Pasir Berbisik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pasir Berbisik
Pasir Berbisik.jpg
Penerbit Shanty Harmayn
Ueda Makoto
Christine Hakim
Harris Lasmana
Pengarang Nan Achnas
Rayya Makarim
Lakonan Dian Sastrowardoyo
Christine Hakim
Slamet Rahardjo
Didi Petet
Dessy Fitri
Mang Udel
Dik Doank
Chams Juinda
Muzik Thoasi Argeswara
Mula ditayang
2001
Tempoh tayangan
106 Minit
Negara Indonesia Indonesia
Bahasa Bahasa Indonesia

Pasir Berbisik ialah sebuah filem Indonesia tahun 2001 yang diarahkan oleh Nan Achnas, ditulis oleh Nan Achnas dan Rayya Makarim.

Filem ini mengisahkan kehidupan seorang gadis, Daya (Dian Sastrowardoyo) yang hidup bersama ibunya, Berlian (Christine Hakim), seorang wanita yang menyara kehidupan mereka dengan menjual jamu. Daya dan Berlian, hidup terasing di pinggir kawasan pantai sebuah kawasan gurun pasir.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Dian Sastrowardoyo Sebagai Daya
  • Christine Hakim Sebagai Berlian
  • Slamet Rahardjo Sebagai Agus
  • Didi Petet Sebagai Sowita
  • Desy Fitri Sebagai Sukma
  • Mang Udel Sebagai Kakak Sukma
  • Dik Doank Sebagai Pemberontak
  • Chams Juinda Sebagai Minayati

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Daya hidup tanpa kehadiran seorang bapa yang telah hilang entah ke mana. Berlian, dengan perasaan yang terlalu sayang pada Daya, akhirnya menjadi mengekang kehidupan anak gadisnya itu. Dalam kehidupan sepi dan terkongkong, Daya sering membayangkan kehadiran bapanya yang telah menghilang tanpa pesan. Dalam keanehannya, Daya sering mendekatkan telinganya ke pasir untuk mendengar pasir yang seolah berbisik kepadanya.

Pada satu hari, kampung mereka diserang, lantas mereka berdua terpaksa berpindah ke daerah yang lain. Mereka berjalan mengharungi gurun untuk berpindah ke tempat baru itu, untuk memulakan hidup baru. Di situ, Daya menemui seorang sahabat baru bernama Sukma (Dessy Fitri). Daya dan Berlian meniti kehidupan mereka dengan penuh gigih di tempat baru ini. Keadaan mulai berubah ketika suami Berlian, Agus (Slamet Rahardjo) tiba-tiba saja muncul kembali dalam kehidupan mereka. Walaupun pada mulanya ragu, Berlian akhirnya menerima kembali kehadiran Agus ke dalam hidupnya.

Agus berjaya membahagiakan Daya kembali setelah sekian lama Daya merindui kehadiran bapanya. Walau bagaimanapun, kebahagiaan ini hanya datang sekejap saja. Karena wang, Agus rela membawa Daya berjumpa dengan Suwito (Didi Petet) yang telah lama mendambakan Daya. Mulai saat itu, Daya bergelut dengan perasaan sedih setelah dirinya dinodai Suwito.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]