Pergi ke kandungan

Paul Revere

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Paul Revere
Portrait of Paul Revere. karya J. S. Copley,
s. 1768–1770
Kelahiran(1735-01-01)1 Januari 1735
(O.S.: 21 Disember 1734)
Meninggal dunia10 Mei 1818(1818-05-10) (umur 83)
PekerjaanTukang perak, pegawai militia
Parti politikParti Federalis
PasanganSarah Orne (1757–1773; kematiannya)
Rachel Walker (1773–1813; kematiannya)
Anak-anak8 orang dgn Orne
8 org dgn Walker
Tandatangan

Paul Revere (21 Disember 1734 O.S. (1 Januari 1735 N.S.)[N 1] – 10 Mei 1818) ialah seorang tukang perak dan pengukir dari Amerika British.

Beliau terkenal kerana penglibatannya sebagai seorang pemberi maklumat yang berkuda memaklumkan kemaraan tentera British kepada para pemberontak Tiga Belas Jajahan pada April 1775 seterusnya membolehkan persiapan berperang tempur melawan pihak British dalam Revolusi Amerika.

Selepas tamatnya Revolusi ini, beliau kembali kepada kerjaya pertukangan barangan tembaga pada tahun 1801; syarikat tersebut yang kini bernama The Revere Copper Company masih kekal berdiri sehingga hari ini bercawangan di Rome, New York dan New Bedford, Massachusetts.[3] Ukiran-ukiran tembaga asal beliau turut dipamerkan di banyak muzium Amerika Syarikat.[4][5]

Awal hayat

[sunting | sunting sumber]

Paul Revere lahir di North End Boston pada 21 Disember 1734 (1 Januari 1735 dalam takwim moden).[6] Beliau anak ketiiga dari 12 adik beradik (serta kemudiannya anak lelaki sulung yang panjang umur)[2] kepada Apollos Rivoire, seorang tukang perak keturunan Huguenot Perancis[7] dan Deborah Hitchborn, anak seorang pemilik dermaga kecil di kota tersebut. Paul beranutan Gereja England.[8] Beliau berhenti sekolah pada usia 13 tahun untuk menjadi pembantu perniagaan bapanya; perniagaan ini banyak menghubungkan beliau dengan banyak lapisan masyarakat yang ada di kotanya.[9]

Bapanya meninggal dunia pada tahun 1754, tetapi Paul pada ketika itu belum cukup umur dapat mewarisi perniagaannya.[10] Beliau menyertai tentera negeri pada Februari 1756 semasa meletusnya Perang Perancis dan Indian barangkali kerana jaminan upah tekal yang dijanjikan ketika ekonomi semasa tidak menggalakkan.[11] Beliau berkhidmat tidak lama di sana sebelum kembali ke Boston di mana beliau akhirnya cukup usia untuk mewariskan kembali perniagaan mendiang ayahnya.

Beliau berkahwin dengan seorang bernama Sarah Orne (1736–1773) pada 4 Ogos 1757;[12] mereka ada lapan anak hasil perkahwinan ini tapi cuma seorang sahaja yang panjang umur bernama Mary.[13]

Kegentingan

[sunting | sunting sumber]

Perniagaan Paul merosot berikutan Perang Tujuh Tahun lagi-lagi dengan cukai setem yang dilaksanakan di jajahan Amerika tahun 1765 memburukkan ekonomi setempat.[14] Beliau menceburi kerjaya sebagai seorang doktor gigi untuk menambahkan pendapatannya; beliau diajar pertabiban ini dari seorang pakar bedah yang menumpang di rumah seorang kawannya.[15]

Keterlibatan dalam Revolusi

[sunting | sunting sumber]

Perjalanan rahsia

[sunting | sunting sumber]

Pada 4 April 1775, pegawai Jawatankuasa Perhubungan (Committee of Correspondence) Joseph Warren mendapati pemerhatian yang menandakan kemungkinan maranya tentera British. Beliau mengarahkan Revere ke Concord tempat bersidangnya Kongres Provinsi Massachusetts serta gedung senjata utama pemberontak. Arahan ini dilanjutkan Revere kepada koster dan penjaga perkuburan Gereja Utara bernama Robert Newman selain mengarahkannya menyalakan suatu lentera untuk mengisyaratkan penduduk Charlestown sebaik diberitahukan: dua lentera dinyalakan jika pihak British dikhabarkan tiba melalui jalan sungai Charles, sebiji sahaja jika merema melalui jalan darat.[16]

Revere berkuda menuju ke Lexington sambil menyebarkan maklumat kemaraan British kepada para pejuang berkuda lain yang melakukan perjalanan mereka sendiri; sebanyak 40 orang yang membawa berita ini sepanjang kaunti Middlesex. Revere tiba di Lexington pada sekitar jam tengah malam diikuti William Dawes; mereka bertemu dengan Samuel Adams dan John Hancock mengaturkan langkah seterusnya. Revere dan Dawes kembali berkuda ke Concord diikuti Samuel Prescott yang seperjuangan selepas balik dari rumah seorang kawan[17][18] Perjalanan mereka bertiga segera menggerakkan semua orang dalam laluan mereka bertindak mengalihkan semua bekalan senjata api mereka jauh dari bandar tersebut.[19]

Ketiga-tiga pekuda ini mendapati diri ditahan dalam suatu sekatan jalan raya tentera British di Lincoln dalam perjalanan kembali.[17] Prescott berjaya meloloskan diri melompat atas suatu tembok memasuki hutan belantara dan berjaya tiba di Concord secara sembunyi, begitu juga dengan Dawes tetapi terjatuh dari kudanya yang terlepas.[20] Revere dibawa menuju ke berek tentera untuk disoal siasat lanjut, tetapi suatu tembakan menarik perhatian pihak tentera yang meninggalkan Revere untuk membuat siasatan lanjut; Revere kembali ke rumah Adams untuk melaporkan keadaan.

Zaman pasca-Revolusi

[sunting | sunting sumber]

Kerjaya pertukangan

[sunting | sunting sumber]

Senja usia

[sunting | sunting sumber]

Paul meninggal dunia berusia 83 tahun di rumahnya di Charter Street, Boston pada 10 Mei 1818.[21] Mayat beliau disemadikan di Tanah Pengebumian Jelapang (Granary Burying Ground) di Tremont Street.[22][23]

Peninggalan

[sunting | sunting sumber]

Catatan mengenai perjalanan berkudanya mengkhabarkan ketibaan pihak British diabadikan dalam sajak Paul Revere's Ride (1861) nukilan Henry Wadsworth Longfellow yang menyanjung beliau menjadi suatu tokoh berlagenda untuk negara Amerika Syarikat yang baharu.[24]

Genta Revere dipamerkan di Muzium Negara Singapura

Anak perempuannya Mary berkahwin dengan Joseph Balestier (1788–1858), seorang saudagar yang kemudiannya menjadi konsul pertama Amerika Syarikat ke Kepulauan Riau dan Singapura.[25][26] Mary ketika di Singapura pada tahun 1843 menghadiahkan sebuah genta untuk kegunaan Gereja Santo Andrew dengan syarat ia bunyikan untuk menandakan waktu perintah berkurung dilaksanakan di jajahan tersebut.[27] Ia digunakan sepanjang hayat binaan pertama gereja tersebut sebelum diubahsuai kepada binaan baharu sebagai sebuah katedral tahun 1861 sehingga ia digantikan tahun 1874. Genta ini dipindahkan ke dalam simpanan Muzium Raffles (kini Muzium Negara Singapura) pada September 1937.[27] Genta ini dilihat sebagai simbol persahabatan utuh antara Singapura dan Amerika Syarikat.[28][29]

  1. ^ Tanggal mula yang disediakan ini lebih kepada pembaptisan dan pendaftaran kelahiran Paul, ia terganti hasil peralihan dari takwim Julius kepada takwim Gregorius yang berbeza 11 hari.[1][2]
  1. ^ Gill 1891, m/s. 10–11.
  2. ^ a b Fischer 1994, m/s. 297.
  3. ^ "About the Revere Copper Company". Revere Copper Company. Dicapai pada 26 Mei 2016.
  4. ^ "Boston Museum of Fine Arts Search for Paul Revere". Boston Museum of Fine Arts. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2012. Dicapai pada 24 April 2009.
  5. ^ "Metropolitan Museum of Art Search for Paul Revere". Metropolitan Museum of Art. Dicapai pada 24 Januari 2013.
  6. ^ Triber 1998, m/s. 7.
  7. ^ Triber 1998, m/s. 7–9.
  8. ^ Miller 2010, m/s. 21.
  9. ^ Triber 1998, m/s. 14–16.
  10. ^ Triber 1998, m/s. 21.
  11. ^ Triber 1998, m/s. 21–22.
  12. ^ Miller 2010, m/s. 33.
  13. ^ Fischer 1994, m/s. 15, 297.
  14. ^ Triber 1998, m/s. 38–43.
  15. ^ Miller 2010, m/s. 104.
  16. ^ Fischer 1994, m/s. 99.
  17. ^ a b Boatner 1975, m/s. 622.
  18. ^ Murrin 2002, m/s. 205.
  19. ^ Miller 2010, m/s. 186.
  20. ^ Fischer 1994, m/s. 131–132, 144.
  21. ^ Miller 2010, m/s. 258.
  22. ^ "Five Historic Cemeteries to Visit in Boston". October 21, 2016.
  23. ^ PRMA 1988, m/s. 33.
  24. ^ Gioia, Dana. "On "Paul Revere's Ride" by Henry Wadsworth Longfellow". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-03. Dicapai pada 2006-05-03.
  25. ^ Dates
  26. ^ Joseph Balestier in Singapore Infopedia Diarkibkan 2012-02-14 di Wayback Machine
  27. ^ a b Vernon Cornelius-Takahama; Joanna H. S. Tan (2010). "Revere Bell". Singapore Infopedia, National Library Board. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 December 2014.
  28. ^ Patricia L. Herbold. "Revere Bell Ceremony: Remarks by Ambassador Patricia L. Herbold" National Museum of Singapore (18 May 2006).
  29. ^ George W. Bush. "Remarks by President George W. Bush" National University of Singapore (16 November 2006).

Sumber utama

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]