Parti Keluarga Malaysia
Parti Keluarga Malaysia (Jawi: ڤرتي کلوارݢ مليسيا) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang bakal diambil alih oleh beberapa orang ahli politik negara ini,. Parti ini dijadualkan akan diketuai oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ketua Pembangkang Malaysia terkini sejak 2022.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Terdapat enam ahli parlimen yang dipecat oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), termasuklah Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Fathul Huzir Ayob (Gerik) dan Kapten Azahari Hasan (Padang Rengas) susulan terdapat krisis perpecahan dalam parti politik tersebut sejak hujung tahun lepas.[1]
Terdapat 19 Ahli Dewan Rakyat Malaysia yang hadir di Program Reset yang bertempat di Rumah Kelab Persatuan Universiti Malaya (PAUM) pada 14 Februari 2026, termasuklah enam ahli parlimen yang sudah dipecat oleh BERSATU.[2] Program ini diadakan bagi membina "rumah baharu" yang lebih kukuh berbanding struktur politik yang sedia ada, melakukan pembaharuan dalam sistem pentadbiran dan perundangan negara, menyatukan rakyat pelbagai kaum, agama, dan wilayah demi kesejahteraan bersama, mengagihkan kekayaan negara dengan lebih adil dan membaiki perkhidmatan kerajaan. Di samping itu, Datuk Seri Hamzah juga mengisytiharkan bahawa Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan musuh no 1 beliau.
Pengasas Parti Keluarga Malaysia, Khairi Jaya berkata bahawa perbincangan sebanyak dua kali telah berlaku, Beliau juga menambah bahawa kini usaha bagi membuka laluan terhadap Ketua Pembangkang terbabit memimpin parti terbabit hampir pasti. "Perbincangan sudah diadakan sebanyak dua kali bersama Datuk Seri Hamzah dan ahli Parlimen lain (yang dipecat BERSATU) termasuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. Perbincangan terbaharu adalah minggu lalu pada Khamis dan boleh dikatakan 90 peratus sudah pasti Hamzah akan mengambil alih Parti Keluarga Malaysia," beliau tambah.
Walau bagaimanapun, proses selepas ini membabitkan persetujuan semua pihak dan isu berkaitan pelantikan perjawatan. Proses ini akan didahului dengan pemilihan parti yang akan diadakan kelak bagi menentukan kedudukan Ahli Parlimen Larut sebagai Presiden parti terbabit. Khairi Jaya juga berkata bahawa "akan ada pemilihan untuk lantik Datuk Seri Hamzah sebagai Presiden dan kita sedang susun perlembagaan parti bagi membolehkan perkara itu direalisasikan."[3]
Wakil Rakyat
[sunting | sunting sumber]Dewan Rakyat
[sunting | sunting sumber]Ahli Dewan Rakyat Malaysia
[sunting | sunting sumber]Terdapat 19 Ahli Dewan Rakyat Malaysia yang hadir di Program Reset yang bertempat di Rumah Kelab Persatuan Universiti Malaya (PAUM) pada 14 Februari 2026.[4]
| Negeri | No | Kawasan Parlimen | Ahli | |
|---|---|---|---|---|
| P002 | Kangar | Zakri Hassan | ||
| P006 | Kubang Pasu | Ku Abdul Rahman Ku Ismail | ||
| P018 | Kulim-Bandar Baharu | Roslan Hashim | ||
| P026 | Ketereh | Khlir Mohd Nor | ||
| P027 | Tanah Merah | Ikmal Hisham Abdul Aziz | ||
| P029 | Machang | Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal | ||
| P038 | Hulu Terengganu | Rosol Wahid | ||
| P042 | Tasek Gelugor | Wan Saiful Wan Jan | ||
| P054 | Gerik | Fathul Huzir Ayob | ||
| P056 | Larut | Hamzah Zainudin | ||
| P061 | Padang Rengas | Azahari Hasan | ||
| P074 | Lumut | Nordin Ahmad | ||
| P082 | Indera Mahkota | Saifuddin Abdullah | ||
| P091 | Rompin | Abdul Khalib Abdullah | ||
| P092 | Sabak Bernam | Kalam Salan | ||
| P093 | Sungai Besar | Muslimin Yahaya | ||
| P134 | Masjid Tanah | Mas Ermieyati Samsudin | ||
| P154 | Mersing | Muhammad Islahuddin Abas | ||
| P183 | Beluran | Ronald Kiandee | ||
| Jumlah | Perlis (1), Kedah (2),Kelantan (3), Terengganu (1), Pulau Pinang (1), Perak (4), Pahang (2), Selangor (2), Melaka (1), Johor (1), Sabah (1) | |||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "17 pemimpin BERSATU dipecat". Berita Harian. Berita Harian. Dicapai pada 13 Februari 2026.
- ↑ "19 MP Bersatu hadir Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik bersama Hamzah". Sinar Harian. Sinar Harian. Dicapai pada 3 Mac 2026.
- ↑ Halid, Suzalina. "Hamzah akan pimpin Parti Keluarga Malaysia". Berita Harian. Berita Harian. Dicapai pada 3 Mac 2026.
- ↑ "19 MP Bersatu hadir Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik bersama Hamzah". Sinar Harian. Sinar Harian. Dicapai pada 3 Mac 2026.
- Penubuhan 2026 di Malaysia
- Parti politik di Johor
- Parti politik di Kedah
- Parti politik di Kelantan
- Parti politik di Melaka
- Parti politik di Negeri Sembilan
- Parti politik di Pahang
- Parti politik di Perak
- Parti politik di Perlis
- Parti politik di Pulau Pinang
- Parti politik di Sabah
- Parti politik di Selangor
- Parti politik di Terengganu
- Parti politik di Wilayah Persekutuan