Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia atau SMART (Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team) merupakan sebuah pasukan khas mencari dan menyelamat yang ditubuhkan di bawah Majlis Keselamatan Negara Malaysia yang berdasarkan kelulusan Jemaah Menteri pada 18 Mei 1994.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Susulan daripada tragedi keruntuhan pangsapuri Highland Towers, Ulu Kelang pada 11 Disember 1993, Jawatankuasa Kabinet yang bersidang 21 Disember 1993 telah meluluskan penubuhan Pasukan SMART di bawah pengurusan Pejabat Majlis Keselamatan Negara; Pasukan SMART ini dianggotai oleh pegawai dan anggota daripada jabatan kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Misi[sunting | sunting sumber]

Di antara misi-misi yang pernah disertai termasuklah:-

  • Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Tsunami di Aceh, Indonesia pada Disember 2004
  • Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Gempa Bumi Di Muzafarabad, Pakistan pada 2005
  • Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Tanah Runtuh Di Leyte, Filipina pada 2006
  • Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Gua Tanah Runtuh Perak Cave Templer, Perak Thong pada 12 Januari 2009
  • Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Bangunan Runtuh Jaya Supermarket Seksyen 14, Petaling Jaya Pada 28 Mei 2009

Pautan luar[sunting | sunting sumber]