Parti Pejuang Tanah Air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Parti Pejuang Tanah Air
ڤرتي ڤجواڠ تانه اءير
PEJUANG
PengerusiMahathir Mohamad
PresidenMukhriz Mahathir
PengasasMahathir Mohamad
Timbalan PresidenMarzuki Yahya
SloganPejuang Berprinsip
Diasaskan12 Ogos 2020
PecahanParti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
Dewan Negara Malaysia (Parlimen)
1 / 70
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
5 / 222
Dewan Undangan Negeri
5 / 591


Parti Pejuang Tanah Air (Jawi: ڤرتي ڤجواڠ تانه اءير, juga singkatan: PEJUANG) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Pengerusi, Mahathir Mohamad dan Presiden, Mukhriz Mahathir.

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

PEJUANG ditubuhkan selepas bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7, Mahathir dan anaknya, Mukhriz, Amiruddin Hamzah, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Maszlee Malik digugurkan keahlian daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 28 Mei 2020.[1] Keahlian mereka digugurkan kerana duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei.[2] Pada 9 Jun, Mahathir dan enam orang yang lain mengemukakan saman terhadap Muhyiddin Yassin dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atas keguguran keahlian mereka.[3]

Pada 12 Jun, Mahathir menyatakan secara sinis bahawa beliau akan menubuhkan parti baharu bernama Parti Apa Aku Dapat (AAD) ekoran perpecahan dalam kalangan ahli PPBM.[4]

Pada 9 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh pembatalan saman tersebut pada 8 Ogos. Pada 14 Julai, Mahathir bersama penyokongnya mengumumkan berkemungkinan akan bertanding dengan sebuah parti baharu jika terdapat Pilihan Raya Umum (PRU) mengejut.[5] Pada hari Sabtu 25 Julai pula, Mahathir berujar bahawa beliau akan menubuhkan parti baharu atau menyertai parti sedia ada sekiranya keputusan mahkamah pada 8 Ogos tidak berpihak kepada beliau.[6]

Pada 7 Ogos, mahkamah telah membenarkan Muhyiddin membatalkan saman oleh Mahathir.[7] Susulan itu, Mahathir mengumumkan penubuhan sebuah parti politik baharu yang akan mendokong dasar awal penubuhan PPBM pada pukul 4 petang, hari Jumaat 7 Ogos di Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur.[8] Parti ini tidak terikat dengan Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).[9] Nama parti tersebut ketika itu belum diumumkan[10] namun Sinar Harian melaporkan bahawa namanya ialah Parti Bersatu Rakyat Malaysia.[11] Jawatan pengerusi parti akan disandang oleh beliau manakala jawatan presiden pula akan dipangku oleh anaknya, Mukhriz Mahathir.[12][13]

Pada 12 Ogos, nama parti tersebut diumumkan sebagai Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).[14] Begitupun, parti tersebut masih belum didaftarkan secara rasmi dengan ROS.[15][16]

Pada 19 Ogos, PEJUANG telah membuat pendaftaran sebagai sebuah parti politik yang sah di Malaysia. Lambangnya yang menggunakan huruf pa (ڤ) juga dipaparkan kepada umum.[17]

Pejuang bertanding pada pilihan raya kecil Slim pada 29 Ogos 2020. Namun, calonnya Amir Kusyairi Mohd Tanusi tewas kepada calon dari Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz.[perlu rujukan]

Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

Dewan Negara[sunting | sunting sumber]

Senator[sunting | sunting sumber]

Ahli-ahli Senator Malaysia tidak dipilih secara pilihanraya. Setiap daripada 13 dewan undangan negeri memilih dua Senator; baki 44 dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Pejuang mempunyai seorang Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong[18]

Lantikan Tempoh Ahli Catatan
Flag of the Supreme Head of Malaysia.svg Yang di-Pertuan Agong 17.07.2018 - 16.07.2021 Senator Datuk Wira Marzuki Yahya Bekas Timbalan Menteri Luar Negeri (17.07.2018 – 24.02.2020)

Dewan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen Malaysia[sunting | sunting sumber]

Negeri No Kawasan Parlimen Ahli Catatan
 Kedah P004 Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad Bekas Perdana Menteri Malaysia (1981-2003; 2018-2020)
P005 Jerlun Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir Bekas Menteri Besar Kedah (2013-2016; 2018-2020)
P006 Kubang Pasu Dato' Wira Haji Amiruddin Hamzah Bekas Timbalan Menteri Kewangan (2018-2020)
 Johor P149 Sri Gading Datuk Dr Shahruddin Md Salleh Bekas Timbalan Menteri Kerja Raya (Feb 2020-Jun 2020)
P151 Simpang Renggam Dr Maszlee Malik Bekas Menteri Pendidikan (2018-2020)
Jumlah Kedah (3), Johor (2)

Dewan Undangan Negeri[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri[sunting | sunting sumber]

Negeri No Kawasan Negeri Ahli Catatan
 Kedah N06 Jitra Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir Bekas Menteri Besar Kedah
N15 Anak Bukit Dato' Wira Haji Amiruddin Hamzah
 Selangor N7 Batang Kali Harumaini Omar
N12 Jeram Tuan Mohd Shaid Rosli
N13 Kuang Sallehudin Amiruddin
Jumlah Kedah (2), Selangor (3)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain digugur keahlian Bersatu" (kenyataan media). 28 Mei 2020. Dicapai pada 12 Ogos 2020 – melalui Astro Awani.
  2. ^ Mohd Nasaruddin Parzi (28 Mei 2020). "BERSATU gugurkan keahlian Tun M, empat yang lain". BH Online. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  3. ^ Ahmad Johari Mohd Ali (9 Jun 2020). "Isu BERSATU: Tun M, 6 yang lain saman Muhyiddin". BH Online. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  4. ^ "Saya nak tubuh parti 'Apa Aku Dapat', sindir Mahathir". Malaysiakini.com. 12 Jun 2020. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  5. ^ "Mahathir sebut lagi kemungkinan tubuh parti baru". Malaysiakini.com. 23 Julai 2020. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  6. ^ "Parti baharu, sertai parti lain: Tunggu keputusan mahkamah - Dr Mahathir". BERNAMA. 25 Julai 2020. Dicapai pada 13 Ogos 2020 – melalui Astro Awani.
  7. ^ Nurul Huda Husain (7 Ogos 2020). "Mahkamah batal saman ke atas Muhyiddin, tiga lagi". Sinar Online. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  8. ^ Yusmizal Dolah Aling (7 Ogos 2020). "Tun M tubuh parti baharu". myMetro. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  9. ^ Raiham Mohd Sanusi (7 Ogos 2020). "Dr Mahathir tubuh parti baharu, tidak terikat dengan PH atau PN". Sinar Online. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  10. ^ Mohd Nasaruddin Parzi (7 Ogos 2020). "Parti baharu Tun M tak terikat dengan PN, PH". BH Online. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  11. ^ Hariz Mohd (7 Ogos 2020). "Mahathir dijangka umum parti baru petang ini". Malaysiakini.com. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  12. ^ Faiz Zainudin (7 Ogos 2020). "Dr Mahathir tubuh parti baru". Free Malaysia Today. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  13. ^ "Tun Dr Mahathir umum penubuhan parti baharu". BERNAMA. 7 Ogos 2020. Diarkib daripada yang asal pada 7 Ogos 2020. Dicapai pada 7 Ogos 2020.
  14. ^ Ridauddin Daud (12 Ogos 2020). "Tun M umum nama parti baharu, Parti Pejuang Tanah Air". Astro Awani. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  15. ^ Kumar, B Nantha (12 Ogos 2020). "Parti Pejuang Tanah Air - Nama penuh parti baru Dr M". Malaysiakini.com. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  16. ^ Azman Ibrahim (13 Ogos 2020). "Tiada permohonan daftar Pejuang – ROS". Utusan Digital. Diarkib daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  17. ^ Irwan Muhammad Zain (19 Ogos 2020). "Pejuang didaftar secara rasmi, guna huruf jawi 'Pa' sebagai logo". Astro Awani. Diarkib daripada yang asal pada 20 Ogos 2020. Dicapai pada 20 Ogos 2020.
  18. ^ "Senarai Ahli Dewan Negara". Parlimen Malaysia. Dicapai pada 22 November 2014.