Pergi ke kandungan

Pasar Payang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Payang Kedai Payang
Map
Nama alternatifPayang Payang
Maklumat umum
JenisPasar harian
Gaya seni binaSeni bina tradisional Terengganu
LokasiJalan Sultan Zainal Abidin,
Kuala Terengganu, Malaysia
NegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat5°20′15″U 103°08′09″T / 5.33756°U 103.13585°T / 5.33756; 103.13585
Pembinaan bermula1964 (bangunan asal)
Disiapkan pada2019 (bangunan baru)
Butiran teknikal
Bilangan tingkat2
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Bangunan Pasar Kedai Payang yang baharu
Dalam Pasar Payang

Pasar Payang, turut dikenali sebagai Pasar Besar Kedai Payang, ialah sebuah pasar besar dua tingkat yang terletak berhampiran dengan Jeti Shahbandar, Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular di kalangan pelancong terutama sebagai persinggahan menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan.

Pasar Kedai Payang terletak di bandar Kuala Terengganu, Terengganu betul-betul mengadap Laut China Selatan. Ia merupakan tumpuan para pelancong yang datang ke Kuala Terengganu. Bangunan pasar ini dua tingkat terbahagi kepada dua jenis barang utama. Bahagian bawah menjual barangan dapur termasuk ikan, sayur-sayuran dan kuih-muih tradisional. Sementara tingkat atas terkenal menjual pakaian terutama batik Terengganu, sutera, kain broket dan songket tenunan Melayu.

Bazar Warisan pula terletak di sebelah Pasar Payang. Kompleks Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan premis perniagaan yang berdekatan menyebabkan persekitarannya sesak terutama pada hari Sabtu dan Ahad.[1]

Tapak lama Pasar Payang dibangunkan semula menjadi pasar yang baharu
Dalaman Pasar Payang yang baru
Penjual ikan di Pasar Payang

Nama Pasar Payang diambil sempena perahu payang yang sering digunakan oleh nelayan sejak awal proses perdagangan di negeri itu (payang ialah sejenis pukat[2]), payang boleh juga dari pelat menyebut kata "tempayan".

Pada tahun 1964, ia dibangunkan sebagai sebuah pasar, bagi menempatkan peniaga-peniaga dari Pasar Besar Tanjung yang dirobohkan. Pada awalnya ia hanyalah gerai berasaskan kayu sebelum dinaik tarafkan pada 1968. Pasar Payang telah dirasmikan oleh Sultan Terengganu ke-16, yang ketika itu juga merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-4 iaitu Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 31 Ogos 1968. Pada tahun 2019, bangunan lama Pasar Payang dirobohkan, untuk digantikan dengan pasar yang baru.[3]

Kebersihan

[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Januari 2010, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said menyatakan kebersihan Pasar Payang kotor, tidak sesuai dengan imej Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Pantai. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu patut memantau peniaga dan orang ramai yang membuang sampah.[4] Keadaan Pasar Payang yang sudah usang itu mengundang rungutan orang ramai.[5] Sehubung dengan itu, pada 2016 kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM78 juta bagi membaiki infrastruktur di Pasar Besar Kedai Payang.[6] Dengan baik-pulih itu, Pasar Besar Kedai Payang kini (2018) menampilkan wajah baru yang lebih ceria dan moden.[7]

  1. ^ Tan Sri Muhyiddin tinjau Pasar Kedai Payang
  2. ^ Pramono, Djoko (2005). Budaya Bahari. Gramedia Pustaka Utama. m/s. 112–113. ISBN 9792213767.
  3. ^ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pasar-payang-bakal-diroboh-51-tahun-penuh-kenangan-200074
  4. ^ MB Tidak Puas Hati Tahap Kebersihan Pasar Payang
  5. ^ Pasar Besar Kedai Payang perlu ditambahbaik.
  6. ^ Pasar Besar Kedai Payang baharu siap 2018.
  7. ^ TEMPAT letak kereta bertingkat di Pasar Besar Kedai Payang diberi wajah baharu dalam program pengind.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]