Patria AMV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
  • Perkara senarai berbutir
Patria AMV
Patria AMV di Afrika Selatan
Tempat asal Finland
Spesifikasi
Berat16,000 hingga 26,000 kg (35,000 hingga 57,000 lb)
Panjang7.7 m (25 ka)
Lebar2.8 m (9 ka 2 in)
Tinggi2.3 m (7 ka 7 in)
Krew3 (komander, pemandu, jurumeriam)
12 penumpang [1]

Enjinenjin diesel DI 12 Scania
360 kW (480 hp) atau 405 kW (543 hp)
Kuasa/berat15.6 kW/t (21.2 PS/t) (berat maksima)
Sistem ampaianBeroda 8×8 atau
Beroda 6×6
Jarak
operasi
800 km (500 bt)
KelajuanLebih 100 km/j (60 mph) di darat
sehingga 10 km/j (6.2 mph) di air

Patria AMV (Kenderaan Modular Berperisai atau Armored Modular Vehicle) adalah satu keluarga penderaan tempur infantri pelbagai guna, beroda 6x6 dan 8x8 yang dikeluarkan oleh sebuah pengeluar senjata dari Finland iaitu Patria.

Ciri utama AMV adalah rekabentuk modularnya, yang mana membenarkan penggabungan perbezaan sistem-sistem turet, senjata, penderia atau komunikasi pada kenderaan yang sama. Rekabentuk boleh didapati untuk versi-versi yang berbeza iaitu kenderaan (pengangkut anggota berperisai dan kenderaan tempur infantri), sistem-sistem komunikasi, ambulans dan versi-versi bantuan tembakan berbeza, dilengkapi dengan sistem-sistem mortar dan meriam berkaliber besar. Kenderaan ini juga memiliki perlindungan daripada priuk api yang baik dan mampu menahan letupan sehingga 10 kilogram (22 lb) TNT. AMV memiliki tahap perlindungan sehingga APFSDS 30mm. Ciri penting lain adalah mobiliti yang amat baik (gabungan kelajuan, kelincahan dan keselesaan krew) di permukaan kasar, ekoran pemasangan suspensi hidrolik canggih tetapi lasak yang mana mengubah setiap roda secara individu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]