Patung Garuda Wisnu Kencana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Patung Garuda Wisnu Kencana merupakan tugu tumpuan utama dalam kompleks Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana di Bukit Unggasan, Jimbaran, Bali, Indonesia. Patung ini berkait dengan penceritaan kisah Garuda & Kerajaannya yang berkisah mengenai rasa bakti dan pengorbanan burung Garuda untuk menyelamatkan ibunya dari dihambakan, dan menjadi tunggangan khidmat oleh dewa Wisnu; lalu ia dianggap simbol dari misi penyelamatan lingkungan dan dunia.

Patung ini mempunyai berat timbangan seberat 4,000 tan, dengan tinggi 75 meter dan lebar 60 meter. Ia merupakan patung tertinggi dibina di Indonesia.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Patung ini berdiri menjulang di dan merupakan karya pematung terkenal Bali, I Nyoman Nuarta. Rekaan yang memberi rupa kepada patung ini kemudiannya dibina secara berperingkat dengan pembinaan 754 modul berasingan daripada campuran tembaga dan besi waja yang dibina di Bandung.

Keseluruhan modul-modul ini pula di bawa ke tapak pembinaan dipotong-potongkan kepada bahagian kecil agar muat diangkat kren-kren tempat pembinaan.[1] Reka bentuk patung juga mengehendakkan suatu rangka sokongan hebat terdiri daripada 11 sambungan galang besi besar yang bertemu di satu titik, berbanding 4 hingga 6 galang pada binaan sejenis yang biasa.

Patung ini diproyeksikan untuk mengikat tata ruang dengan jarak pandang sampai dengan 20 km sehingga dapat terlihat dari Kuta, Sanur, Nusa Dua hingga Tanah Lot. Patung ini selesai pembinaannya dijangka menjadi salah satu patung terbesar di Asia dan akan lebih tinggi daripada Patung Liberty; malah binaan ia dijangka bertahan selama satu abad seterusnya.[2]

Pembinaan patung selesai pada 31 Julai 2018; ia dibuka secara rasminya oleh Presiden Joko Widodo pada 22 September 2018.[3][4]

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Spectacular GARUDA WISNU KENCANA STATUE on Bali in Final Stage of Completion". Ministry of Tourism, Republic of Indonesia. 11 Jun 2018. Dicapai pada 26 September 2018.
  2. ^ "Bali statue of Hindu god Wisnu to be world's largest". ABC. Dicapai pada 28 November 2018.
  3. ^ "President Joko Widodo unveils Indonesia's tallest statue". The Straits Times. Dicapai pada 28 November 2018.
  4. ^ "Jokowi resmikan patunng GWK terwujud setelah 28 Tahun". Kompas. Dicapai pada 23 September 2018.