Parti Machinda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Machinda
PemimpinDatuk Michael Buma
Ditubuhkan1964
Dibubarkan1967


Parti Machinda (MACHINDA) adalah sebuah parti politik kecil pelbagai kaum yang hanya wujud selama tiga tahun dari 1964-1967 di Sarawak yang diasaskan dan diketuai Datuk Michael Buma dari Betong, Sarawak.[1] MACHINDA mempunyai nama parti yang diambil dari tiga kaum utama Sarawak yang menjadi keanggotaan dan diwakili parti itu iaitu MA untuk Melayu (Malay), CHI untuk Cina (Chinese) dan DA untuk Dayak.[2] MACHINDA tidak menyertai Perikatan Sarawak dan tidak bersetuju dengan penyertaan Sarawak di dalam persekutuan Malaysia yang baru ditubuhkan pada 13 September 1963. Ia mempunyai pengaruh di kawasan Iban di Sebuyau di Bahagian Kedua, Sarawak.[3]

Parti Machinda telah menyertai Majlis Solidariti Malaysia (Malaysian Solidarity Council) (MDC), juga dikenali sebagai Konvensyen Solidariti Malaysia (Malaysian Solidarity Convention) yang diasaskan pada 6 Jun 1965, untuk memperjuangkan prinsip Malaysian Malaysia yang mendokong hak dan layanan sama-rata dan saksama bagi semua kaum di Malaysia.[4] MDC merupakan satu gabungan parti-parti politik pembangkang pelbagai kaum yang ditaja oleh Lee Kuan Yew yang terdiri daripada Parti Tindakan Rakyat (People's Action Party) (PAP), Parti Progresif Penduduk (People's Progressive Party) (PPP) dan Parti Demokratik Bersatu (United Democratic Party) (UDP)[5] serta parti Sarawak; Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Sarawak United People's Party) (SUPP) dan Parti Machinda, semasa Singapura menyertai penubuhan dan masih dalam gagasan persekutuan Malaysia.

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Malaysia-New States In A New Nation: Political Development of Sarawak and Sabah, By Robert Stephen Milne, K. J. Ratnam
  2. ^ Singapore: the unexpected nation, By Edwin Lee Siew Cheng, Edwin Lee, 2008, Institute of Southeast Asian Studies]
  3. ^ Machinda backs Tawi Sli, The Straits Times, 7 August 1966, Page 3[pautan mati kekal]
  4. ^ Nationalism and globalization: east and west, By Leo Suryadinata, 2000, Publisher: Institute of Southeast Asia Studies, ISBN 981-230-073-2
  5. ^ "MM meets Penang leaders, past and present, Talks include areas of cooperation and how state can upgrade, By Lydia Lim, 14 June 2009, The Straits Times, Prime Minister's Office Singapore". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-26. Dicapai pada 2010-05-01.