Pasukan Peronda Sukarela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pasukan Peronda Sukarela merupakan sebuah pertubuhan keselamatan sukarela yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang sejak 2008 lagi iaitu semenjak Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Pasukan itu banyak membantu masyarakat dalam kesusahan dan kecemasan seperti ketika banjir, kebakaran dan kemalangan jalan raya.

Sehingga kini terdapat 9002 ahli PPS yang menjaga keselamatan awam. Penubuhan PPS adalah di bawah kuasa kerajaan negeri serta mendapat kelulusan kesemua Exco kerajaan negeri.[1] Bagi menjernihkan keadaan ,Kerajaan negeri menangguhkan aktiviti PPS, akan mengadakan mesyuarat dan mendapatkan pandangan daripada para peguam sebelum tindakan lanjut diambil terhadap PPS.[2]

Diumumkan pertubuhan haram[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Ogos 2014, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan bahawa PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang. Setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.Sebaliknya PPS menjawab bahawa PPS tidak berdaftar dengan ROS kerana ia bukan pertubuhan, tapi agensi kerajaan negeri negeri. [3]

Pada 29 Ogos 2014, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran akan menangkap anggota PPS sekiranya meneruskan aktiviti mereka, dan menuduh badan itu terpesong dari matlamat penubuhannya pada 2010 iaitu berkhidmat kepada masyarakat. Ahlinya dikesan berkelakuan melebihi daripada apa yang sepatutnya.

Penubuhan PPS tidak sah kerana tidak berunding dengan PDRM dan ternyata sebuah pertubuhan haram. Malah kini dikaitkan dengan ahli kongsi gelap.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap Lim Guan Eng berunding secara terbuka dengan PDRM.[4]

Kerajaan DAP Pulau Pinang akan menyediakan perkhidmatan guaman kepada ahli PPS yang ditahan kerana menjalankan aktiviti mereka.Kerajaan negeri akan melantik peguam, menyalurkan bantuan kewangan untuk menyara kehidupan anggota PPS dan ahli keluarga mereka yang terjejas kerana ditahan polis. Barisan peguam seperti Rayer (Adun Sri Delima) dan Ramkarpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) bersiap sedia untuk membela anggota PPS yang ditahan. Bayaran guaman akan dikeluarkan oleh kerajaan negeri.[5]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa diserang dua lelaki yang berpakaian seragam unit itu di Air Itam .[6]

Pasukan beruniform ungu ini menyertai perarakan Merdeka di Padang Kota Lama pada pagi 31 Ogos 2014. Lantas Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh ditahan polis jam 6.30 petang susulan penangkapan seramai 154 anggota PPS di George Town .Phee adalah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar .Phee sebelum ini mengaku bertanggungjawab sepenuhnya ke atas PPS, badan yang ditubuhkan di bawah kerajaan negeri tetapi tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Mereka dilihat menyertai perarakan hari kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama. Ahli PPS berpakaian ungu, dibawa ke Balai Polis Beach Street. Mereka dikawal oleh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang lengkap bercota dan berperisai.

Phee kecewa terhadap tindakan polis sambil mengaku terdapat dua tuduhan salahlaku melibatkan sebilangan kecil anggota PPS. Kes pertama, seorang anggota mengaku bersalah dan meminta maaf kerana menyerang seorang wartawan, sementara kes kedua masih dalam siasatan. [7] PPS melanggar Seksyen 41 Akta Pertubuhan , mencabar amaran polis , menggertak KPN dan meneruskan aktiviti bagai 'gengster' .[8]

Pada 31 Ogos 2014, Lim Guan Eng memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut jam 4.15 petang ini untuk membantu siasatan berhubung penubuhan PPS yang ahlinya ditahan polis.[9] Lim Guan Eng mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan mempertikaikan penubuhan tidak berdaftar tersebut.Kenyataan itu juga seolah-olah memberi isyarat LGE sudah tidak mempunyai keyakinan terhadap pasukan polis dan memberi gambaran kononnya kadar jenayah di negeri ini adalah tinggi.[10]

Tindakan Lim Guan Eng menyamakan PPS dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disifatkan sebagai tidak masuk akal. JKKK bukan sebuah badan beruniform serta tidak terlibat dalam kerja-kerja mengawal keselamatan.JKKK juga tidak melibatkan pemakaian pangkat ala tentera seperti yang berlaku dalam penubuhan PPS.Selain JKKK ketika ini turut ditubuhkan di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang.

Penubuhan PPS oleh kerajaan negeri atas alasan untuk membantu pihak polis membanteras jenayah juga tidak masuk akal kerana sudah ada Skim Rondaan Sukarela Rukun Tetangga yang juga menjalankan kegiatan rondaan di kawasan perumahan. Jadi penubuhan PPS bermotifkan politik kerana anggota-anggotanya yang memakai uniform turut terlibat dalam kegiatan-kegiatan parti DAP seperti memasang bendera parti dan berkempen untuk DAP semasa pilihan raya.Jadi, Datuk Zainal Abidin Osman berpendapat PPS tidak wajar dan patut dibubarkan. [11] [12]

Tindakan PPS dan LGE ini mencabar kredibiliti Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pasukan polis. LGE didakwa menghasut ahli PPS supaya membenci pasukan polis. Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang, Mohd. Rizuad Mohd. Aizudin telah membuat laporan polis berhubung perkara tyersebut.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]