Patrick Pearse

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Patrick Henry Pearse
Pádraig Anraí Mac Piarais
Kelahiran(1879-11-10)10 November 1879
Dublin, Ireland
Meninggal dunia3 Mei 1916(1916-05-03) (umur 36)
Kilmainham Gaol, Dublin, Ireland
KesetiaanPersaudaraan Republikan Ireland
Irish Volunteers
Tahun perkhidmatan1913–16
PangkatPanglima tertinggi
PertempuranPemberontakan Easter
Tugas lainPenyajak, peguam, aktivis

Patrick [juga Pádraig atau Pádraic] Henry Pearse; Ireland: Pádraig Anraí Mac Piarais; An Piarsach; 10 November 1879 – 3 Mei 1916) ialah seorang guru, peguam, penulis, penyajak dan aktivis politik Ireland yang merupakan salah satu ketua Pemberontakan Easter pada tahun 1916. Beliau menjadi antara wajah utama pemberontakan tersebut - yang mendorong kepada kemerdekaan Ireland - selepas hukuman bunuh ke atasnya bersama beberapa orang pemberontak yang lain.

Awal hidup dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Padraig lahir di rumah beralamat 27 Great Brunswick Street, Dublin.[1][2] Ayahnya, James Pearse - kelahiran Birmingham, England dan bermazhab Unitarian[3] - merupakan seorang tukang batu yang terkenal;[4] ibunya, Margaret Brady, kelahiran Dublin di mana keluarganya berasal dari Kaunti Meath serta merupakan penutur jati bahasa Ireland. Beliau dan adik beradiknya hidup dalam keadaan yang sederhana mewah (kelas menengah, dalam erti kata lain) hasil pendapatan pertukangan ayah mereka.[5]

Penglibatan dalam politik[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 1913, beliau memamsuki Persaudaraan Republikan Ireland,[6] sebuah pertubuhan yang mengkhusus kepada penggulingan pemerintahan British di Ireland serta menggantikan tempuk kekuasaan tersebut dengan sebuah republik.


Dalam Kebangkitan Easter[sunting | sunting sumber]

Pada 23 April 1916 yakni Ahad Easter, Pearse mengarahkan semua unit relawan bergerak serata Ireland sebagai suatu isyarat memulakan serangan bersenjata.

Pemberontakan Easter tercetus pada Isnin tanggal 24 April 1916, di mana Pearse membaca Pengisytiharan Republik Ireland di luar Pejabat Pos Am Dublin yang menjadi markas mereka. Beliau turut dilantik pihak pemberontak sebagai Presiden sebuah Republik Ireland.[7] Walau bagaimanapun, Padraig terpaksa membuat pernyataan menyerahkan diri berikutan banyak terkoban mangsa awam serta kerosakan harta benda setelah enam hari kemudian.

Pearse serta 14 orang ketua yang terlibat dalam konflik ini dibicarakan serta dihukum tembak pada pagi 3 Mei 1916; ketika beliau berusia 36 tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Thornley, David (Autumn–Winter 1971). "Patrick Pearse and the Pearse Family". Studies: An Irish Quarterly Review. Dublin: Irish Province of the Society of Jesus. 60 (239/240): 332–346. ISSN 0039-3495. JSTOR 30088734.
  2. ^ Miller, Liam (1977). The noble drama of W.B. Yeats. Dublin: Dolmen Press. m/s. 33. ISBN 978-0-391-00633-1.
  3. ^ Patrick Pearse: Life. Ricorso, Bruce Stewart. Retrieved 7 January 2011.
  4. ^ Casey, Christine (2005). Dublin: the city within the Grand and Royal Canals and the Circular Road with the Phoenix Park. New Haven and London: Yale University Press. m/s. 62. ISBN 978-0-300-10923-8.
  5. ^ Stevenson, Garth (2006). Parallel paths: the development of nationalism in Ireland and Quebec. Montreal & Kingston: McGill-Queen's Press. m/s. 189. ISBN 978-0-7735-3029-4.
  6. ^ In a statement to the Bureau of Military History, dated 26 January 1948, Hobson claimed: "After the formation of the Irish Volunteers in October, 1913, [sic, the Volunteers were formed in November] Pádraig Pearse was sworn in by me as a member of the IRB in December of that year ... I swore him in before his departure for the States." (See: National Library of Ireland, 3.2.1 Bulmer Hobson and Denis McCullough Diarkibkan 2008-02-28 di Wayback Machine, in The 1916 Rising: Personalities and Perspectives, p. 18. Retrieved 1 January 2008. Hobson, in his Foundation of Growth of the Irish Volunteers, 1913–1914, also states that Pearse was not a member of the IRB when the Irish Volunteers were founded in November.
  7. ^ "Patrick Pearse". Century Ireland. RTÉ/Boston College. Dicapai pada 1 March 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]