Pasport Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pasport Malaysia merupakan pasport yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi rakyat Malaysia.

Sejarah pasport Malaysia[sunting | sunting sumber]

Immigration Ordinance 1952 merupakan undang-undang utama imigresen menggantikan undang-undang yang digubal pada waktu darurat. Tujuan undang-undang ini adalah untuk mengadakan kawalan ke atas kemasukan semua Warganegara British, rakyat di bawah naungan British dan "Alien" ke Persekutuan Tanah Melayu dan juga berkuatkuasa di Singapura, di bawah pentadbiran Kementerian Luar Negeri. Jabatan Imigresen mengeluarkan paspot di mana pejabat pengeluarannya bertempat di Singapura, Pulau Pinang, pejabat-pejabat Residen-residen dan Penasihat Inggeris.

Selepas kemerdekaan, The Immigration Ordinance 1959, The Immigration Regulations 1959 dan The Passport Ordinance 1960 telah digubal bagi menggantikan The Immigration Ordinance 1952, The Passport Ordinance 1949 dan The Passport Regulations 1949. Undang-undang ini memperuntukkan lebih kuasa untuk mengawal kemasukan orang asing dan pelawat ke Persekutuan Tanah Melayu. Kerajaan Malaysia mula buat pasport pada tahun 1960/1961. Pasport rakyat Malaysia mengandungi maklumat tentang agama dan bangsa. Pasport rakyat Eropah tidak mengandungi maklumat tentang agama dan bangsa kerana dianggap boleh mendorong kearah diskriminasi.

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 memperluaskan keperluan imigresen ke Sabah dan Sarawak. The Immigration (Transitional Provisions) Act 1963 digubal bagi memelihara kepentingan negeri-negeri tersebut. Selain daripada melaksanakan kawalan kemasukan bukan warganegara, pihak imigresen di Sabah dan Sarawak juga mengawal kemasukan warganegara dari Semenanjung. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]