Parupalli Kashyap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parupalli Kashyap
Maklumat peribadi
Nama kelahiranParupalli Kashyap
Negara India
Lahir (1986-09-08) 8 September 1986 (umur 37)
Hyderabad, India
Tempat tinggalHyderabad, India
Tinggi5 ft 8 in (1.73 m)
Cakat tanganKanan
JurulatihPullela Gopichand
Perseorangan lelaki
Ranking tertinggi6 (25 April 2013)
Ranking semasa28 (10 Oktober 2014)
Profil BWF

Parupalli Kashyap (lahir 8 September 1986 di Hyderabad) merupakan seorang pemain badminton dari India. Beliau telah menerima Anugerah Arjuna pada tahun 2012 dalam kategori badminton dari Kerajaan India. Beliau telah melakar sejarah buat India apabila melangkah ke suku akhir dalam Sukan Olimpik 2012 di London dalam perseorangan lelaki, beliau merupakan satu-satunya pemain badminton India yang berjaya ke peringkat tersebut. Ketika Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, beliau mendapat pingat emas.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Parupalli Kashyap telah dilahirkan pada 8 September 1986 di Hyderabad, ibu bapa beliau ialah Uday Shankar dan Subhadra Shankar.[1] Ketika Kashyap berusia 11 tahun, beliau mula berlatih bermain badminton dengan Syed Mohammed Arif. Kashyap sekeluarga berpindah ke Bangalore disebabkan bapanya bertukar pekerjaan. Ketika berada di Bangalore, beliau menyertai Padukone Academy. Pada tahun 2004, Kashyap berpindah semula ke Hyderabad. Tanpa disedari, Kashyap telah dihidapi penyakit asma dalam beberapa ujian kesihatan.[2] Selepas beberapa tahun, keadaan Kashyap semakin pulih dan beliau sambung belatih di Gopichand Academy di bawah Pullela Gopichand.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2005-2009[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2005, beliau telah memenangi Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Kebangsaan dalam perseorangan lelaki.[3] Selepas itu, beliau mula menyertai kejohanan antarabangsa. Pada tahun 2006, dalam Terbuka Hong Kong, beliau telah ditewaskan oleh pemain dunia nombor 19 dari Poland, Przemysław Wacha.[4] Beberapa bulan kemudian, beliau telah ditewaskan sekali lagi oleh lawan yang sama, Wacha dalam Terbuka Bitburger. Pada tahun 2006, ranking Kashyap telah melonjak dari 100 sehingga 64. Jurulatih Gopichand berasa gembira atas melatih Kashyap sehingga menjadi pemain berprestij dunia.[5] Pada tahun yang sama, Kashyap mengambil bahagian dalam Sukan Asia 2006.[6] Dalam Kejohanan India, Kashyap telah ditewaskan oleh juara kebangsaan, Chetan Anand untuk memenangi pingat emas untuk Andhra Pradesh.

Pada tahun 2009, Kashyap berjaya melangkah ke Terbuka Belanda dan Kejohanan Badminton Kebangsaan Senior 2009.[7] Pada tahun yang sama, Kashyap sekadar naib juara dalam Terbuka Thailand,[8] Terbuka Sepanyol dan Terbuka Toulouse.[9]

2010 - kini[sunting | sunting sumber]

2010[sunting | sunting sumber]

Dalam Sukan Komanwel 2010, beliau berjaya melangkah ke separuh akhir tetapi tewas kepada pemain England, Rajiv Ouseph. Beliau mendapat pingat gangsa selepas menewaskan Chetan Anand.[10]

Beliau berjaya melangkah ke separuh akhir dalam Terbuka India Grand Priz 2010[11] tetapi tewas kepada Arvind Bhat.


2012[sunting | sunting sumber]

Semasa Sukan Olimpik 2012, Kashyap memenangi semua perlawanan dalam peringkat kumpulan. Dalam pra-suku akhir, beliau mengalahkan Niluka Karunaratne dari Sri Lanka 21-16, 15-21, 21-14. Ketika suku akhir, beliau tewas kepada pemain Malaysia, Lee Chong Wei dalam "straight sets". Dalam masa yang sama, beliau melakar sejarah menjadi pemain India yang berjaya ke peringkat suku akhir dalam Sukan Olimpik.[12] Pencapaian beliau itu membuatkan ranking Kashyap melonjak ke tangga 19.[13]

2014[sunting | sunting sumber]

Dalam Sukan Komanwel 2014, beliau berjaya mengalahkan Rajiv Ouseph dari England. Dalam perlawanan akhir, beliau terpaksa bermain dalam tiga set ketika menentang pemain Singapura, Derek Wong, 21-14, 11-21, 21-19 dan akhirnya memenangi pingat emas untuk India.[14]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tempat Tahun Kejohanan Pihak lawan Markah
Juara 2012 Terbuka India Grand Prix Gold Thailand Tanongsak Saensomboonsuk 21-19, 13-21, 21-17
Juara 2014 Sukan Komanwel 2014 Singapura Derek Wong 21-14, 11-21, 21-19

Rekod menentang pihak lawan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ name=hindu>"Making of a champion". The Hindu. September 13, 2012. Dicapai pada 2014-08-04.
  2. ^ name="bg">Sukumar, Dev S (3 August 2009). "Impossible is nothing". Daily News and Analysis. Dicapai pada 13 October 2010.
  3. ^ "Kashyap, Saina emerge best". Rediff.com. 2 December 2005. Dicapai pada 13 October 2010.
  4. ^ "Kashyap pulls off a major upset". The Hindu. 31 August 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-11. Dicapai pada 13 October 2010.
  5. ^ "Kashyap stuns Wacha, reaches semis". The Times of India. 28 October 2006. Dicapai pada 13 October 2010.
  6. ^ "Chetan, Jwala pull out of camp". The Hindu. 16 October 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-29. Dicapai pada 13 October 2010.
  7. ^ "Indore: Arvind Bhat Claims National Badminton Title". Daijiworld. 19 February 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-21. Dicapai pada 13 October 2010.
  8. ^ "Kashyap falters". The Telegraph. 4 May 2009. Dicapai pada 13 October 2010.
  9. ^ "Kashyap falters in the final". The Hindu. 2 June 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-08. Dicapai pada 13 October 2010.
  10. ^ "Kashyap wins bronze for India in badminton". The Times of India. 13 October 2010. Dicapai pada 13 October 2010.
  11. ^ "Kashyap in semis of Indian Open Grand Prix". 17 December 2010.
  12. ^ "Parupalli Kashyap creates history by reaching quarters at London Olympics – The Times of India". The Times of India. Dicapai pada 2012-08-01.
  13. ^ "Kashyap leads Indian challenge in China Masters". The Hindu. 10 September 2012. Dicapai pada 13 September 2012.
  14. ^ "Men's Singles Gold Medal Match". Glasgow 2014. Dicapai pada 2014-08-04.