Pergi ke kandungan

Parti Kemerdekaan Malaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Kemerdekaan Malaya
SingkatanIMP
PengasasDato' Haji Sir Onn bin Datuk Haji Sir Jaafar
Diasaskan16 September 1951; 74 tahun yang lalu (1951-09-16)
Disahkan0
Dibubarkan1953
Didahului oleh0
Digantikan oleh0
Ibu pejabatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Keanggotaan (1953)33,000 orang
IdeologiPatriotisme, Kepelbagaian Kaum
Hubungan kebangsaanKerjasama dengan MIC
Bendera parti
Fail:0
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Parti Kemerdekaan Malaya (bahasa Inggeris: Independence of Malaya Party, IMP) ialah sebuah parti politik di Malaya British yang memperjuangkan kemerdekaan Semenanjung Malaysia / Semenanjung Tanah Melayu.

Penubuhan

[sunting | sunting sumber]

Parti Malaya Merdeka telah ditubuhkan pada bulan 16 September 1951 oleh Dato' Onn Jaafar[1]. Penubuhan parti ini ditubuhkan selepas Dato' Onn gagal memujuk ahli-ahli UMNO membuka keahlian parti kepada kaum-kaum lain. Tujuan parti ini ditubuh ialah untuk menyatukan pelbagai kaum yang terdapat di negara Malaysia, khususnya kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Beliau percaya apabila pelbagai kaum bergabung dalam satu parti, mereka dapat membentuk kekuatan untuk mengukuhkan perjuangan.

Parti ini juga ditubuhkan untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu daripada pihak British. Walau bagaimanapun, parti ini kurang mendapat sokongan rakyat terutamanya selepas kekalahan teruk dalam pilihan raya tahun 1952. Akhirnya pada tahun 1953, parti ini secara rasmi dibubarkan dan Dato' Onn telah menubuhkan pula Parti Negara pada 1954.