Patung Barack Obama di Menteng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Patung Barack Obama di Menteng telah dipindahkan dari taman awam Menteng Jakarta ke Sekolah Rendah Menteng 1, Jakarta, Indonesia pada 22 Februari 2010. Pembinaan patung daripada gangsa ini sebagai manifestasi rasa bangga sebahagian rakyat Indonesia terhadap perlantikan presiden baru Amerika Syarikat . Barack Hussein Obama dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-44 pada 20 Januari 2009.

Patung ini dinamakan patung Little Barry, mulanya diletakkan tidak jauh dari bekas sekolah rendah Obama. Patung Obama merupakan arca setinggi 2 meter Obama masa kecil , berseluar pendek , baju T dan rama-rama tanda kedamaian bertenggek di ibu jarinya.

Indonesia bangga[sunting | sunting sumber]

Penduduk kulit berwarna rasa bangga dengan perlantikan Barack Obama. Ini adalah pertama kali seorang campuran Negro + Asia + Kaukasian + Eurosian menjadi presiden sebuah negara kuasa besar iaitu Amerika Syarikat. Penduduk Indonesia yang berugama Islam juga turut teruja tatkala Indonesia berhadapan dengan masalah keganasan dan imej Islam diinjak-injak di seluruh dunia.

Barack Obama pernah bersekolah rendah di Sekolah Rendah Menteng 1, Jakarta, Indonesia. Ketika berumur 10 tahun (1960-an), Obama pernah menghadiri kelas dengan memakai seluar pendek .

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Sebelum ini kira 57,000 pengunjung laman sosial Facebook membantah patung Obama di taman awam.Mereka melancarkan kempen 'Turunkan Patung Barack Obama di Taman Menteng'. [1] Mereka menganggap patung itu tidak wajar dan tidak patriotik . Datuk Bandar Jakarta dan 500 orang lain telah merasmikan perletakan patung Obama di taman awam Menteng pada Disember 2009. Ramai berpendapat wira negara Indonesia lebih layak ditempatkan di tempat tugunya itu.[2] Pegawai Taman Menteng, Dwi Bintarto telah berbincang dengan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sesuai dan tidak mengecewakan.[3]

Ron Mullers merupakan pengumpul dana untuk menghasilkan patung gangsa itu. Patung itu dipindahkan pada waktu malam supaya tidak mengganggu jadual pembelajaran. Pembangkang termasuk Yenni Rosa Damayanti gembira kerana patung itu tidak lagi berada di tempat awam. [4]

Presiden Obama dan keluarganya (Isterinya Michelle dan dua anaknya, Sasha dan Malia) dijangka melawat Jakarta , Indonesia dan mengunjungi sekolah rendah di mana dia pernah belajar. Selepas setahun menjadi presiden, tidak satupun janjinya ditunaikan. Tun Dr Dr. Mahathir Mohamad kecewa kerana tentera AS masih kekal di Afghanistan dan Iraq serta menutup kem tahanan Teluk Guantanamo di Cuba. Kemenangan Obama selama ini kerana pengaruh remaja dalam Facebook dan Twitter. Obama menggelar dirinya 'Presiden Pasifik' kerana dilahirkan di Hawaii, tinggal di Indonesia selama 4 tahun (960-an). Ibunya Ann Dunham berkahwin kali kedua dengan warga Indonesia, Lolo Soetoro pada 1967.Obama tinggal di kawasan Menteng di Jakarta dan belajar di dua buah sekolah tempatan iaitu Sekolah Awam Besuki dan Sekolah Katolik St. Francis of Assisi.

Perbandingan[sunting | sunting sumber]

Negara Indonesia mempunyai banyak arca, patung dan tugu pemimpin pejuang kemerdekaan mereka. Arca atau tugu ini dibina di simpang-simpang jalan bagi meningkatkan semangat patriotik di kalangan rakyat. Secara umumnya ulama tersohor Indonesia tidak membantah pembinaan tugu dan arca ini. Contohnya tugu Bung Hatta dan pahlawan Imam Bonjol berkuda di KotaPadang, Indonesia. Sebaliknya pemimpin pembangkang dan kalangan ulama membantah patung Tunku Abdul Rahman di bangunan parlimen Malaysia. Upacara sambutan Hari Pahlawan di Tugu Negara turut dibantah ramai pihak.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Obama patuh dasar lama
  2. ^ "Patung gangsa Obama dipindahkan daripada taman Jakarta,". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-18. Dicapai pada 2010-02-18.
  3. ^ Dibantah penduduk: Patung Obama dipindahkan
  4. ^ Patung Obama dipamer semula