Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah ڤرتي ڤريبومي برساتو مليسيا سابه | |
|---|---|
| Nama Bahasa Inggeris | Malaysian United Indigenous Party of Sabah |
| Nama Bahasa Cina | 土著团结党 |
| Nama Bahasa Tamil | மலேசிய ஐக்கிய மக்கள் கட்சி |
| Singkatan | Bersatu Sabah |
| Pemimpin/ketua | Ronald Kiandee |
| Presiden | Muhyiddin Yassin |
| Pecahan | Parti Pribumi Bersatu Malaysia |
| Ibu pejabat | Malaysia |
| Hubungan kebangsaan | Gabungan Rakyat Sabah (Mac 2022 - Disember 2022) Perikatan Nasional (2020 - kini) |
| Dewan Negara | 0 / 70
|
| Dewan Rakyat | 1 / 25 (Sabah)
|
| Dewan Undangan Negeri | 0 / 73 (Sabah)
|
| Bendera parti | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah (Bahasa Inggeris: Malaysian United Indigenous Party of Sabah), juga disingkatkan sebagai Bersatu Sabah (kadangkala ditulis sebagai PPBM Sabah, atau dieja sebagai BERSATU Sabah), ialah sebuah cawangan negeri parti politik di Sabah, Malaysia, bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Ia ditubuhkan pada 2022 dan diberikan kuasa autonomi bagi menentukan hala tuju politik sendiri di negeri tersebut.
Sejarah
Sejak penubuhannya pada 2022, Bersatu Sabah diberikan kuasa autonomi bagi menentukan hala tuju politik di negeri tersebut.[1][2] Ini menjadikan Bersatu Sabah satu-satunya cawangan Bersatu yang bergerak seolah-olah parti mandiri di Sabah.
Penubuhan BERSATU Sabah secara mandiri
Berdasarkan kenyataan Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee, kedudukan Bersatu Sabah tidak sama seperti Bersatu Semenanjung atau Nasional, ini berlaku selepas kerajaan negeri Sabah dibentuk melalui gabungan beberapa parti tempatan dan BN yang selepas itu dikenali sebagai GRS-Barisan Nasional.
Bersatu adalah pengasas Perikatan Nasional (PN) di peringkat nasional, namun ada sebahagian parti dalam GRS tidak menjadi komponen Perikatan Nasional. Di Sabah sendiri, BN bukannya ahli GRS seperti PBS, STAR serta Bersatu, tetapi bertindak sebagai rakan sekutu GRS atau dikenali sebagai GRS-BN.[3]
Parti ini diarah oleh Hajiji Noor dan terbina mandiri selepas kelulusan pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS).[4] Bukti lain ialah, Pengerusi Parti GRS, Hajiji Noor berkata GRS akan terus menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 akan datang, bertentangan dengan Perikatan Nasional (PN) yang mengisytiharkan BN dan GPS sebagai musuh utamanya.[5] Berbeza dengan bahagian Bersatu di Semenanjung dan Sarawak yang tidak menyokong kepimpinan kerajaan perpaduan dibawah Anwar Ibrahim, Bersatu Sabah pula menyokong kerajaan perpaduan dibawah pimpinan Anwar Ibrahim dan mempunyai jawatan kabinet di dalam Kabinet Anwar Ibrahim.[6]
Kejatuhan BERSATU Sabah
Bersatu Sabah kini lumpuh apabila semua wakil rakyatnya bertindak keluar parti berkuat-kuasa pada 10 Disember 2022. Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor juga menyatakan bahawa semua wakil rakyat ADUN Sabah mengambil keputusan keluar dan meninggalkan Bersatu. Pemimpin Bersatu Sabah termasuk semua wakil rakyatnya secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu pada waktu tengahari 10 Disember 2022.[7][8]
Selepas pengumuman itu, laporan media mencadangkan Bersatu Sabah telah runtuh atau dibubarkan, tetapi hal ini disangkal Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu yang menafikan cadangan itu dengan menyatakan terdapat ramai ahli Bersatu Sabah yang tidak mengikut jejak dan laluan ahli GRS. Beliau juga menegaskan bahawa BERSATU Sabah akan kekal wujud dan kepimpinannya akan disusun semula oleh ahli yang masih ada.[9] Selepas kejatuhan Bersatu Sabah, hanya Datuk Ronald Kiandee sahaja yang tidak keluar dari Bersatu, dan satu cawangan Bersatu sahaja masih terbuka.[10]
Senarai ketua cawangan
Senarai pengerusi
| No. | Potret | Pengerusi | Tarikh mula menjawat | Tarikh akhir menjawat | Tempoh jawatan | Timbalan pengerusi |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Hajiji Noor (lahir 1966) |
6 April 2019 | 10 Disember 2022 | 3 tahun, 248 hari | Masidi Manjun (2019–2022) | |
| 2 | Ronald Kiandee (lahir 1961) |
11 Disember 2022 | penyandang | 3 tahun, 65 hari | Aksyah Nasrah (2023–2025) | |
| Kekosongan jawatan |
Wakil Rakyat
Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Malaysia ke 15
BERSATU Sabah mempunyai seorang ahli di Dewan Rakyat.
| Negeri | No. | Kawasan Parlimen | Nama Ahli | Party | |
|---|---|---|---|---|---|
| P183 | Beluran | Ronald Kiandee | BERSATU Sabah | ||
| Bilangan | Sabah (1) | ||||
Keputusan pilihan raya umum
| Pilihan raya | kerusi dimenangi | kerusi ditandingi | bilangan undi | peratusan undi | hasil | ketua pilihan raya |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | 4 / 222
|
6 (bawah GRS) (Tiket GRS di semua kawasan Sabah kecuali Beluran) 1 Kerusi Beluran (bawah PN) |
94,085 | 0.61% | ▼2 kerusi; Kerajaan (Gabungan Rakyat Sabah), kemudian Pembangkang (Perikatan Nasional) |
Hajiji Noor (letak jawatan pengerusi PN) Ronald Kiandee (ketua pilihan raya PN Beluran) |
Keputusan pilihan raya negeri
| Pilihan raya negeri | ADUN | |
|---|---|---|
| Sabah | Bilangan menang / Bilangan ditandingi | |
| Pasca-2018
(Selepas keluar dari BN) |
9 / 73
|
9 / 17 [11]
|
| 2020 (di bawah tiket GRS) |
11 / 73
|
11 / 21
|
| 2025
(di bawah tiket |
0 / 73
|
0 / 33
|
Lihat juga
- Senarai parti politik di Malaysia
- Pilihan raya umum Malaysia
- Politik di Malaysia
- Kemelut politik Malaysia 2020–2022
Rujukan
- ^ Daineh, Norasikin (2022-05-28). "BERSATU Sabah diberi autonomi urus parti sendiri - Masidi". Deasoka (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-10.
- ^ JalinLuin, JalinLuin (2022-05-20). "Bersatu Sabah Berbeza Dengan Bersatu Semenanjung". JALINLUIN.COM. Dicapai pada 2022-12-03.
- ^ JalinLuin, JalinLuin (2022-05-20). "Bersatu Sabah Berbeza Dengan Bersatu Semenanjung". JALINLUIN.COM. Dicapai pada 2022-12-03.
- ^ JalinLuin, JalinLuin (2022-05-20). "Bersatu Sabah Berbeza Dengan Bersatu Semenanjung". JALINLUIN.COM. Dicapai pada 2022-12-03.
- ^ "GRS mahu terus kerjasama dengan BN pada PRU15". 25 September 2022.
- ^ "'GRS sertai Kerajaan Perpaduan demi kebaikan negeri'". 25 November 2022.
- ^ Abdullah, Izwan (2022-12-10). "Pemimpin BERSATU Sabah keluar parti, kekal bawah GRS - Hajiji". BHarian Online. Dicapai pada 2022-12-11.
- ^ "BERSATU leader leave the party due to the rise of political islam narrative".
- ^ "'Restructuring' in Sabah Bersatu following exodus of leaders, says Ahmad Faizal". The Star. 10 December 2022. Dicapai pada 10 December 2022.
- ^ "Kiandee staying put with Sabah Bersatu despite exodus led by Hajiji". The Star. 10 December 2022. Dicapai pada 10 December 2022.
- ^ Merupakan 9 orang daripada 17 wakil asal BN (UMNO) yang memenangi pilihan raya negeri Sabah 2018
