Parti Sedar Rakyat
Penampilan
(Dilencongkan daripada Parti Sedar Rakyat Sarawak)
Parti Wawasan Rakyat | |
|---|---|
| Nama Inggeris | People's Vision Party |
| Singkatan | WAWASAN |
| Presiden | Affendi Jeman |
| Diasaskan | 2018 |
| Didahului oleh | Parti Sedar Rakyat (SEDAR) (2018 – 2026) |
| Ibu pejabat | Kuching, Sarawak |
| Akhbar | |
| Keanggotaan (2026) | 42,890 |
| Ideologi | |
| Kedudukan politik | Berhaluan kanan |
| Dewan Negara : | 0 / 70 |
| Dewan Rakyat : | 0 / 31 (kerusi Parlimen di Sarawak) |
| Dewan Undangan Negeri Sarawak : | 0 / 99 |
| Premier Sarawak : | 0 / 1 |
| Catatan kaki | |
| Senarai parti politik di Malaysia | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Parti Wawasan Rakyat atau WAWASAN (dahulu dikenali sebagai Parti Sedar Rakyat (SEDAR)), ialah sebuah parti politik berhaluan kanan tempatan di Sarawak. Parti politik ini mengutamakan hak kebajikan dan kesejahteraan semua kaum & semua agama di Sarawak, selain memperjuangkan hak autonomi penuh wilayah Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta melindungi & mengiktiraf hak bangsa Melayu Sarawak.
Sejarah
Visi & matlamat parti
- Mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat majmuk di Sarawak tanpa mengira sebarang agama, kaum, jantina, dan latar belakang masing-masing.
- Memelihara dan mengiktiraf hak asal orang Melayu Sarawak tanpa sebarang pertikaian dan konflik perkauman yang berlarutan.
- Mengutamakan dan mengiktiraf hak-hak berkaitan masyarakat bukan Melayu (merangkumi Cina, Iban, Bidayuh, Orang Ulu, dan semua etnik minoriti Sarawak yang lain).
- Memfokuskan hal ehwal berkaitan dengan golongan belia, golongan wanita, dan golongan warga emas di Sarawak.
- Memfokuskan isu-isu semasa yang berkaitan dengan Blok Borneo dan ideologi Cara Sarawak (Sarawak Way).
- Menghapuskan dan membanteras sepenuhnya budaya rasuah, budaya politik wang, budaya rasisme, dan salah guna kuasa & pangkat di kalangan semua ahli parti termasuk ahli-ahli majlis tertinggi parti.
- Memperjuangkan dan mengembalikan sepenuhnya hak autonomi wilayah Sarawak serta kedaulatan Sarawak sendiri, sepertimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perjanjian 18 Perkara Sarawak.
- Mengutamakan hal ehwal yang berkaitan dengan masa depan wilayah Sarawak, seperti ekonomi digital Sarawak, penciptaan inovasi teknologi baharu di Sarawak, transformasi kejuruteraan moden berasaskan sains dan teknologi, kemajuan ekonomi hijau Sarawak, hak autonomi pendidikan & autonomi kesihatan Sarawak, serta hak pemerintahan & pentadbiran sendiri wilayah Sarawak.
Barisan kepimpinan WAWASAN (2026 - 2029)
- Pengerusi Tetap :
- Awang Badlee Awang Ali
- Timbalan Pengerusi Tetap :
- Mohamad Zulkarnaen Yusuf
- Presiden Parti :
- Affendi Jeman
- Timbalan Presiden :
- Jenau Masing
- Naib Presiden :
- Abdul Halim Abdullah
- Muhamad Musyirin Hendri (Belia)
- Masmanis Mohamed Yusof (Wanita)
- Setiausaha Agung :
- Hussain Zainudin
- Penolong Setiausaha Agung :
- Raduan Abdul Rahman
- Ketua Penerangan Parti :
- kosong
- Bendahari Agung :
- Saferi Muhamad Suhaili
- Penolong Bendahari Agung :
- Izzatul Sofiah Hussain
- Ketua Pemuda :
- kosong
- Ketua Wanita :
- kosong
- Ahli-ahli Majlis Tertinggi :
- Fazira Hipeni
- Bakri Jeman
- Abang Yusuff Abang Othman
- Ahmad Joti Bakawi
- Julina Jajol
- Dayang Meria Abee
- Noraida Along
- Roslan Ismail
- Hatta Manchu
