Pergi ke kandungan

Pau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pau
Pau daging dijual di pasar
Nama alternatifBao, baozi, bausak, pow, humbow, nunu
JenisRoti kukus berinti
Tempat asalUtara tanah besar China
Kawasan/rantauChina, Hong Kong, Taiwan, Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan
Bahan yang biasa digunakanTepung Sunting ini di Wikidata
Cara penyediaanPengukusan Sunting ini di Wikidata
Keragaman/variasiDabao, xiaobao
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Baozi
"Baozi" di dalam tulisan Cina
Bahasa Cina包子
Alternative Chinese name
Bahasa Cina

Pau (Jawi: ڤاو) merupakan sejenis roti bulat kukus yang berinti manis atau lauk daging atau sayur-sayuran. Ia berasal dari China. Namanya menyerap daripada sebutan bahasa Kantonis perkataan bertulis 包 (pinyin: bāo) iaitu baau1 dalam Jyutping.[1]:61-62

Pembuatan

[sunting | sunting sumber]

Tepung asas yang selalu menjadi pilihan ialah gandum. Namun, penggunaan tepung khusus atau tepung pau menjadi pilihan kerana komposisi tepungnya iaitu kadar kelembapan (13.0 - 14.0%), protein (9.5 - 10.5%) dan kandungan abu (0.50 - 0.60%) yang membolehkan tekstur warna putih salji dan bentuk fizikal yang gebu terhasil.

Alatan untuk mengukus, seperti pengukus buatan dari buluh, elektrik atau besi tahan karat. Penggunaan kuali, dijadikan dasar atau tempat letak air untuk membolehkan proses pengewapan air berlaku untuk pengukus jenis buluh. Ketuhar gelombang mikro juga boleh digunakan.

Bagi mengelak pau melekit di dulang pengukus, pelapik kertas atau kain diletakkan di bahagian bawah pau. Waktu mengukus diantara lebih kurang 15-30 minit.[2]

Bagi mengenalpasti jenis-jenis pau yang dimasak, biasanya setitik pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut. Di Malaysia, pau biasanya dihidangkan panas-panas, yang dibuat secara segar ataupun yang sejuk beku.[perlu rujukan]

Pau manis

[sunting | sunting sumber]

Pau manis terdapat dalam pelbagai inti seperti:

Pau berlauk

[sunting | sunting sumber]

Inti daging seperti ayam atau lembu selalunya dimasukkan. Jenis masakan seperti rendang, masak lada hitam, ataupun kari menjadi pilihan. Selain daging, hasil laut seperti ikan bilis yang dijadikan sambal juga digunakan. Manakala, sayur-sayuran seperti kentang, taugeh atau campuran sayur-sayuran seperti kubis, sengkuang, lobak merah atau cendawan.[perlu rujukan]

Pau goreng

[sunting | sunting sumber]

Pau digoreng dengan minyak yang banyak. Ada disetengah tempat atau kawasan memanggil donat inti. Pau jenis ini mempunyai variasi manisan yang digoreng. Pau goreng manis selalunya diisikan dengan pes kacang merah atau mana-mana jenis manisan yang dianggap bersesuaian.[perlu rujukan]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Choi Kim Yok; Chong Siew Ling (Jun 2017). "Campur aduk bahasa Melayu dan bahasa Cina". Journal of Modern Languages. Universiti Malaya. 18 (1): 56–66. ISSN 2462-1986.
  2. ^ Granger, Bill (10 November 2013). "Basic steamed buns". The Independent. Dicapai pada 12 November 2013.