Patung Liberty

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Patung Liberty dan Pulau Liberty

Liberty Enlightening the World, lebih dikenali dengan nama Statue of Liberty atau Patung Kebebasan, adalah satu patung berukuran raksasa yang terletak di Pulau Ellis, di muara Sungai Hudson di New York, Amerika Syarikat. Patung ini dihadiahkan oleh Perancis untuk Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 dan merupakan suatu simbol selamat datang untuk pengunjung, imigran dan orang Amerika yang pulang ke tanah air mereka.

Patung yang diberikan pada 28 Oktober 1886 ini merupakan hadiah seratus tahun kemerdekaan Amerika Syarikat dan merupakan simbol persahabatan antara kedua-dua negara. Pemahat patung adalah Frederic Auguste Bartholdi, dan Gustave Eiffel (pereka Menara Eiffel) merancang struktur dalamannya. Patung Liberty adalah salah satu lambang AS yang paling terkenal di seluruh dunia, dan melambangkan kemerdekaan dan kebebasan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.