Pasukan Kadet Bersatu Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pasukan Kadet Bersatu Malaysia atau dengan nama singkatannya PKBM merupakan salah satu unit badan beruniform yang ditawarkan kepada para pelajar sekolah menengah di Malaysia. Program ini dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (kini Kementerian Pelajaran Malaysia) dengan kerjasama Kementerian Pertahanan Malaysia. Para pelajar yang terlibat di dalam program ini akan diajar latihan asas ketenteraan seperti kawad kaki, merempuh halangan dan teknik-teknik asas penggunaan dan pengendalian senjata api (biasanya menggunakan raifal Colt M-16A2).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia bermula dengan tertubuhnya Ordinan Kor Kadet Persekutuan Tanah Melayu 1952 (No. 46). Ordinan ini kemudian digantikan dengan Ordinan Kadet Bersatu Malaysia 1967 (Ordinan 68 tahun 1967). Ordinan itu kemudian telah disemak pada 28 Disember, 1989. Selepas disemak ia dikenali sebagai Akta Kadet Bersatu Malaysia 1967 [Akta 417]. Berdasarkan Akta ini, Menteri Pendidikan Malaysia dengan persetujuan Majlis Angkatan Tentera (MAT) diberi kuasa untuk menentukan kaedah-kaedah berhubung dengan:

  1. Tahap latihan yang perlu dijalani dan taraf yang perlu dicapai oleh anggota PKBM dari masa ke semasa.
  2. Kehadiran anggota untuk menjalani latihan dan kursus.
  3. Pakaian seragam, senjata dan kelengkapan pasukan
  4. Kelulusan keselamatan anggota

Selain itu, akta ini juga membenarkan Majlis Angkatan Tentera untuk membuat perintah-perintah tetap atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah berhubung dengan pengelolaan, pentadbiran dan latihan menyeluruh pasukan, khususnya berkenaan perkara-perkara berikut:

  1. Pengeluaran dan penjagaan senjata, peralatan, bahan letupan, bekalan, pakaian dan kelengkapan.
  2. Penyata-penyata, buku-buku dan bentuk surat menyurat.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.