Patah Sayap Bertongkat Paruh
Patah Sayap Bertongkat Paruh | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Lynnda Sharudin & Marr Mohamad |
Pengarah | Along Kamaluddin |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Ku Bersuara- Ernie Zakri |
Lagu penutup | Biarlah Rahsia - Siti Nurhaliza |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 14 Episod |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | Isnin - Khamis, 10 malam. |
Syarikat penerbitan | Zeel Production Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal |
|
Siaran asal | 3 April 2019 |
Kronologi | |
Mengikuti | Encik Iman Ekspres |
Diikuti oleh | Curi-Curi Cinta |
Patah Sayap Bertongkat Paruh merupakan drama diadaptasi dari sebuah novel Karya Hana Ilhami. Ia menjadi gandingan kali kedua Aaron Aziz dan Fasha Sandha sejak Evolusi KL Drift pada 2008.[1]
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru setelah dicerai oleh suaminya, Hisyam. Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sejak kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah. Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.
Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung. Pelbagai onak dilalui Aliah sepanjang tempoh menyelesaikan kemelut perkahwinannya.
Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Aaron Aziz sebagai Talhah
- Fasha Sandha sebagai Aliah
- Zairulkefli Husin sebagai Hisyam
- Elly Mazlein sebagai Hasnah
- Sofia Dendroff sebagai Sarah
- Amelina sebagai Maznah
- Cat Farish sebagai Nasrul
- Jalil Hamid sebagai Pak Osman
- Hanna Aqeela sebagai Diana
- Lydiawati sebagai Mak Piah
- Ika Nabila sebagai Adawiyah
- Amira Othman sebagai Ros
- Aman Aziz sebagai Irsyad
- Haziq MacQuistan sebagai Din
- Farzana Latiff sebagai Anis
- Adib Haziem Johan sebagai Asrul
- Ikhlas Jalil sebagai Rafael
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Drama Patah Sayap Bertongkat paruh". MyInfotaip. 2 April 2019.
Pautan Luar[sunting | sunting sumber]
Astro Ria: Slot MegaDrama, Isnin–Khamis, 10:00 Malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Patah Sayap Bertongkat Paruh | Berikutnya |
Encik Iman Ekspres | Curi-Curi Cinta |