Paul Moss

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Paul Raymond Moss yang berasal dari New Zealand, pernah menyandang jawatan pembantu pengarah A&R syarikat rakaman Positive Tone sejak penubuhannya pada tahun 1994 sehinggalah tahun 2003, dan selama tugasnya di sana beliau telah memerhati perubahan dalam persada muzik Malaysia yang mendirikan pasaran-pasaran baru untuk artis-artis yang mempersembahkan lagu bahasa Inggeris dan genre-genre muzik yang baru.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Sebelum mentap di Malaysia, Mosspernah menjadi penulis lagu, pemain gitar dan pengarah muzik untuk kumpulan pop antarabangsa Aishah and The Fan Club.

Kumpulan ini berasal dari New Zealand dan dianggotai lima orang, iaitu Moss sebagai pemain gitar, Malcolm Smith yang bermain keyboards, Glenn Peters yang bermain gitar bass, Dave Larsen yang bermain set dram dan seorang anak Malaysia yang bernama Aishah sebagai penyanyi utama.

Aishah and The Fan Club amat popular pada tahun 1990 sewaktu mereka mengeluarkan album pertama mereka "SENSATION" yang memperoleh tiga single yang menduduki #1 di carta New Zealand dan Malaysia: "Sensation", "Paradise" dan "Call Me".

Album seterusnya, "RESPECT THE BEAT", juga membawakan tiga single hit iaitu: "I Feel Love", "Never Gave Up On You" dan satu-satunya single yang muncul di dalam Carta Billboard Hot 100 di AS, "Don't Let Me Fall Alone". Versi remix bagi lagu tersebut juga dikeluarkan dan menjadi antara lagu-lagu yang paling popular diputarkan dalam kelab malam pada masa itu.

Setelah berpecahnya kumpulan ini pada tahun 1993, Aishah meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo, sementara ahli-ahli kumpulan yang lain kemabali ke New Zealand kecuali Paul Moss yang pulang dan berputus untuk menetap di Malaysia sejak tahun 1995. Beliau bersama Ahmad Izham Omar (Ketua Pegawai Operasi 8TV) menubuhkan syarikat rakaman Positive Tone di bawah label edaran EMI.

Paul Moss bertanggungjawab dalam menandatangani artis, pengarahan artistik, rakaman muzik, terbitan dan perkembangan kandungan semasa bertugas di Positive Tone. Paul Moss juga merupakan seorang penerbit, penulis dan penggubah muzik yang banyak memenangi anugerah. Beliau pernah menerbit sebilangan kelauaran bertaraf emas dan platinum serta juara Anugerah Industri Malaysia (AIM) yang dihasilkan OAG, Innuendo, Juliet the Orange. Moss juga pernah bekerjasama dengan artis-artis daripada Too Phat hingga ke Ella dan Nice Stupid Playground.

Juri Malaysian Idol[sunting | sunting sumber]

Paul Moss menyandang tugas sebagai pengkritik di Malaysian Idol, rancangan realiti yang dijadikan sebahagian francais pertandingan menyanyi "Idol" yang berasaskan rancangan UK Pop Idol. Bersama Roslan Aziz and Fauziah Latiff, Paul Moss meluahkan pandangan beliau terhadap peserta-peserta Malaysian Idol dengan komen-komen yang pedas, menyebabkan beliau sering dibandingkan dengan Simon Cowell, pengkritik American Idol.

Kini, Moss mempunyai kelab peminat sendirinya untuk berinteraksi dengan para penonton Malaysian Idol yang meminati juri tersebut.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]