Parti Radikal Malaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Radikal Malaya
PemimpinN.K. Menon (1952-1966)
Dr. Lim Chong Eu (1951-1952)
Ditubuhkan1951
Dibubarkan1966
Ibu pejabatPulau Pinang
Penggabungan kebangsaanParti Perikatan (1954-1959)


Parti Radikal Malaya adalah sebuah parti pelbagai kaum yang ditubuhkan pada 1951 sebelum Tanah Melayu merdeka, tahun yang sama tertubuhnya sebuah lagi parti pelbagai kaum, Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Penubuhan parti ini dimulakan oleh C.O. Lim dan beberapa orang bekas anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Menjelang tahun 1954, parti ini banyak kehilangan anggota setelah masing-masing keluar untuk menyertai Persatuan Cina Malaya (MCA), termasuklah pemimpinnya, Dr Lim Chong Eu.

Di bawah kepimpinan N. K. Menon, Parti Radikal menyertai Parti Perikatan Pulau Pinang pada Oktober 1954 tetapi berpisah pada 1959 selepas seorang pemimpinnya, Oliver Phipps, bertanding menentang Perikatan dalam pilihan raya umum Tanah Melayu tahun tersebut. Parti ini dibubarkan oleh pendaftar pertubuhan Malaysia pada 1966[1].

Penyertaan dalam pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parti Radikal menyertai pilihan raya pertama di Tanah Melayu, pilihan raya majlis bandaran George Town, Pulau Pinang yang berlangsung pada 1 Disember 1951. Selain Parti Radikal Malaya, Parti Buruh Malaya dan UMNO turut menyertai pilihan raya tersebut. Parti Radikal berjaya memenangi enam daripada sembilan kerusi bagi Majlis Bandaran George Town tersebut.[2]

Semasa dalam Perikatan, Parti Radikal bersama-sama menyertai pilihan raya negeri Pulau Pinang pertama yang berlangsung pada 19 Februari 1955. Parti Radikal diberikan satu kerusi iaitu di DUN Jelutong dan menang dalam pilihan raya tersebut menerusi calonnya, N.K. Menon.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]