Pergi ke kandungan

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Iraq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Iraq Iraq B-23
GelaranTemasya rantau Asia
PersatuanPersekutuan Bola Sepak Iraq (IFA)
Sub-konfederasiWAFF (Asia Barat)
KonfederasiAFC (Asia)
Ketua jurulatihRadhi Shenaishil
KaptenTBD
Kod FIFAIRQ
Warna utama
Warna kedua
Sukan Olimpik (Sejak 1992)
Kemunculan1 (Kali pertama pada 2004)
Keputusan terbaikTempat Keempat (2004)
Sukan Asia (Sejak 1994)
Kemunculan2 (Kali pertama pada 2006)
Keputusan terbaikNaib Juara (2006)

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Iraq (juga dikenali sebagai Iraq Bawah-23 atau Pasukan Olimpik Iraq) mewakili Iraq dalam pertandingan bola sepak antarabangsa di Sukan Olimpik dan Sukan Asia, serta apa-apa kejohanan bola sepak antarabangsa lain bawah-23, bawah-22, dan bawah-21. Ia dikawal oleh Persekutuan Bola Sepak Iraq.Pasukan Olimpik Iraq mencapai tempat keempat dalam Sukan Olimpik 2004 di Athens memenangi pingat perak di Sukan Asia 2006 di Doha, dan pingat gangsa dalam Sukan Asia 2014 di Incheon.

Sukan Olimpik 2004

[sunting | sunting sumber]

Selepas 16 tahun tanpa penyertaan, Iraq melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2004 selepas memenangi Kelayakan Olimpik Asia 2004 di bawah ketua jurulatih Adnan Hamad dan dijadual bermain menentang Costa Rica, Maghribi dan Portugal di peringkat kumpulan. Pada Sukan Olimpik 2004, Iraq bermula dengan kemenangan mengejutkan 4-2 menentang Portugal. Yang diikuti dengan kemenangan 2-0 menentang Costa Rica dan kalah 2-1 ke Maghribi. Peringkat suku akhir menyaksikan mereka menewaskan Australia 1-0, dan dalam separuh akhir menentang Paraguay Iraq kalah 3-1. Dalam perlawanan pingat gangsa, Iraq kalah 1-0 dan menduduki tempat keempat.

Rekod kejohanan

[sunting | sunting sumber]

Rekod Sukan Olimpik
Tahun Pusingan BP M S K JG GB
Sepanyol 1992 Tidak menyertai
Amerika Syarikat 1996 Tidak Layak
Australia 2000
Greece 2004 Tempat Keempat 6 3 0 3 9 8
Republik Rakyat China 2008 Tidak Layak
United Kingdom 2012
Brazil 2016 Pusingan 1 3 0 3 0 1 1
Jepun 2020 Tidak Layak
Perancis 2024 Layak
Jumlah Terbaik: Tempat Keempat 9 3 3 3 10 9
  • Semenjak 1992, kejohanan menjadi Bawah-23.


Rekod Sukan Asia
Tahun Pusingan BP M S K JG GB
Korea Selatan 2002 Diharamkan1
Qatar 2006
Naib Juara
9 6 1 2 17 3
Republik Rakyat China 2010 Tidak menyertai
Korea Selatan 2014 Tempat Ketiga 7 6 0 1 18 4
Indonesia 2018 Menarik diri
Republik Rakyat China 2022 Tidak menyertai
Jumlah Terbaik: Naib Juara 16 12 1 3 35 7
Semenjak tahun 2002, kejohanan menjadi bawah-23.

1 Iraq telah diharamkan daripada pertandingan 1991-2002 disebabkan oleh Perang Teluk.

Rekod Piala Asia
Tahun Pusingan BP M S K JG GB
Oman 2013 Juara 6 6 0 0 9 2
Qatar 2016 Tempat Ketiga 6 4 1 1 12 7
Republik Rakyat China 2018 Suku Akhir 4 2 2 0 8 4
Thailand 2020 Pusingan 1 3 0 3 0 4 4
Uzbekistan 2022 Suku Akhir 4 1 3 0 7 5
Qatar 2024 Tempat Ketiga 6 4 0 2 9 8
Jumlah Terbaik: Juara 29 17 9 1 493 30

Skuad terkini

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai nama pemain yang dipanggil menyertai skuad untuk Piala Asia B-23 AFC 2024.

No. Pos. Pemain Tarikh Lahir (Umur) Kaps Gol Kelab
1 GK Kumel Al-Rekabe (2004-08-19) 19 Ogos 2004 (umur 20) 10 0 Iraq Naft Al-Basra
12 GK Hassan Abbas (2001-01-01) 1 Januari 2001 (umur 23) 3 0 Iraq Amanat Baghdad
22 GK Hussein Hassan (2002-11-15) 15 November 2002 (umur 22) 7 0 Iraq Al-Karkh
2 DF Josef Al-Imam (2004-07-27) 27 Julai 2004 (umur 20) 17 0 Sweden Malmö
3 DF Ahmed Maknzi (2001-09-24) 24 September 2001 (umur 23) 17 1 Iraq Erbil
4 DF Zaid Tahseen (2001-01-29) 29 Januari 2001 (umur 23) 23 2 Iraq Al-Talaba
5 DF Hussein Amer (2002-04-28) 28 April 2002 (umur 22) 12 0 Iraq Naft Maysan
6 DF Roman Doulashi (2005-08-07) 7 Ogos 2005 (umur 19) 1 0 Jerman Schalke 04
17 DF Mustafa Saadoon (2001-05-25) 25 Mei 2001 (umur 23) 17 2 Iraq Al-Quwa Al-Jawiya
20 DF Halo Fayaq (2001-05-23) 23 Mei 2001 (umur 23) 3 1 Iraq Erbil
23 DF Karrar Saad (2001-03-07) 7 Mac 2001 (umur 23) 20 1 Iraq Al-Talaba
25 DF Hassan Khalid (2003-05-21) 21 Mei 2003 (umur 21) 2 1 Iraq Al-Karkh
7 MF Ali Jassim (2004-01-20) 20 Januari 2004 (umur 20) 13 9 Iraq Al-Quwa Al-Jawiya
8 MF Ali Almosawe (2002-01-28) 28 Januari 2002 (umur 22) 13 2 Portugal Estrela Amadora
9 MF Blnd Hassan (2003-08-12) 12 Ogos 2003 (umur 21) 13 4 Belanda De Graafschap
10 MF Nihad Mohammed (2001-01-01) 1 Januari 2001 (umur 23) 17 0 Iraq Al-Talaba
11 MF Muntadher Mohammed (2001-06-05) 5 Jun 2001 (umur 23) 26 3 Iran Mes Rafsanjan
14 MF Karrar Al-Mukhtar (2002-05-28) 28 Mei 2002 (umur 22) 22 0 Iraq Al-Talaba
16 MF Muntadher Abdul-Amir (2001-10-06) 6 Oktober 2001 (umur 23) 24 1 Iraq Al-Zawraa
21 MF Zaid Ismael (2002-03-01) 1 Mac 2002 (umur 22) 13 0 Iraq Al-Talaba
15 FW Amin Al-Hamawi (2003-12-17) 17 Disember 2003 (umur 20) 9 1 Sweden Helsingborgs
18 FW Ridha Fadhil (2001-04-01) 1 April 2001 (umur 23) 16 6 Iraq Amanat Baghdad
19 FW Salem Ahmad (2002-03-24) 24 Mac 2002 (umur 22) 3 0 Iraq Al-Minaa

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]