Pergi ke kandungan

Pasukan bola sepak kebangsaan Senegal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Senegal
Shirt badge/Association crest
GelaranLes Lions de la Teranga
(Singa Teranga)
PersatuanPersekutuan Bola Sepak Senegal
Sub-konfederasiWAFU (Afrika Barat)
KonfederasiCAF (Afrika)
Ketua jurulatihPape Thiaw
KaptenKalidou Koulibaly
Kaps terbanyakIdrissa Gueye (121)
Penjaring terbanyakSadio Mané (48)
Stadium tuan rumahStadium Olimpik Diamniadio
Kod FIFASEN
Kedudukan FIFA 19 2 (3 April 2025)[1]
Kedudukan tertinggi FIFA17 (Feb–April 2024)
Kedudukan terendah FIFA99 (Jun 2013)
Kedudukan Elo 29 1 (21 Jun 2024)[2]
Kedudukan tertinggi Elo21 (Jun 2002)
Kedudukan terendah Elo105 (Oktober 1994)
Warna utama
Warna kedua
Antarabangsa pertama
Pra-kemerdekaan:
 British Gambia 1–2 Senegal Perancis
(Gambia; 1959)
Pasca merdeka:
 Dahomey 3–2 Senegal Bendera Senegal
(31 Disember 1961)
Kemenangan terbesar
 Senegal 10–1 Mauritania Bendera Mauritania
(Senegal; 9 Oktober 2010)
Kekalahan terbesar
 Guinea 5–0 Senegal Bendera Senegal
(Guinea; 6 Mac 1966)
 Guinea 5–0 Senegal Bendera Senegal
(Conakry, Guinea; 23 Ogos 2017)
Piala Dunia
Kemunculan4 (Kali pertama pada 2002)
Keputusan terbaikSuku Akhir (2002)
Piala Negara-Negara Afrika
Kemunculan18 (Kali pertama pada 1965)
Keputusan terbaikJuara (2021)

Pasukan bola sepak kebangsaan Senegal, diberi jolokan Singa dari Teranga, adalah pasukan kebangsaan Senegal dan dikendalikan oleh Fédération Sénégalaise de Football. Pasukan ini membuat kemunculan pertama di Piala Dunia 2002 dan membuat kejutan menarik dengan mengalahkan juara dunia dan juara Eropah Perancis 1-0 di perlawanan pembukaan kejohanan. Senegal merupakan pasukan yang tidak pernah menghadapi kekalahan besar dengan kekalahan terbesarnya cuma 4-0 di beberapa perlawanan.

Senegal mara ke suku akhir Piala Dunia 2002, menjadi pasukan kedua dari Afrika (yang pertama Cameroon dalam 1990; selain Ghana dalam 2010). Dalam kumpulan tersebut, mereka berjaya mengejutkan Perancis, mereka seri dengan Denmark dan Uruguay, dan mengalahkan Sweden pada masa tambahan di Pusingan ke-2, sebelum kalah kepada Turki di suku akhir.

Senegal mengecewakan peminatnya pada tahun 2006 ketika mereka gagal mara ke Piala Dunia FIFA 2006. Pada Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006, Senegal menduduki tempat kedua kumpulan mereka selepas menang 3-1 kepada juara kumpulan, Togo.

Penampilan pertama Senegal dalam Piala Negara Afrika pada tahun 1965, ketika Senegal, selepas menjadi naib juara kumpulan, kalah 1-0 kepada Ivory Coast untuk mendapat tempat ke-4. Pada Piala Negara-Negara Afrika 1990, Senegal sekali lagi mendapat tempat ke-4. Senegal menjadi tuan rumah Piala Negara-Negara Afrika pada tahun 1992, di mana mereka berjaya ke suku akhir dengan menduduki tempat kedua dalam kumpulan mereka, Senegal menang 1-0 ke atas Cameroon di babak suku akhir. Pencapaian terbaik mereka dalam Piala Negara-Negara Afrika ialah pada tahun 2002, ketika mereka tewas dalam perlawanan akhir melalui sepakan penalti 0-0 setelah seri dengan Cameroon.

Senegal telah memenangi Piala Amilcar Cabral (sebuah perlawanan bola sepak serantau untuk negara-negara Afrika Barat) 8 kali, lebih dari negara lain (Naib Juara: Guinea hanya memenangi 5 kali).


Rekod Kejohanan

[sunting | sunting sumber]
Rekod Piala Dunia FIFA
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB
Uruguay 1930 Sebahagian daripada  Perancis
Itali 1934
Perancis 1938
Brazil 1950
Switzerland 1954
Sweden 1958
Chile 1962 Bukan ahli FIFA
England 1966 Menarik diri
Mexico 1970 Tidak layak
Jerman Barat 1974
Argentina 1978
Sepanyol 1982
Mexico 1986
Itali 1990
Amerika Syarikat 1994
Perancis 1998
Korea SelatanJepun 2002 Suku Akhir 7 5 2 2 1 7 6
Jerman 2006 Tidak layak
Afrika Selatan 2010
Brazil 2014
Rusia 2018 Pusingan 1 17 3 1 1 1 4 4
Qatar 2022 Pusingan 2 10 4 2 0 2 5 7
KanadaMexicoAmerika Syarikat 2026 Layak
Jumlah Terbaik: Suku Akhir 4/15 12 5 3 4 16 17
Rekod Piala Negara-Negara Afrika
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB
Sudan 1957 Sebahagian daripada  Perancis
Mesir 1959
Habsyah 1962 Tidak bergabung dengan CAF
Ghana 1963
Tunisia 1965 Tempat Keempat 4 3 1 1 1 5 2
Habsyah 1968 Pusingan 1 5 3 1 1 1 5 5
Sudan 1970 Tidak layak
Cameroon 1972
Mesir 1974
Habsyah 1976
Ghana 1978
Nigeria 1980 Tidak menyertai
Libya 1982 Tidak layak
Côte d'Ivoire 1984
Mesir 1986 Pusingan 1 5 3 2 0 1 3 1
Maghribi 1988 Tidak layak
Algeria 1990 Tempat Keempat 4 5 1 2 2 3 3
Senegal 1992 Suku Akhir 5 3 1 0 2 4 3
Tunisia 1994 8 3 1 0 2 2 3
Afrika Selatan 1996 Tidak layak
Burkina Faso 1998
Nigeria 2000 Suku Akhir 7 4 1 1 2 6 6
Mali 2002 Naib Juara 2 6 4 2 0 6 1
Tunisia 2004 Suku Akhir 6 4 1 2 1 4 2
Mesir 2006 Tempat Keempat 4 6 2 0 4 7 8
Ghana 2008 Pusingan 1 12 3 0 2 1 4 6
Angola 2010 Tidak layak
GabonGuinea Khatulistiwa 2012 Pusingan 1 13 3 0 0 3 3 6
Afrika Selatan 2013 Tidak layak
Guinea Khatulistiwa 2015 Pusingan 1 9 3 1 1 1 3 4
Gabon 2017 Suku Akhir 5 4 2 2 0 6 2
Mesir 2019 Naib Juara 2 7 5 0 2 8 2
Côte d'Ivoire 2021 Juara 1 7 4 3 0 9 2
Guinea 2023 Pusingan 1 9 4 3 1 0 9 2
Maghribi 2025 Layak
KenyaTanzaniaUganda 2027 Akan Ditentukan
Jumlah Terbaik: Juara 18/35 71 30 18 23 87 58

Skuad terkini

[sunting | sunting sumber]

Senarai panggilan

[sunting | sunting sumber]

Para pemain berikut telah dipanggil untuk Burkina Faso dalam tempoh 12 bulan lalu.

  1. ^ "The FIFA/Coca-Cola Men's World Ranking". FIFA. 3 April 2025. Dicapai pada 3 April 2025.
  2. ^ Elo rankings change compared to one year ago. "World Football Elo Ratings". eloratings.net. 21 Jun 2024. Dicapai pada 21 Jun 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Kategori berkaitan Senegal national football team di Wikimedia Commons



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.