Parti Harapan Rakyat Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Parti Harapan Rakyat Sabah
PresidenLiew Yun Fah (2020-kini)
Ditubuhkan25 Oktober 2016
Ibu pejabatKota Kinabalu, Sabah
IdeologiKeadilan Sosial, Sabah
WarnaBiru, Merah, Putih

Parti Harapan Rakyat Sabah (singkatan: Harapan Rakyat) atau Sabah People's Hope Party ialah sebuah parti politik di Malaysia. Parti ini telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 24 Oktober 2016. [1] [2]

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Harapan Rakyat pada mulanya ditubuhkan sebagai parti serpihan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2016. Harapan Rakyat HR diasaskan oleh golongan pro Datuk Seri Lajim Ukin, aktivis PKR dan golongan akar umbi PKR Sabah. Harapan Rakyat dipercayai akan bertanding dalam PRU14.

Pembubaran parti[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Februari 2019, parti ini khabarnya dibubarkan dan semua 64000 ahlinya akan menyertai Bersatu (PPBM) iaitu komponen Pakatan Harapan. Walau bagaimanapun, pada 3 Ogos 2019, parti ini dikekalkan oleh sebilangan ahli majlis tertinggi melalui Persidangan Agung Perwakilan Khas. Ahli Majlis Tertinggi membuat pemilihan dan Brigade Jeneral (B) Tan Sri Liew Yun Fah JP dipilih sebagai Presiden parti.

Pada pilihan raya negeri Sabah 2020, parti ini menghantar calon[3].

Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

Negeri Bil. Kawasan negeri Ahli Parti
Sabah N70 Kukusan Rina Jainal Harapan Rakyat
Jumlah Sabah (1)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]