Patah tulang pada kanak-kanak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Patah tulang pada kanak-kanak
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Fraktur tulang pada kanak-kanak
PengkhususanPediatrik
GejalaSakit, bengkak, kecacatan yang jelas, lebam dan tidak dapat menggunakan atau menggerakkan kawasan yang patah.[1]
JenisPatah tulang batang muda (greenstick fracture),[2] patah tulang torus, patah tulang tunggal, patah tulang halus (hairline fracture), patah tulang "busur",[3] patah tulang segmental, patah tulang remuk,[4] patah tulang sudut.
PuncaKandungan mineral rendah, tingkah laku dan penderaan.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Patah tulang atau fraktur pada golongan kanak-kanak ialah keadaan perubatan, di mana tulang pada golongan kanak-kanak (tidak melebihi umur 18 tahun) retak dan patah.[5] Kira-kira 15% daripada semua kecederaan pada kanak-kanak ialah kecederaan patah tulang.[6] Ia berbeza dengan patah tulang pada golongan dewasa kerana tulang yang terdapat pada kanak-kanak masih dalam keadaan yang fleksibel dan dalam proses pertumbuhan.[7][8]

Punca[sunting | sunting sumber]

Tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Kanak-kanak pada amnya lebih berisiko tinggi kerana tahap aktiviti mereka yang tinggi. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku terdedah pada risiko lebih berisiko seperti terjatuh, tolak-menolak semasa bergurau-senda dan lain-lain.[9][8]

Penderaan[sunting | sunting sumber]

Lebih 2.5 juta kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang dilaporkan setiap tahun, dan tiga puluh lima dari setiap ratus kes ialah kes penderaan fizikal.[10] Kadangkala, patah tulang merupakan sebahagian daripada penderaan fizikal pada kanak-kanak; mengetahui gejala atau simptom patah tulang dalam penderaan fizikal dan menyedari risiko sebenar penderaan fizikal akan dapat dicegah di masa hadapan.[10] Jika, penyalahgunaan patah tulang tidak ditangani dengan betul, ia berpontensi menyebabkan kematian mangsa/kanak-kanak.[10]

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Apabila kanak-kanak mengalami patah tulang, mangsa akan mengalami kesakitan dan tidak dapat dengan mudah menggerakkan kawasan yang patah.[1] Tindakan perlu diambil, seperti menghubungi doktor dan rawatan kecemasan.[1] Dalam beberapa kes, walaupun mangsa tidak mengalami kesakitan dan masih dapat bergerak, tindakan mencari bantuan perubatan perlulah segara.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d What Is a Bone Fracture and How Is it Treated? www.kidsgrowth.com. Oct. 24, 2008. Retrieved Oct. 2008 < http://www.kidsgrowth.com/resources/articledetail.cfm?id=1504>
  2. ^ Berteau, Jean-Philippe; Gineyts, Evelyne; Pithioux, Martine; Baron, Cécile; Boivin, Georges; Lasaygues, Philippe; Chabrand, Patrick; Follet, Hélène (2015-10-01). "Ratio between mature and immature enzymatic cross-links correlates with post-yield cortical bone behavior: An insight into greenstick fractures of the child fibula" (PDF). Bone. 79: 190–195. doi:10.1016/j.bone.2015.05.045. ISSN 1873-2763. PMID 26079997.
  3. ^ Jeremy Jones. "Bowing fracture". Radiopaedia.org. Dicapai pada 20 November 2014.
  4. ^ Broken Bones, kidshealth.org, Reviewed by: Peter G. Gabos, MD Date reviewed: April 2008. Retrieved Sep. 2008
  5. ^ Berteau JP, Gineyts E, Pithioux M, Baron C, Boivin G, Lasaygues P, Chabrand P, Follet H (2015). "Ratio between mature and immature enzymatic cross-links correlates with post-yield cortical bone behavior: An insight into greenstick fractures of the child fibula" (PDF). Bone. 79: 190–5. doi:10.1016/j.bone.2015.05.045. PMID 26079997.
  6. ^ Staheli, Lynn, Fundamentals of Pediatric Orthopedics p. 119.
  7. ^ Broken Bones in Children Information about fractures in young patients By Jonathan Cluett, M.D., About.com Updated: August 29, 2005 Retrieved Sep. 2008 <http://orthopedics.about.com/od/fracturesinchildren/Information_About_Fractures_In_Children.htm>
  8. ^ a b "Patah tulang kanak-kanak" (PDF). Columbiaasia.com. Utusan Online. 7 Julai 2019. Dicapai pada 11 Mei 2021 – melalui Columbiaasia.com.
  9. ^ Staheli, Lynn, Practice of Pediatric Orthopedics p. 274.
  10. ^ a b c Staheli, Lynn, Practice of Pediatric Orthopedics p. 272.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]