Pergi ke kandungan

Pasembur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Pasembor)
Pasembur
روجق ڤسمبور
Nama alternatifRojak mamak
JenisSalad
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauSemenanjung Malaysia, terutamanya Pulau Pinang
Masakan berkaitanMalaysia and Singapura
Bahan utamaTimun, kentang, tauhu, sengkuang, tauge, makanan laut (udang, ketam, or kurita)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pasembur (sebutan dalam loghat tempatan: Pasemboq; Jawi: ڤسمبور), juga dieja pasembor, adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, tauge, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng dan sebagainya, dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gado ataupun kuah sate.

Istilah "pasembur" hanya khusus di bahagian utara Semenanjung Malaysia, dan lazimnya dikaitkan dengan Pulau Pinang, di mana pasembur terbaik boleh didapati di sepanjang Jalan Gurney.[perlu rujukan] Di bahagian lain Malaysia, istilah "Rojak Mamak" lebih biasa digunakan.

Secara tradisi, penjaja rojak Tamil Muslim menjual di gerai dan motorsikal sebagai kaunter penyediaan dan menjual rojak mereka. Penjaja bergerak ini kini menggunakan lori kecil. Pasembor juga dijual di Singapura sebagai campuran ubi kentang, telur, tahu, dan udang kering dihidang dengan kuah kacang manis pedas.

Pasembur biasanya dimakan di waktu petang. Boleh mengenyangkan dan boleh menjadi diet makanan sayuran jika tidak dicampur potongan makanan laut.