Parti Kuasa Rakyat (Korea Selatan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Parti Perpaduan Masa Depan)
Parti Kuasa Rakyat
국민의힘
SingkatanPPP
PresidenLee Jun-seok
Presiden dalam ParlimenKim Gi-hyeon
Setiausaha AgungKwon Young-se
Diasaskan17 Februari 2020 (sebagai Parti Perpaduan Masa Depan)
2 September 2020 (sebagai Parti Kuasa Rakyat)
GabunganParti Korea Kebebasan
Parti Konservatif Baru
Majulah ke Masa Depan 4.0
dan parti-parti serta organisasi kecil yang lain
Badan pemikirInstitut Yeouido
IdeologiKonservatisme sosial
Konservatisme nasional
Populisme sayap kanan
Anti-komunisme
Liberalisme ekonomi
Penggabungan serantauAsia Pacific Democrat Union
Penggabungan antarabangsaInternational Democrat Union
Warna     Merah (utama)
     Biru
     Puteh
Perhimpunan Kebangsaan
106 / 300
Gabenor
4 / 17
Datuk Bandar
58 / 226
Dewan Undangan Negeri
1,047 / 2,927
Laman sesawang
www.peoplepowerparty.kr
Politik Korea Selatan
Parti politik
Pilihan raya

Parti Kuasa Rakyat (Bahasa Korea: 국민의힘, Bahasa Inggeris: People Power Party), dahulunya dikenali sebagai Parti Perpaduan Masa Depan (Hangul미래통합당; Hanja未來統合黨; RRMiraetonghapdang; lit. Future United Party) merupakan parti politik konservatif[1] di Korea Selatan.

Parti itu dibentuk pada 17 Februari 2020 atas penggabungan Parti Korea Kebebasan, Parti Konservatif Baru dan Majulah ke Masa Depan 4.0, serta beberapa parti-parti dan pertubuhan kecil yang lain.[2] Pada hari penubuhannya, parti itu mempunyai 113 MP di Perhimpunan Kebangsaan. Parti itu juga berhubungan dengan parti kecil iaitu Parti Korea Masa Depan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Skandal politik pada 2016 menyebabkan Presiden Park Geun-hye dipecat, dan beberapa ahli-ahli parlimen dari Parti Saenuri keluar menubuhkan Parti yang Benar (BP).[3] Parti Saenuri lalu menukar namanya ke Parti Korea Kebebasan (LKP),[4] biarpun pemecatan terakhir Park pada 10 Mac 2017 menyebabkan parti itu de jure kehilangan kedudukan parti pemerintahnya.[5] Sesusah kemenangan calon Parti Demokratik Bersama Moon Jae-in pada 9 Mei,[6] parti itu menjadi pembangkang secara rasmi.

Meskipun beberapa MP dari BP umum keluar dan menyertai semula ke LKP, LKP gagal mendapat sokongan yang mencukupi, menyebabkan parti itu kalah teruk dalam pilihan raya tempatan pada 2018.[7] Presiden LKP Hong Jun-pyo segera melepaskan jawatan untuk bertanggungjawab atas kecundangan yang amat teruk. Parti yang Sebenar, yang telah bergabung dengan Parti Nasional untuk membentuk Parti Masa Depan yang Benar (BMP), juga menghadapi kekalahan pada pilihan raya tempatan tersebut.[8]

Kedua-dua parti konservatif kemudian mengadakan pemilihan kepimpinan masing-masing. Pada 2 September 2018, BMP telah memilih Sohn Hak-kyu sebagai Presiden barunya.[9] Pada 27 Februari 2019, LKP juga memilih bekas Perdana Menteri Hwang Kyo-ahn sebagai Presiden barunya.[10] Tidak lama kemudian, Lee Un-ju, seorang MP dari BMP, umum keluar partinya[11] dan dijangka menyertai LKP,[12] namun membentuk parti baru yang bernama Majulah ke Masa Depan 4.0.[13] Bekas ahli-ahli parlimen BMP yang lain menghadapi konflik dengan Presiden Sohn juga keluar parti menubuhkan Parti Konservatif Baru.[14] Sebagai "penyatuan konservatif", Parti Korea Kebebasan, Majulah ke Hadapan 4.0 dan Parti Konservatif Baru bersetuju untuk bergabung dan menubuhkan parti baru.[15]

Pada awalnya, nama parti baru ditetapkan sebagai Parti Baru Perpaduan Raya (Bahasa Korea: 대통합신당),[16] tetapi kemudian menukar namanya ke Parti Perpaduan Masa Depan (Bahasa Korea: 미래통합당).[17] Park Hyung-joon, yang mengetuai penggabungan dan refoundasi, menjelaskan bahawa nama tersebut menunjukkan sokongan untuk belia dan perpaduan politik.[18]

Kongres pengasasan[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Februari 2020, 3 parti konservatif akhirnya digabungkan dan diasaskan sebagai Parti Perpaduan Masa Depan.[19] Parti itu lalu memilih Presiden LKP Hwang Kyo-ahn sebagai Presiden barunya.[20] Kepimpinan parti baru menyerupai LKP, meskipun beberapa Naib Presiden contohnya Won Hee-ryong dan Kim Yŏng-hwan bukannya bekas ahli-ahli LKP.

Presiden Republik Korea Moon Jae-in dan Presiden Parti Demokratik Lee Hae-chan mengucapkan tahniah atas pengasasan parti baru ini, malah dilaporkan bahawa ucapan kedua-dua insan itu tidak dialu-alukan oleh beberapa anggota parti ini.[21] Beberapa sumber-sumber juga melaporkan bahawa parti itu juga merancang untuk memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Presiden Moon.[22][23][24]

Yoo Seong-min, bekas Presiden BMP, tidak menghadiri kongres pengasasan.[25] Yoo Young-ha, seorang tokoh pro-Park Geun-hye, telah keluar dari LKP sehari sebelum pembentukan parti ini.[26]

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Presiden[sunting | sunting sumber]

No. Nama Gambar Mula Akhir
1 Hwang Kyo-ahn
17 Februari 2020 15 April 2020
Shim Jae-chul
16 April 2020 8 Mei 2020
Joo Ho-young
8 Mei 2020 22 Mei 2020
Kim Chong-in
22 Mei 2020 8 April 2021
Joo Ho-young
8 April 2021 30 April 2021
Kim Gi-hyeon
30 April 2021 11 Jun 2021
2 Lee Jun-seok
11 Jun 2021 kini

Setiausaha Agung[sunting | sunting sumber]

No. Nama Gambar Mula Akhir
1 Park Wan-soo
17 Februari 2020 28 Mei 2020
2 Kim Seon-dong
28 Mei 2020 14 Oktober 2020
3 Cheong Yang-seog
19 Oktober 2020 kini

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya presiden[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya Calon Jumlah undi Peratusan pengundi Hasil
2022 Yoon Suk-yeol 16,394,815 48.56% dipilih Green tickY

Pilihan raya umum[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya Jumlah kerusi menang Jumlah pengundi Peratusan pengundi Keputusan pilihan raya Status Ketua pilihan raya
2020
103 / 300
9,441,520 33.8% 19 kerusi; Minoriti Pembangkang Hwang Kyo-ahn

Pilihan raya kecil[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya Datuk Bandar Metropolitan/Gabenor Datuk Bandar perbandaran Badan perundangan wilayah Badan perundangan perbandaran Ketua pilihan raya
2021
2 / 2
2 / 2
5 / 8
6 / 9
Kim Chong-in

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Maresca, Thomas (19 Februari 2020). "Defector Thae Yong-ho: Trump's North Korea policy a failure". United Press International.
  2. ^ "'의석 113석' 미래통합당 출범…오늘 의원총회서 상견례". 18 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-18. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  3. ^ "바른정당, 무릎 꿇고 사죄하며 창당대회". 24 Januari 2017. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  4. ^ "새누리당, 오늘 자유한국당으로 개명…상징은 '횃불'". 13 Februari 2017. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  5. ^ "[전문] 자유한국당 "헌법재판소 대통령 탄핵 인용 결정 겸허하게 수용"". 10 Mac 2017. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  6. ^ "문재인, 득표율 41.08% …역대 최다 표차 당선". 10 Mei 2017. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  7. ^ "지방선거 패배, 자유한국당 홍준표 대표직 사퇴". 14 Jun 2018. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  8. ^ "[지방선거 결과③] '바른미래당' ·· 왜 망했나". 14 Jun 2018. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  9. ^ "돌아온 손학규... 바른비래 당대표 당선, 27% 득표". 2 September 2018. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  10. ^ "황교안, 한국당 당대표 당선…'탄핵 그늘' 걷어낼까". 27 Februari 2019. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  11. ^ "이언주 탈당…바른미래당 깨지나". 23 April 2019. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  12. ^ "신당 창당 선언한 이언주…한국당과는 결별?". 13 November 2019. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  13. ^ "이언주 의원 `미래를 향한 전진4.0` 공식 창당". 19 Januari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  14. ^ "새보수당 창당 "총선서 80석 목표"…한국당 "보수통합 동참을"". 19 Januari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  15. ^ "한국당, 새보수·전진당과 합당…신당명 '미래통합당'". 13 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  16. ^ "보수 통합신당 당명, '대통합신당' 잠정 결정". 11 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  17. ^ "보수통합신당 당명 '미래통합당'으로 결정". 14 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  18. ^ "'미래통합당'으로...궤도 오른 통합열차". 13 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  19. ^ "'의석 113석' 미래통합당 출범…오늘 의원총회서 상견례". 18 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  20. ^ "미래통합당 대표에 황교안…민주당 "돌고 돌아 새누리당"". 17 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  21. ^ "`이해찬→이반찬`…미래통합당 창당식서 수난겪은 여권 화환". 17 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  22. ^ "미래통합당 "문재인 대통령 선거개입 혐의로 고발"". 18 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  23. ^ "미래통합당, 문재인 대통령 고발 검토…"선거법 위반 혐의"". 18 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  24. ^ "문재인 대통령 고발 연기한 미래통합당 "미룬 것뿐…꼭 한다"". 18 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  25. ^ "미래통합당 출범식 불참한 유승민…쇄신미흡 불만?". 17 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  26. ^ "유승민에 반감? 朴측근 유영하, 미래통합당 출범 당일 탈당". 18 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]