Pergi ke kandungan

Pasukan bola sepak kebangsaan Scotland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Scotland
PersatuanPersatuan Bola sepak Scotland
KonfederasiUEFA (Eropah)
Ketua jurulatihSteve Clarke
KaptenAndy Robertson
Kaps terbanyakKenny Dalglish (102)
Penjaring terbanyakKenny Dalglish
Denis Law (30)
Stadium tuan rumahHampden Park
Kod FIFASCO
Kedudukan FIFA 43 ▼ 5 (1 April 2026)[1]
Kedudukan tertinggi FIFA13[2] (Oktober 2007)
Kedudukan terendah FIFA88[3] (Mac 2005)
Kedudukan Elo 31 ▼ 9 (21 Jun 2024)[4]
Kedudukan tertinggi Elo1[4] (1876–92, 1904)
Kedudukan terendah Elo64[4] (Mei 2005)
Warna utama
Warna kedua
Antarabangsa pertama
 Scotland 0–0 England Bendera England
(Partick, Scotland; 30 November 1872)
Kemenangan terbesar
 Scotland 11–0 Ireland Bendera Ireland
(Glasgow, Scotland; 23 Februari 1901)
Kekalahan terbesar
 Uruguay 7–0 Scotland Bendera Scotland
(Basel, Switzerland; 19 Jun 1954)
Piala Dunia
Kemunculan9 (Kali pertama pada 1954)
Keputusan terbaikPusingan 1 (1954, 1958, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1998, 2026)
Kejohanan Eropah
Kemunculan4 (Kali pertama pada 1992)
Keputusan terbaikPusingan 1 (1992, 1996, 2020, 2024)

Pasukan bola sepak kebangsaan Scotland (Gaelik Scotland: Sgioba Ball-coise Nàiseanta na h-Alba) mewakili Scotland dalam perlawanan bola sepak antarabangsa lelaki dan dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Scotland. Ia bertanding dalam tiga kejohanan profesional utama: Piala Dunia FIFA, Liga Negara-Negara UEFA dan Kejohanan Eropah UEFA.  Scotland, sebagai bahagian daripada United Kingdom, bukan anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, dan oleh itu pasukan kebangsaan mereka tidak bertanding dalam Sukan Olimpik.

Sebilangan besar perlawanan tuan rumah Scotland dimainkan di stadium kebangsaan, Hampden Park.bScotland adalah pasukan bola sepak kebangsaan tertua di dunia, bersama dengan England, yang mereka mainkan dalam pertandingan bola sepak antarabangsa pertama di dunia pada tahun 1872. Scotland mempunyai persaingan lama dengan England, yang mereka mainkan setiap tahun dari 1872 hingga 1989. Pasukan ini hanya bertemu sebanyak lapan kali sejak itu, baru-baru ini dalam perlawanan kumpulan semasa Euro 2020 pada bulan Jun 2021.

Scotland telah melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA sebanyak lapan kali, dan Kejohanan Eropah UEFA sebanyak tiga kali, tetapi tidak pernah mara ke peringkat kumpulan pertama dalam kejohanan final. Pasukan ini telah mencapai beberapa keputusan penting, seperti menewaskan pemenang Piala Dunia FIFA 1966 England 3-2 di Stadium Wembley pada tahun 1967. Archie Gemmill menjaringkan apa yang telah digambarkan sebagai salah satu jaringan gol Piala Dunia terindah dalam kemenangan 3-2 semasa Piala Dunia 1978 menentang Belanda, yang mara ke final kejohanan. Dalam kumpulan kelayakan mereka bagi UEFA Euro 2008, Scotland menewaskan naib juara Piala Dunia 2006 Perancis 1-0 di kedua-dua perlawanan.

Penyokong Scotland secara kolektif dikenali sebagai Tartan Army. Persatuan Bola Sepak Scotland menjalankan pengurniaan kehormatan bagi setiap pemain yang telah menyertai 50 perlawanan antarabangsa bagi Scotland. Kenny Dalglish merekodkan penampilan Scotland terbanyak, ia bermain sebanyak 102 kali antara tahun 1971 sehingga 1986. Dalglish menjaringkan 30 gol bagi Scotland dan berkongsi rekod penjaring gol terbanyak dengan Denis Law.

Rekod Persaingan

[sunting | sunting sumber]

Skuad semasa

[sunting | sunting sumber]

Pemain-pemain berikut telah dipanggil untuk Piala Dunia FIFA 2026, dan untuk perlawanan persahabatan pra-kejohanan menentang Curaçao dan Bolivia, masing-masing pada 30 Mei dan 6 Jun 2026.[5] Berikutan perlawanan Curaçao, Billy Gilmour menarik diri daripada skuad kerana kecederaan dan digantikan sehari kemudian oleh Tyler Fletcher.[6][7]

No. Pos. Pemain Tarikh Lahir (Umur) Kaps Gol Kelab
1 GK Angus Gunn (1996-01-22) 22 Januari 1996 (umur 30) 21 0 England Nottingham Forest
12 GK Liam Kelly (1996-01-23) 23 Januari 1996 (umur 30) 3 0 Scotland Rangers
21 GK Craig Gordon (1982-12-31) 31 Disember 1982 (umur 43) 84 0 Scotland Heart of Midlothian
2 DF Aaron Hickey (2002-06-10) 10 Jun 2002 (umur 24) 20 0 England Brentford
3 DF Andy Robertson (kapten) (1994-03-11) 11 Mac 1994 (umur 32) 93 4 England Liverpool
5 DF Grant Hanley (1991-11-20) 20 November 1991 (umur 34) 67 2 Scotland Hibernian
6 DF Kieran Tierney (1997-06-05) 5 Jun 1997 (umur 29) 55 2 Scotland Celtic
13 DF Jack Hendry (1995-05-07) 7 Mei 1995 (umur 31) 37 3 Arab Saudi Al-Ettifaq
15 DF John Souttar (1996-09-25) 25 September 1996 (umur 30) 23 2 Scotland Rangers
16 DF Dominic Hyam (1995-12-20) 20 Disember 1995 (umur 30) 3 0 Wales Wrexham
22 DF Nathan Patterson (2001-10-16) 16 Oktober 2001 (umur 25) 26 1 England Everton
24 DF Anthony Ralston (1998-11-16) 16 November 1998 (umur 27) 26 1 Scotland Celtic
26 DF Scott McKenna (1996-11-12) 12 November 1996 (umur 30) 50 1 Croatia Dinamo Zagreb
4 MF Scott McTominay (1996-12-08) 8 Disember 1996 (umur 29) 69 14 Itali Napoli
7 MF John McGinn (1994-10-18) 18 Oktober 1994 (umur 32) 85 20 England Aston Villa
8 MF Tyler Fletcher (2007-03-19) 19 Mac 2007 (umur 19) 1 0 England Manchester United
11 MF Ryan Christie (1995-02-22) 22 Februari 1995 (umur 31) 67 10 England Bournemouth
17 MF Ben Gannon-Doak (2005-11-11) 11 November 2005 (umur 21) 13 1 England Bournemouth
19 MF Lewis Ferguson (1999-08-24) 24 Ogos 1999 (umur 27) 23 1 Itali Bologna
23 MF Kenny McLean (1992-01-08) 8 Januari 1992 (umur 34) 57 3 England Norwich City
25 MF Findlay Curtis (2006-06-09) 9 Jun 2006 (umur 20) 2 1 Scotland Kilmarnock
9 FW Lyndon Dykes (1995-10-07) 7 Oktober 1995 (umur 31) 51 10 England Charlton Athletic
10 FW Ché Adams (1996-07-13) 13 Julai 1996 (umur 30) 46 11 Itali Torino
14 FW Ross Stewart (1996-07-11) 11 Julai 1996 (umur 30) 2 0 England Southampton
18 FW George Hirst (1999-02-15) 15 Februari 1999 (umur 27) 9 1 England Ipswich Town
20 FW Lawrence Shankland (1995-08-10) 10 Ogos 1995 (umur 31) 19 6 Scotland Heart of Midlothian
  1. ↑ "The FIFA/Coca-Cola Men's World Ranking". 1 April 2026. Dicapai pada 1 April 2026.
  2. ↑ "Scots close in on England ranking". BBC Sport. BBC. 24 Oktober 2007. Dicapai pada 14 October 2015.
  3. ↑ "Wales fall in Fifa world rankings". BBC Sport. BBC. 24 March 2005. Dicapai pada 13 May 2007.
  4. 1 2 3 Elo rankings change compared to one year ago. "World Football Elo Ratings". eloratings.net. 21 Jun 2024. Dicapai pada 21 Jun 2024.
  5. ↑ "World Cup: Scotland select Ross Stewart & Findlay Curtis in 26-man squad". BBC Sport. 19 May 2026. Dicapai pada 19 May 2026.
  6. ↑ "Billy Gilmour: Scotland midfielder ruled out of World Cup with knee injury". BBC Sport. 30 May 2026. Dicapai pada 30 May 2026.
  7. ↑ "Fletcher chosen to replace Gilmour in Scotland squad". BBC Sport. May 31, 2026. Dicapai pada May 31, 2026.


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]