Parti Warisan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Parti Warisan Sabah)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Parti Warisan
ڤرتي واريثن
Nama Bahasa InggerisHeritage Party
Nama Bahasa Cina人民復興黨
人民复兴党
Rénmín fùxīng dǎng
Nama Bahasa Tamilசபா பாரம்பரியக் கட்சி
Capā pārampariyak kaṭci
SingkatanWARISAN
PresidenShafie Apdal
Setiausaha agungLoretto Damien S. Padua, Jr.
Timbalan PresidenDarell Leiking
PengasasShafie Apdal
Diasaskan17 Oktober 2016
PecahanUMNO Sabah
PKR Sabah
DAP Sabah
Sayap beliaWira Warisan
Sayap wanitaWanita Warisan
Sayap wanita mudaWirawati Warisan
Keanggotaan (2021)200,000
Kedudukan politikPolitik kiri tengah to Sentrisme
Lagu partiWarisan
Dewan Negara Malaysia (Parlimen)
0 / 70
<div style="background-color: Ralat skrip: Modul "Parti politik" tidak wujud.; width: 0%; height: 100%;">
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
7 / 25
<div style="background-color: Ralat skrip: Modul "Parti politik" tidak wujud.; width: 28%; height: 100%;">
Dewan Undangan Negeri
19 / 79
<div style="background-color: Ralat skrip: Modul "Parti politik" tidak wujud.; width: 24%; height: 100%;">
Laman sesawang
https://partiwarisan.my/

Parti Warisan (atau WARISAN, juga Warisan, sebelum ini Parti Warisan Sabah) ialah sebuah parti politik Malaysia yang beribu pejabat di Sabah. Ia telah ditubuhkan pada 17 Oktober 2016 oleh presidennya, Mohd Shafie Apdal bersama-sama Darell Leiking dan beberapa ahli politik negeri Sabah yang lain.[1][2][3] Walaupun ia pada awalnya ditubuhkan bagi kepentingan masyarakat Sabah, namun ia tidak menghalang parti tersebut melebarkan sayap di Semenanjung Malaysia[4].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Warisan diasaskan pada 17 Oktober 2016 mengambil alih dan menjenamakan semula parti sebelumnya iaitu Parti Pembangunan Warisan Sabah[5] Parti ini memperjuangkan perpaduan semua rakyat bagi membentuk sebuah negara bangsa yang kukuh serta stabil[4]. Parti ini juga merupakan sebuah parti berbilang kaum yang tidak mengira pegangan dan anutan agama, dan suku kaum. Parti ini berlandaskan konsep parti milik semua kaum.

Penyertaan dalam pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Warisan mula menyertai pilhan raya pada pilihan raya umum Malaysia 2018 dan pilihan raya negeri Sabah 2018, bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Dalam pilihan raya tersebut, Warisan yang menang 21 kerusi berjaya menjadi parti pemerintah di Sabah bersama-sama PH (8 kerusi) dan Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) (6 kerusi) yang bertindak keluar Barisan Nasional, serta beberapa orang wakil rakyat yang bertindak keluar dari UMNO.

Warisan turut menyertai pilihan raya kecil Kimanis 2020 menentang BN, namun tewas.

Dalam pilihan raya negeri 2020 pula, gabungan Warisan, PH dan UPKO gagal mempertahankan pemerinahan dua tahun sembilan bulan di Sabah apabila tewas kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Dalam PRN tersebut, Warisan menang 23 kerusi.

Lambang parti[sunting | sunting sumber]

Lambang parti terbentuk dari 4 unsur berlatar belakangkan warna Putih iaitu; satu imej Kapal Layar yang berwarna Biru Pekat, Laut berwarna biru muda, Dua Tangan bersalaman, tangan sebelah kanan berwarna Biru Pekat dan tangan sebelah kiri berwarna Merah, imej Bunga Padi berwarna Putih pada kedua-dua tangan bersalaman dan nama PARTI WARISAN ditulis di bawah logo yang mana perkataan PARTI WARISAN berwarna biru

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Nama Jawatan Nama Jawatan
Pengerusi Tetap - Ahli Majlis Tertinggi YB Ahmad Hassan
Timbalan Pengerusi Tetap Hasbullah Taha YB Datuk Rozman Isli
Presiden Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal YB Chong Chen Bin
Timbalan Presiden YB Datuk Ignatius Darell Leiking YB Hiew Vun Zin
Naib Presiden YB Datuk Jaujan Sambakong YB Sarifuddin Hatta
YB Datuk Junz Wong YB Assafal P Alian
Setiausaha Agung YB Datuk Loretto S Padua Jr YB Azhar Matussin
Bendahari Agung YB Terence Siambun YB Dr Daud Yusof
Ketua Penerangan YB Datuk Awang Ahmad Sah WARISAN Johor
Ketua Wanita Datuk Siti Aminah Jabarhan Ketua Koordinator Suhaimi Salleh
Ketua Wira Datuk Mohd Azis Hj. Jamman Koordinator Datuk Seri S Sunther
Ketua Wirawati Cik Isnaraissah Munirah Majilis Wong Siew Poh

Wakil rakyat semasa[sunting | sunting sumber]

Dewan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Negeri No. Parlimen Ahli Parti
 Labuan P166 Labuan Rozman Isli WARISAN
 Sabah P169 Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis WARISAN
P171 Sepanggar Azis Jamman WARISAN
P174 Penampang Ignatius Dorell Leiking WARISAN
P175 Papar Ahmad Hassan WARISAN
P189 Semporna Shafie Apdal WARISAN
P191 Kalabakan Ma'mun Sulaiman WARISAN
Jumlah WP Labuan (1), Sabah (7)

Dewan Undangan Negeri[sunting | sunting sumber]

Negeri No. DUN Ahli Parti
 Sabah N01 Banggi Mohamad Mohammarin WARISAN
N02 Tanjong Kapor Ben Chong Chen Bin WARISAN
N17 Darau Azhar Matussin WARISAN
N22 Tanjong Aru Junz Wong Hong Jun WARISAN
N23 Petagas Awang Ahmad Shah WARISAN
N26 Moyog Darell Leiking WARISAN
N30 Bongawan Daud Yusof WARISAN
N50 Gum-Gum Arunarsin Taib WARISAN
N53 Sekong Alias Sani WARISAN
N54 Karamunting George Hiew Vun Zin WARISAN
N60 Tungku Assaffal P. Alian WARISAN
N62 Silam Dumi Masdal WARISAN
N63 Kunak Norazlinah Arif WARISAN
N64 Sulabayan Jaujan Sambakong WARISAN
N65 Senallang Shafie Apdal WARISAN
N70 Kukusan Rina Jainal WARISAN
N72 Merotai Sarifudin Hata WARISAN
 Selangor N22 Teratai Bryan Lai Wai Chong WARISAN
Jumlah Sabah (17), Selangor (1)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Parti Warisan Sabah nama parti Shafie Apdal
  2. ^ "Shafie's Party Name, Logo Approved, To Be Called 'Parti Warisan Sabah'". New Straits Times. Malaysian Digest. 17 Oktober 2016. Dicapai pada 17 Oktober 2016.
  3. ^ "Parti Warisan Sabah is new name of Shafie-led party". Bernama. The Sun. 17 Oktober 2016. Dicapai pada 17 Oktober 2016.
  4. ^ a b Mohamed Farid Noh (Februari 16, 2022). "Suhaimi dilantik Ketua Koordinator WARISAN Johor". BHarian. Dicapai pada 16 Februari 2022.
  5. ^ "Shafie's Parti Warisan Sabah name change okayed". Daily Express. 18 Oktober 2016. Dicapai pada 18 Oktober 2016.