Parti Komunis India (Marxis)
Parti Komunis India (Marxist) (disingkat CPI(M) ) adalah sebuah parti politik komunis di India . Ia merupakan parti komunis terbesar di India dari segi keangotaan dan kerusi pilihan raya, dan salah satu daripada enam parti kebangsaan India. [1] Parti itu ditubuhkan hasil pemisahan daripada Parti Komunis India pada tahun 1964; CPI(M) dengan cepat menjadi faksi yang dominan.
Pemerintahan Barisan Kiri yang dipimpin CPI (M) selama 34 tahundi Bengal Barat adalah kerajaan yang dipilih secara demokratik dan dipimpin komunis yang paling lama berkhidmat di dunia. Pada masa ini, CPI(M) merupakan sebahagian daripada pakatan pemerintah di dua negeri - LDF di Kerala, yang dipimpinnya dan SPA di Tamil Nadu .Parti ini juga mempunyai wakil dalam dewan undangan negeri di tujuh negeri.
Nama
[sunting | sunting sumber]CPI(M) secara rasmi dikenali sebagai भारत की कम्युनिस्ट पार्टी (मार्क्सवादी) [ Bhārat kī Kamyunisṭ Pārṭī (Mārksvādī) ] dalam bahasa Hindi, tetapi ia sering dikenali sebagai मार्क्सवादी कम्युनिस्ट पार्टी ( Mārksvādī Kamyunisṭ Pārṭī, disingkat MaKaPa ) dalam kalangan akhbar dan media. Pada tahun-tahun awalnya selepas perpecahan, parti itu sering dirujuk dengan nama yang berbeza seperti 'Parti Komunis Kiri' atau 'Parti Komunis India (Kiri)'. Parti itu telah menggunakan nama 'Kiri' kerana orang CPI digelar sebagai 'kanan' kerana menyokong rejim Kongres-Nehru. Semasa pilihan raya Dewan Undangan Kerala 1965, parti itu menggunakan nama 'Parti Komunis India (Marxist)'. Ia juga memohon untuk mendapatkan simbol pilihan rayanya daripada Suruhanjaya Pilihan Raya India . [2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "List of Political Parties and Election Symbols main Notification Dated 18 January 2013". India: Election Commission of India. 2013. Dicapai pada 9 May 2013.
- ^ Basu 1999.