Parti Wilayah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Wilayah
Партія регіонів
Ketua Mykola Azarov[1]
Pemimpin Kehormat Viktor Yanukovych
Timbalan Pertama Volodymyr Rybak
Ketua parlimen Oleksandr Yefremov
Diasaskan 26 Oktober 1997 (1997-10-26)
Ibu pejabat Ukraine Kiev, Ukraine
Akhbar Vremya Regionov
Sayap belia Young Regions
Ideologi 1Kewilayahan[2]
Pro-Rusia[3][4]
Kedudukan politik 1Pusat[5][6]
Penggabungan antarabangsa Tiada
Warna rasmi Biru
Verkhovna Rada
194 / 450
[7]
Tapak web
www.partyofregions.org.ua
Politik Ukraine
Parti politik
Pilihan raya
1Parti terdiri daripada kumpulan politik berbeza dengan pandangan ideologi mencapah[5][8][9]

Parti Wilayah[10] (Bahasa Ukraine: Партія регіонів, pronounced [ˈpɑrtijɑ rɛɦiˈɔniu̯]; Bahasa Rusia: Партия регионов) ialah sebuah parti politik Ukraine yang ditubuhkan pada 26 Oktober 1997 sebelum pilihan raya parlimen Ukraine 1998 dengan nama Parti Pemulihan Wilayah Ukraine.[11] Pemimpin parti kini ialah bekas pemangku Perdana Menteri Mykola Azarov.

Pembaharuan dibuat pada 2001 apabila parti ini bersatu dengan beberapa parti lain. Hasilnya, mengikut pimpinan parti pada 2002, jumlah anggota parti melompat menjadi 500,000 orang, berbanding 30,000 semasa penubuhan.[12] Ideologi parti ini mempertahankan dan mendukung hak etnik Rusia dan penutur bahasa Rusia di Ukraine. Pada awalnya, parti ini menyokong presiden Leonid Kuchma dan menyertai perikatan Untuk Ukraine Bersatu pro-kerajaan semasa pilihan raya parlimen pada 30 Mac 2002.

Parti mula mencapai kejayaan apabila Anatoliy Kinakh dan seterusnya Viktor Yanukovych menjadi Perdana Menteri. Yanukovych kemudian mara ke pusingan terakhir pilihan raya presiden pada 2004. Parti Wilayah terus mengukuhkan kedudukan dengan mendapat 186 kerusi atau 32.14%[11] dalam pilihan raya 2006, menjadikannya kumpulan terbesar dalam parlimen Verkhovna Rada. Akibat krisis politik pada 2007, satu pilihan raya baharu diadakan, dan walaupun kekal sebagai parti terbesar,[11] mereka menjadi pembangkang selepas lawan berjaya membentuk perikatan. Pada 2010 pula, Viktor Yanukovych berjaya memenangi pilihan raya presiden dengan 48.95% undi popular.[13] Pada 28 Oktober 2012, parti ini berjaya mengekalkan kemajmukannya dalam pilihan raya parlimen dengan 187 kerusi walaupun cuma mendapat 30.01% undi popular. Mykola Azarov yang memangku Perdana Menteri disahkan kekal dengan jawatan itu.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]