Pergi ke kandungan

Pashchimottanasana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pashchimottanasana

Pashchimottanasana (Sanskrit: पश्चिमोत्तानासन; ATSA: Paścimottānāsana), Lentik Depan Duduk, (Jawi: لنتيق دڤن دودوق)[1] atau Regangan Belakang Bersungguh[2] ialah asana lentik depan secara duduk dalam hathayoga dan yoga sebagai senaman. Janushirshasana ialah variasi dengan satu lutut dibengkokkan ke sisi; Upavishthakonasana pula mempunyai kaki yang lurus dan dikangkang luas.

Etimologi dan asal-usul

[sunting | sunting sumber]
Paschimottanasana yang diilustrasikan dalam manuskrip Jogapradipika tahun 1830.

Nama Paschimottanasana berasal daripada tiga perkataan Sanskrit. Paschima (पश्चिम, paścima) secara harfiah bermaksud "Barat" atau "bahagian belakang badan".[3] Dalam konteks jasad halus (seperti dalam Yogabīja), ia bermaksud saluran tenaga pusat, sushumna nadi, yang merentasi sepanjang tulang belakang.[4] Uttana (उत्तान, uttāna) bermaksud "regangan intensif" atau "lurus" atau "lanjutan".[5] Asana (आसन, āsana) bermaksud "posisi" atau "kedudukan".[6] Posisi ini diterangkan dalam Hathayogapradipika abad ke-15, bab 1, ayat 28-29.

Nama Dandasana (Sanskrit: दण्डासन; ATSA: Daṇḍāsana) berasal daripada perkataan Sanskrit daṇḍa (दण्ड) yang bermaksud "kayu" atau "tongkat".[7] Posisi ini tidak ditemui dalam teks hathayoga zaman pertengahan. Shritattvanidhi dari abad ke-19 menggunakan nama Dandasana untuk posisi yang berbeza, di mana badan dikekalkan tegak dengan sokongan tali. Walau bagaimanapun, sarjana yoga Norman Sjoman menyatakan bahawa latihan gimnastik tradisional India, Vyayama, merangkumi set pergerakan yang dipanggil "dands", yang serupa dengan Suryanamaskara dan vinyasa yang digunakan dalam yoga moden.[8]

Nama Janushirshasana (Sanskrit: जानुशीर्षासन; ATSA: Jānuśīrṣāsana) berasal daripada perkataan Sanskrit jānu (जानु) bermaksud "lutut" dan śīrṣa (शीर्ष) bermaksud "kepala".[9] Posisi ini adalah posisi moden yang mula dilihat pada abad ke-20. Ia diterangkan dalam Yoga Makaranda (1934)[10] karya Krishnamacharya, serta dalam karya anak murid beliau, Light on Yoga (1966)[11] oleh B. K. S. Iyengar dan Ashtangavinyasayoga oleh Pattabhi Jois.[12][9]

Nama Upavishtakonasana (Sanskrit: उपविष्टकोणासन; ATSA: Upaviṣṭakoṇāsana) berasal daripada perkataan Sanskrit upaviṣṭa (उपविष्ट) bermaksud "terbuka" dan koṇa (कोण) bermaksud "sudut".[13] Ia tidak ditemui dalam hathayoga zaman pertengahan, tetapi diterangkan dalam Light on Yoga.[14] Ia juga diterangkan secara berasingan dengan nama yang berbeza, Hastapadasana (Sikap Tangan ke Kaki)[a] dalam Complete Illustrated Book of Yoga (1960) oleh Swami Vishnudevananda, yang menunjukkan asal-usul yang lebih lama.[15]

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Paschimottanasana dimulakan dari Dandasana (sikap Tongkat duduk) dengan membongkok ke hadapan dari pinggul tanpa paksaan dan memegang kaki atau bahagian bawah kaki. Tali boleh diletakkan di sekeliling kaki dan dipegang dengan tangan jika bahagian belakang terasa kaku. Kepala boleh disandarkan pada selimut yang dilipat atau bantal peluk (bolster), yang boleh ditinggikan di atas bangku kecil jika perlu.[16][17] Individu yang mempunyai kesukaran membongkokkan belakang harus berhati-hati semasa melakukan asana ini.[18]

Dandasana atau "sikap Tongkat" melibatkan kaki yang dilunjurkan di atas lantai dan badan tegak lurus, dengan tapak tangan atau hujung jari di atas tanah.[19] Mereka yang tidak boleh duduk di atas lantai dengan cara ini boleh duduk di atas selimut yang dilipat.[20]

Janushirshasana atau "sikap Kepala ke lutut" mempunyai satu kaki yang dilunjurkan dengan jari kaki menghadap ke atas, manakala kaki yang satu lagi dibengkokkan dengan lutut menjauhi kaki yang lurus dan tapak kaki diletakkan di pangkal paha. Torso dibongkokkan lurus ke hadapan di atas kaki yang dilunjurkan.[11][21]

Urdhvamukhapashchimottanasana, juga dipanggil Ubhayapadangushthasana, ialah bentuk imbangan sikap ini, di mana kaki dan tangan menghala ke atas.[22][23]

Parivrittapashchimottanasana ialah bentuk posisi yang terbalik atau terpusing, di mana badan dipusingkan ke satu sisi dan tangan disilangkan; contohnya jika badan dipusingkan ke kiri, tangan kanan memegang kaki kiri, siku kanan berada di atas lutut kiri, dan tangan kiri memegang kaki kanan.[24]

Tryangamukhaikapadapashchimottanasana mempunyai satu kaki yang dibengkokkan seperti dalam Virasana.[25]

Lentik Depan Kangkang Luas (Paschimottanasan Meniarap), Buka kaki anda lebih lebar daripada lebar pinggul dan bongkok ke hadapan. Variasi ini menyasarkan bahagian dalam paha sambil meregangkan bahagian belakang.[26]

Baddhapadmapashchimottanasana[27] mempunyai satu kaki yang disilangkan di atas kaki yang lain seperti dalam Padmasana.[28]

Upavishthakonasana atau "lentik depan sambil duduk sudut luas"[20] mempunyai kedua-dua kaki lurus di atas lantai, dikangkangkan seluas mungkin, dengan dagu dan hidung menyentuh lantai.[13][14][29][30] Parshvopavishtakonasana (ke sisi) melibatkan badan menghadap ke arah satu kaki, dan kedua-dua tangan memegang kaki tersebut tanpa mengangkat pinggul yang bertentangan.[31] Urdhvopavishtakonasana (ke atas) adalah serupa dengan Navasana tetapi dengan kaki yang dikangkangkan. Ia melibatkan jari telunjuk dan jari hantu memegang ibu jari kaki, kaki dikangkangkan luas, lurus, dan diangkat setinggi kepala; badan disengetkan sedikit ke belakang untuk mengimbangi badan pada tulang duduk. Posisi ini boleh dipraktikkan dengan tali pada setiap kaki jika kaki tidak dapat diluruskan sepenuhnya; selimut yang digulung boleh diletakkan di belakang punggung untuk membantu imbangan.[32] Jika anda mengalami kecederaan belakang, kecederaan lutut, atau tekanan darah tinggi, elakkan asana ini.[33]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Uttanasana, posisi bongkok ke hadapan secara berdiri.
  1. ^ Hastapadasana sebaliknya merupakan sinonim bagi Lentik Depan Sambil Berdiri, uttanasana.
  1. ^ "Yoga Journal - Seated Forward Bend" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2011-04-10.
  2. ^ "Asanas - Forward Bending Poses" (dalam bahasa Inggeris). About Yoga. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-16. Dicapai pada 2011-06-25.
  3. ^ Lark, Liz (15 March 2008). 1,001 Pearls of Yoga Wisdom: Take Your Practice Beyond the Mat (dalam bahasa Inggeris). Chronicle Books. m/s. 265. ISBN 978-0-8118-6358-2. Dicapai pada 25 June 2011.
  4. ^ Birch, Jason (2024). "Annotated Translation". Āsanas of the Yogacintāmaṇi: The Largest Premodern Compilation on Postural Practice. Paris and Pondicherry: École française d'Extrême-Orient and Institut français de Pondichéry. m/s. 163.
  5. ^ "Paschimottanasana" (dalam bahasa Inggeris). Ashtanga Yoga. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-13. Dicapai pada 2011-04-10.
  6. ^ Sinha, S. C. (1 June 1996). Dictionary of Philosophy. Anmol Publications. m/s. 18. ISBN 978-81-7041-293-9.
  7. ^ "Dandasana" (dalam bahasa Inggeris). Ashtanga Yoga. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 February 2011. Dicapai pada 11 April 2011.
  8. ^ Sjoman 1999, m/s. =44, 50, 78, 98–99.
  9. ^ a b "Janu Shirshasana A" (dalam bahasa Inggeris). Ashtanga Yoga. Dicapai pada 2011-04-09.
  10. ^ Krishnamacharya, Tirumalai (2006) [1934]. Yoga Makaranda. Diterjemahkan oleh Ranganathan, Lakshmi; Ranganathan, Nandini. m/s. 77–83.
  11. ^ a b Iyengar, B. K. S. (1979) [1966]. Light on Yoga: Yoga Dipika. Unwin Paperbacks. m/s. 148–151. ISBN 978-1855381667.
  12. ^ Sjoman 1999, m/s. 88, 100, 102.
  13. ^ a b Mehta 1990, m/s. 65.
  14. ^ a b Iyengar 1979, m/s. 163–165.
  15. ^ Sjoman 1999, m/s. 88.
  16. ^ Iyengar 1991, m/s. 166–170.
  17. ^ Mehta 1990, m/s. 64.
  18. ^ Kapadia, Praveen (2002). Yoga Simplified (ed. 1st). Hyderabad, India: Gandhi Gyan Mandir Yoga Kendra. m/s. 124–125.
  19. ^ "Staff Pose" (dalam bahasa Inggeris). Yoga Journal. Dicapai pada 9 April 2011.
  20. ^ a b Rosen, Richard (28 August 2007). "Wide-Angle Seated Forward Bend" (dalam bahasa Inggeris). Yoga Journal. Dicapai pada 18 November 2018.
  21. ^ Saraswati, Swami Satyananda (2003). Asana Pranayama Mudra Bandha. Nesma Books India. m/s. 235–236. ISBN 978-81-86336-14-4.
  22. ^ "Urdhva-Mukha Paschimottanasana". Ashtanga Yoga. Dicapai pada 8 February 2019.
  23. ^ Iyengar 1991, m/s. 173.
  24. ^ Iyengar 1991, m/s. 170–173.
  25. ^ Iyengar 1991, m/s. 156–157.
  26. ^ sonu (2024-12-22). "Seated Forward Bend Pose (Paschimottanasana)" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-26.
  27. ^ "Ardha Baddha Padma Paschimottanasana" (dalam bahasa Inggeris). Yoga Vastu. October 2020.
  28. ^ Iyengar 1991, m/s. 153–156.
  29. ^ Botur, Amanda. "Wide-Angle Seated Forward Bend: Upavistha Konasana" (dalam bahasa Inggeris). Yoga Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2018. Dicapai pada 19 November 2018.
  30. ^ "Wide-Angle Seated Forward Bend - Upavishta Konasana" (dalam bahasa Inggeris). Ekhart Yoga. 2018. Dicapai pada 19 November 2018.
  31. ^ "Parsva Upavistha Konasana (Side Seated Wide Angle Pose)" (dalam bahasa Inggeris). Yoga Vastu. Dicapai pada 25 June 2021.
  32. ^ "Upward Facing Wide-Angle Seated Pose - Urdhva Upavistha Konasana" (dalam bahasa Inggeris). Ekhart Yoga. Dicapai pada 25 June 2021.
  33. ^ "10 Benefits of Seated Forward Bend (paschimottanasana)". Namaste yoga school. 27 January 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]