parti itu dipimpin oleh Kostas Karamanlis sehingga Oktober 2009. Antonis Samaras menjadi presiden baru pada November 2009.

Pada 6 Mei 2012, pilihan raya umum diadakan lebih awal bagi menyelesaikan kemelut politik yang timbul akibat krisis hutang Eropah amnya dan Greece khasnya. ND mendapat undi terbanyak, dengan 108 daripada 300 kerusi. Tanpa majoriti, ND memiliki tiga hari untuk membentuk kerajaan campuran,[9] namun gagal. Parti lain juga gagal.[10] Akibatnya, pilihan raya baharu dijalankan pada 17 Jun. ND mendapat undi terbanyak, menambah 21 kerusi menjadi 129 semuanya, tetapi masih kurang daripada 151 kerusi yang perlu bagi mendapat majoriti.[11] Atas dasar isu penyelesaian krisis ekonomi, ND berjaya membentuk kerajaan "pro-euro" dengan kerjasama PASOK dan DIMAR. Antonis Samaras menjadi Perdana Menteri baharu.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Wolfram Nordsieck, "Greece", Parties and Elections in Europe, dicapai pada 15 Mac 2012
  2. ^ Takis S. Pappas (2001), "In Search of the Center: Conservative Parties, Electoral Competition, and Political Legitimacy in Southern Europe's New Democracies", Parties, Politics and Democracy in the New Southern Europe, The Johns Hopkins University Press, m/s. 227
  3. ^ Vít Hloušek; Lubomír Kopeček (2010), Origin, Ideology and Transformation of Political Parties: East-Central and Western Europe Compared, Ashgate, m/s. 157
  4. ^ Takis S. Pappas (29 November 2010), "The causes of the Greek crisis are in Greek politics", Open Economy |access-date= requires |url= (bantuan)
  5. ^ "New Democracy", Encyclopaedia Britannica, dicapai pada 15 Mac 2012
  6. ^ Robert Thomson (2011), Resolving Controversy in the European Union:Legislative Decision-Making Before and After Enlargement, Cambridge University Press, m/s. 90
  7. ^ Constantine Arvanitopoulos; Nikolaos Tzifakis (2010), Reforming Europe: The Role of the Centre-Right, Springer, m/s. 6
  8. ^ Pilihan raya Greece tiada pemenang mutlak Utusan Online. 8 Mei 2012.
  9. ^ "Greece exit polls suggest no majority win – Europe". Al Jazeera English. 4 Oktober 2011. Dicapai pada 7 Mei 2012.
  10. ^ Greek President Expected to Name Caretaker Government NYTimes.com. 15 Mei 2012.
  11. ^ Kerajaan baru Greece bincang tubuh kerajaan perpaduan Utusan Online. 20 Jun 2012.
  12. ^ Antonis Samaras Is Sworn In as Greek Prime Minister NYTimes.com. 20 Jun 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]