Parti Unitarian Argentina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Parti Unitarian Argentina (Sepanyol: Partido Unitario) merupakan sebuah puak politik dalam Argentina semasa awal pembentukan negara ini yang memperjuangkan pemerintahan yang berpusat di Buenos Aires. Disamping itu, puak ini mahukan rakyat yang berbilang bangsa bersatu di bawah satu negara iaitu Argentina.

Puak yang pro kerajaan pusat telah mencapai kejayaan apabila pada 1826 ahlinya, Bernardino Rivadavia dipilih sebagai Presiden Argentina. Rivadavia telah cuba untuk membawa banyak pembaharuan. Namun, polisinya yang kearah pembaharuan tidak digemari oleh rakyat Argentina yang konservatif. Lalu beliau gagal menyatukan negara dan dalam jangkamasa satu tahun, beliau telah disingkirkan. Beliau kemudiannya digantikan oleh Jen. Manuel Rosas, ketua puak Federalist iaitu puak pembangkang. Puak ini terpaksa menunggu hampir 25 tahun sebelum mereka berkuasa semula.