Parti Demokratik Progresif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Progressive Democratic Party
Parti Demokratik Progresif
Nama Chinese民主进步党 Mínzhǔ jìnbù dǎng
Nama MalayParti Demokratik Progresif
SingkatanPDP
PresidenDato' Sri Tiong King Sing
Setiausaha agungAnthony Nogeh Gumbek
Deputy PresidentNelson Balang Rining
Youth LeaderRobert Ayu
Women LeaderChiew Yen Chew
PengasasPeter Nyarok Entrie
Ditubuhkan2002 (2002)[1]
PecahanSarawak National Party (SNAP)
Didahului olehSarawak Progressive Democratic Party (SPDP)
Ibu pejabatLot 158, 159 & 160, Seksyen 20, KTLD 9F/9G/9H, Jalan Badruddin, 93400 Kuching, Sarawak
Ideologi• Regionalisme
Nasionalisme Sarawak
Demokrasi sosial
• Hak ekonomi Sarawak
• Hak kebajikan rakyat
• Perjanjian Malaysia 1963
• Pemikiran bebas rakyat
Kedudukan politikTengah ke kiri
Penggabungan kebangsaanBarisan Nasional (2002–2018)
Perikatan Nasional (2020—kini) (rakan sekutu)
Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif)
Warna     Blue, yellow
Dewan Negara:
1 / 70
Dewan Rakyat:
2 / 222
Dewan Undangan Negeri Sarawak:
5 / 82
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya


Parti Demokratik Progresif atau Progressive Democratic Party (PDP), merupakan sebuah parti politik tempatan yang ditubuhkan serta didaftarkan secara rasmi pada 9 November 2002, dan parti ini juga merupakan parti serpihan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Ini disebabkan oleh wujudnya perbalahan antara pucuk pimpinan dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang melibatkan pihak pembangkang sehingga mengakibatkan ramai ahli SNAP bertindak keluar parti, dan bersepakat menubuhkan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang diterajui oleh presiden parti ketika itu, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom. Dan parti politik ini aktif berkhidmat sehingga kini.

Pada pertengahan tahun 2002, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) sekali lagi mengalami krisis dalaman parti berkenaan, apabila pemangku presiden SNAP waktu itu, Datuk Amar James Wong Kim Min, bertindak memecat bendaharinya yang juga merupakan ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing pada bulan April 2002 atas sebab tindakan disiplin sekaligus mencetuskan krisis kepimpinan dan perpecahan parti yang mengakibatkan perpecahan antara dua puak. Satu puak diterajui oleh pemangku presiden James Wong dan timbalan presiden SNAP ketika itu, Peter Tinggom. Manakala satu puak lagi diketuai oleh naib presidennya yang berimpian tinggi, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom.

Krisis perpecahan yang berlaku ini telah mengakibatkan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang juga merupakan parti tertua negeri Sarawak selama 41 tahun, secara rasminya dibatalkan pendaftarannya pada 5 November 2002 oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Pada masa yang sama, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tidak lagi diisytiharkan sebagai parti politik yang sah dan diwartakan sebagai pertubuhan politik yang tidak berdaftar.

Susulan pembatalan pendaftaran baharu parti SNAP, bekas naib presiden parti berkenaan, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom akhirnya bersetuju untuk menubuhkan sebuah parti politik tempatan baharunya iaitu Parti Demokratik Progresif Sarawak atau dikenali sebagai Progressive Democratic Party (PDP), yang merupakan parti serpihan baharu daripada parti lamanya, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). PDP telahpun didaftarkan serta diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 November 2002, iaitu 4 hari kemudian selepas ROS bertindak membatalkan pendaftaran SNAP. [2][3]

Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) kini diterajui oleh presiden baharu yang juga merupakan bekas bendahari SNAP dan ahli parlimen Bintulu, Dato' Sri Tiong King Sing. Pada pilihan raya umum negeri Sarawak tahun lalu (PRU DUN Sarawak 2021), PDP berjaya memperoleh lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Kini, PDP merupakan sebahagian daripada komponen parti Perikatan Nasional.

Sejarah pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2016, PDP berjaya memperoleh 3 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Manakala melalui pilihan raya umum Malaysia 2013, PDP berjaya memperoleh 2 kerusi di peringkat parlimen.

Pada pilihan raya umum DUN Sarawak 2021, PDP mencatatkan kemenangan mutlak dengan memperoleh 5 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Organisasi kepimpinan Parti Demokratik Progresif (PDP)[sunting | sunting sumber]

  • Presiden:
    • Dato' Sri Tiong King Sing
  • Timbalan Presiden:
    • Nelson Balang Rining
  • Naib Presiden Kanan:
    • Datu Dr. Penguang Manggil
    • Rolland Duat Jubin
  • Naib Presiden:
  • Setiausaha Agung:
  • Timbalan Setiausaha Agung:
  • Ketua Penerangan:
  • Timbalan Ketua Penerangan:
  • Bendahari Agung:
  • Timbalan Bendahari Agung:
  • Pengarah Strategi Pilihanraya:
  • Setiausaha Organisasi:
  • Penasihat Khas (Reformasi Politik):
  • Penasihat Khas (Undang-undang Parti):
  • Penasihat Khas (Gerak Kerja Parti):
  • Penasihat Khas (Keahlian & Undi 18):
  • Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat (dipilih):
  • Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat (dilantik):

Senarai perwakilan PDP[sunting | sunting sumber]

Dewan Negara[sunting | sunting sumber]

Dilantik atas perkenan SPB Yang Di-Pertuan Agong

Dewan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Negeri Bil. Parlimen Penyandang Parti
 Sarawak P217 Bintulu Tiong King Sing PN–PDP
P220 Baram Anyi Ngau PN–PDP
Jumlah Sarawak (2)

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak[sunting | sunting sumber]

P205 Saratok[sunting | sunting sumber]

N39 Krian: Friday anak Belik (PN–PDP)

P209 Julau[sunting | sunting sumber]

N48 Meluan: Rolland Duat Jubin (PN–PDP)

P211 Lanang[sunting | sunting sumber]

N52 Dudong: Dato' Sri Tiong King Sing (PN–PDP)

P220 Baram[sunting | sunting sumber]

N76 Marudi: Datu Dr. Penguang Manggil (PN–PDP)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Parti Demokratik Progresif - Barisan Nasional". Barisan Nasional. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2017. Dicapai pada 12 June 2018.
  2. ^ Sarawak’s Snap deregistered by ROS, 5 Nov 2002, Malaysiakini
  3. ^ SNAP to Seek Judicial Review of Deregistration, 26 Nov 2002, New Straits Times