Pergi ke kandungan

Paul Scholes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Paul Scholes
Maklumat peribadi
Nama penuh Paul Aaron Scholes
Ketinggian 1.70 m (5 ka ​6 78 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Kerjaya remaja
1991–1993 Manchester United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1993–2013 Manchester United 720 (155)
Pasukan kebangsaan
1997–2004 England 66 (14)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18:50, 19 Mei 2013 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22:02, 30 Januari 2008 (UTC)

Paul Aaron Scholes (lahir 16 November 1974) ialah seorang pengulas bola sepak, jurulatih dan bekas pemain profesional dari England. Dianggap secara meluas sebagai salah seorang pemain tengah terhebat sepanjang zaman, Scholes menghabiskan seluruh kerjaya profesionalnya sebagai pemain bersama Manchester United, di mana beliau menjaringkan lebih daripada 150 gol dalam lebih 700 penampilan antara tahun 1993 hingga 2013. Scholes memenangi 25 trofi, termasuk 11 gelaran Liga Perdana Inggeris (terbanyak dalam kalangan pemain England), tiga Piala FA Inggeris dan dua gelaran Liga Juara-Juara UEFA. Beliau terkenal dengan kemahiran teknikalnya, hantaran yang tepat, pergerakan yang bijak, rembatan kuat dari jarak jauh, serta keupayaan menjaringkan gol.

Awal Kehidupan

[sunting | sunting sumber]

Paul Scholes dilahirkan Hospital Hope, Salford, United Kingdom. Beliau ialah anak kepada Martha dan Stewart Scholes. Ketika Scholes berumur 18 bulan, keluarga Scholes berpindah ke Kawasan Langley, Middleton, Manchester Raya di mana mereka tinggal di Bowness Road sebelum berpindah ke Talkin Drive.[1] Dia memulakan alam persekolahan di St. Mary's RC Primary School di Langley. Pasukan pertama yang diwakilinya ialah Langley Furrows. Beliau juga pemain kriket yang cemerlang. Pada usia 14 tahun, dia mula berlatih bersama Manchester United. Kemudian beliau menjadi pelatih dalam akademi setelah meninggalkan Sekolah Tinggi Roman Katolik Cardinal Langley. Sebelum beliau menamatkan persekolahan, beliau mewakili Sekolah-sekolah United Kingdom dalam bola sepak.

Manchester United (1994 – kini)

[sunting | sunting sumber]

Gelaran Peribadi

[sunting | sunting sumber]
  • Paul Scholes merupakan peminat pasukan Oldham Athletic dan kelibatnya dapat dilihat ketika kelab tersebut bermain di laman sendiri sekiranya masanya tidak bertembung dengan komitmennya kepada Manchester United. Kadangkala dia menyebut mahu menamatkan kariernya di Oldham Athletic[2]
  • Paul Scholes merupakan penghidap asma. ref
  1. ^ "Manchester - BBC Radio Manchester - Paul Scholes on Langley". BBC. Dicapai pada 8 April 2012.
  2. ^ http://www.carling.com/football/manchester-united-football-club/paul-scholes.html
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2007-12-26.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]