Pastel Lite

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pastel Lite
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif2012–2021
Syarikat rakaman
AhliFaliq Mohd
Bekas ahli
  • Eff Hakim

Pastel Lite merupakan sebuah kumpulan muzik elektronik Malaysia yang ditubuhkan pada 2012.[1][2] Ahli kumpulan ini terdiri daripada Faliq Mohd (vokal/gitar/synth/drum) dan Eff Hakim (vokal).[3] Kumpulan ini menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan Inggeris dan telah menerbitkan satu EP Etcetera (2015) dan dua album studio–Balada (2017) dan Pop Bilik Tidur (2019). Pada hujung tahun 2019, Eff Hakim telah mengumumkan di laman sosial nya untuk keluar dari kumpulan dan Pastel Lite diteruskan oleh Faliq Mohd.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pastel Lite bermula pada 2012 apabila vokalisnya, Eff Hakim ingin mencari ahli kumpulan di Internet dan memuat naik lagu-lagu nukilannya di SoundCloud. Faliq mula berminat dan terus menghubungi Eff untuk terus bekerjasama. Di bawah label Melodiya Recordings, Pastel Lite menerbitkan EP sulung mereka, Etcetera yang mengandungi lima lagu, dikeluarkan pada tahun 2014. Bakat mereka berjaya dihidu oleh Yuna Room Records milik Yuna, seterusnya melamar Pastel Lite sebagai artis rakamannya. Album studio pertama kumpulan itu, Balada, dikeluarkan pada Julai 2017 dengan dua lagunya, "Damsel" dan "Masa Kita" dikeluarkan sebagai single. Mereka kemudian melancarkan album kedua, Pop Bilik Tidur pada Oktober 2019; "Hello Sayang" ialah satu-satunya single yang dikeluarkan untuk album ini. Pada Mei 2020, Pastel Lite muncul dengan single terbaharu mereka, "Demi Kita". Pada Ogos atau September 2021, Eff Hakim mengumumkan keluar dari kumpulan menerusi laman Instagram Eff yang memberitahu beliau tidak mahu bekerja dengan kumpulan itu lagi dan Faliq Mohd tetap meneruskan Pastel Lite untuk album akan datang dan live show.[4]

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

  • Eff Hakim – vokalis, keyboard, gitar, vocoder, programming
  • Faliq Mohd – synth, gitar, vocoder, programming

Diskografi[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Lagu dan single[sunting | sunting sumber]

  • "Have Me" (2012)
  • "Heart Drum" (2012)
  • "Demi Kita" (2020)

Konsert[sunting | sunting sumber]

  • Etcetera EP Tour (2015)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2020 TAPAUawards Muzik Video Terbaik "Hello Sayang" Menang [7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pastel Lite Diarkibkan 2020-02-07 di Wayback Machine Yayasan Sime Darby Arts Festival. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  2. ^ Apa Istimewanya Duo Indie, Pastel Lite Sehingga Berjaya Berada Di Bawah Naungan Yuna Room Records? Iamlejen. Dicapai pada 17 April 2019.
  3. ^ Zaidi Che (2 Ogos 2018). 10 soalan bersama Pastel Lite sebagai kugiran elektro retro di #GVF2018 Diarkibkan 2020-02-07 di Wayback Machine Stail.my. Dicapai pada 7 Februari 2019.
  4. ^ https://www.getaran.my/artikel/indie/9925/hilang-menyepi-adakah-ini-selamat-tinggal-buat-pastel-lite
  5. ^ Mei Zi (2 Ogos 2017). Balada proves why Pastel Lite is still your favourite buzz band JUICE Online. Dicapai pada 8 Oktober 2017.
  6. ^ Mirza Danish (18 November 2019). Pop Bilik Tidur dari Pastel Lite The Patriots. Dicapai pada 7 Februari 2020.
  7. ^ Ridzuan Abdul Rahman (22 Januari 2020). 'Tapau' tiga trofi Harian Metro. Dicapai pada 7 Februari 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]