Paul Wedel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Paul Frederick Wedel Jr. atau Paul Wedel ialah seorang wartawan kelahiran Amerika Syarikat yang menetap lebih 40 tahun di Asia. Beliau menduduki kerusi Lembaga Pengarah di Yayasan Fulbright di Thailand. Beliau merupakan bekas Ketua Biro United Press International (UPI) di Hong Kong, Thailand, Singapura dan India dan juga berkhidmat sebagai PresidenPengarah Eksekutif Kenan Institute Asia[1].

Bidang Kepakaran[sunting | sunting sumber]

  • Latihan Perniagaan Asia
  • Kerjasama Pembangunan
  • Pembangunan Ekonomi
  • Pengurusan ALam Sekitar
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pengurusan
  • Perusahaan Mampan

Institut Kenan Asia[sunting | sunting sumber]

Beliau ialah Presiden dan Pengarah Eksekutif Institut Asia Kenan (K.I. Asia),cawangan bagi Institut Kenan di Bangkok, Thailand yang diasaskan oleh beliau pada 1996.

Di bawah arahannya, K.I. Asia membawa bersama sumber dan kemahiran dalam sektor swasta, kerajaan dan universiti untuk mempromosikan kerjasama yang mampan untuk pembangunan ekonomi di Asia.

Program-program di K.I. Asia memberi tumpuan kepada amalan perniagaan yang baik, pengurusan alam sekitar, pembangunan sumber manusia dan pembangunan kerjasama antara Amerika Syarikat dan Thailand.

Pengalaman[sunting | sunting sumber]

Wedel membawa pengalaman lebih dari 30 tahun bekerja di Asia sebagai perunding perniagaan, pengurus, pendidik dan wartawan. Beliau pertama kali datang ke Asia sebagai sukarelawan untuk syarikat Peace Corp yang tinggal dan mengajar di Selatan Thailand. Kemudiannya, beliau telah menjadi pengarah bagi sebuah program kerajaan Thailand bagi televisyen pendidikan di sana.

Selepas memperoleh Ijazah Sarjana Kewartawanan di Universiti Columbia, beliau kembali ke Asia di bawah United Press International. Beliau menghabiskan masa 15 tahun di Hong Kong, Singapura, Thailand, Indonesia, dan India untuk bekerja dalam pelbagai jawatan pengurusan, termasuk Pengurus Wilayah bagi Asia Tenggara. Sebelum menyertai Institut Kenan, beliau bertugas sebagai Pengarah Bersekutu dan Perunding Perniagaan bagi PacRim Consulting Group di Singapura, menyediakan khidmat nasihat strategi dan perubahan pengurusan bagi banyak syarikat multinasional di Asia. [2]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.thailandtatler.com/people/paul-wedel[pautan mati kekal]
  2. ^ "Kenan Institute, Thought Leaders". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-03. Dicapai pada 2013-05-25.