Paul Yong Choo Kiong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Yang Berhormat Tuan

Paul Yong Choo Kiong

Ahli Dewan Negeri
杨祖強
Paul Yong Choo Kiong.jpg
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Tronoh
Memegang jawatan
5 Mei 2013
Didahului olehV. Sivakumar (DAP)
Majoriti6,191 (2013)
10,501 (2018)
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
Dalam jawatan
19 Mei 2018 – 10 Mac 2020
Digantung: 24 Ogos 2019 – 15 November 2019
RajaNazrin Shah
Menteri BesarAhmad Faizal Azumu
Kawasan pilihan rayaTronoh
Butiran peribadi
LahirYong Choo Kiong
(1970-09-23) 23 September 1970 (umur 51)
Sitiawan, Perak, Malaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
(2004–2020)
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
(2020-2022)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Rakyat (PR)
(2008–2015)
Pakatan Harapan (PH)
(2015–2020)
Perikatan Nasional (PN)
(sekutu, March 2020 – December 2020), ahli sejak 2020)
KediamanIpoh, Perak, Malaysia
Alma materSekolah Menengah Kebangsaan Nan Hwa
PekerjaanAhli politik
Paul Yong Choo Kiong di Facebook

Paul Yong Choo Kiong (Bahasa Cina: 杨祖強pinyin: Yáng ZǔqiángPe̍h-ōe-jī: Iûⁿ Cho͘-kiông, lahir 23 September 1970) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi kerusi Tronoh sejak Mei 2013.[1] Beliau berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu dari Mei 2018 sehingga kejatuhan pentadbiran negeri PH pada Mac 2020. Beliau kini merupakan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen dari gabungan pemerintah Perikatan Nasional (PN) negara selepas krisis politik Malaysia 2020-21.[2] Sebelum ini, beliau merupakan anggota Parti Tindakan Demokratik (DAP), parti komponen gabungan pembangkang Pakatan Harapan.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Paul Yong Choo Kiong dilahirkan di Sitiawan, Perak. Keluarganya merupakan penetap kampung baru yang diperkenalkan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.[4]

Pendidikan dan kerjaya profesional[sunting | sunting sumber]

Yong mendapat pendidikannya di SJKC Pei Min Ayer Tawar, dan kemudiannya di SMK Ambrose, Ayer Tawar serta Sekolah Menengah Nan Hua. Beliau juga dikatakan memperoleh sijil sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan daripada sebuah universiti bernama Akamai;[5] gelaran ini dibongkar merupakan sijil tak sahih oleh ahli politik pembangkang Wee Ka Siong.[6]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Memasuki politik pada 2004, Yong dengan cepat menjadi Setiausaha Politik kepada Ngeh Koo Ham dalam DAP cawangan Sitiawan.[7] Yong bertanding sebagai calon ADUN dalam pilihan raya umum Malaysia 2013 dan memenangi kerusi DUN Tronoh di Perak. Selepas itu, Yong mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum Malaysia 2018 dan mengalahkan saingan terdekatnya, calon MCA, Yuen Chan How dengan majoriti 10,501 undi.[8] Dengan kemenangannya pada PRU14, beliau dilantik sebagai anggota EXCO negeri Perak yang berkhidmat dalam kerajaan negeri PH di bawah Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.[9]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pendakwaan rogol[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2019, Yong didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh di bawah Seksyen 376 dakwaan atas tuduhan merogol pembantu rumahnya di sebuah bilik di tingkat atas Jalan Meru 2, Taman Desa Meru, Ipoh antara jam 8.15 dan 9.15 pm pada 7 Julai 2019. Tuduhan pertama kali muncul sekitar awal Julai[10] dan walaupun siasatan polis dikembalikan, ia diserahkan kembali ke Jabatan Peguam Negara bagi tujuan penuduhan,[11] mengakibatkan Yong dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh atas kesalahan memperkosa pembantu rumahnya.[12] Kemudian, muncul penglibatan 'pihak ketiga'[13] dan Ngeh Koo Ham secara terbuka mengatakan bahawa beliau telah bertemu dengan orang yang dibayar untuk membuat laporan polis bersama dengan pembantu rumah.[14] Meskipun ada permintaan rasmi dari pihak peguam bela untuk mempercepat kes tersebut dan memindahkannya ke mahkamah tinggi bagi persidangan yang lebih cepat, pihak mahkamah tinggi menolak pemindahan itu, dan meminta agar kes didengar di mahkamah sesyen.[15][16] Mangsa dijaga di bawah akta perlindungan saksi di Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur, dan walaupun ada permintaan daripada ibu mangsa,[17] ditolak hak lawatan sementara semasa pengurusan kes. Pihak pembela juga telah meminta pihak pendakwa raya untuk menarik balik kes, memetik laporan kimia yang menunjukkan tidak ada jejak DNA-nya yang dijumpai pada barang pakaian serta bendalir badan daripada mangsa.[18]

Penglibatan 'pihak ketiga'[sunting | sunting sumber]

Yong memilih untuk pergi bercuti ketika tekanan terhadapnya semakin meningkat[19] walaupun sebelumnya menolak nasihat Menteri Besar.[20] Walaupun Yong meneruskan cuti, Yong kembali bertugas di persidangan Dewan Undangan Negeri Perak dari 16 ke 22 November. [21] Kemudian, ada dakwaan menerusi suatu rakaman bahawa ketua DAP Perak, Nga Kor Ming memarahi Yong oleh kerajna inisiatifnya untuk kembali bekerja, yang semakin menambah khabar angin bahawa ada 'tangan hitam' berada di belakang tuduhan itu.[22] Tuduhan muncul semasa Yong muncul di mahkamah ketika beberapa ratus penyokongnya muncul untuk menuntut pengunduran Nga.[23]

Desakan sokongan[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun dengan tuntutan pembelaannya dan dakwaan kemunculan penglibatan pihak ketiga, Yong mengeluarkan kenyataan akhbar yang mendesak penyokongnya untuk terus menyokong parti (DAP) dan pemimpinnya.[24] Perkembangan berkaitan termasuk pengunduran awal dua orang ADUN, iaitu ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng dan ADUN Pokok Assam, Leow Thye Yih sebagai protes terhadap kenyataan Nga mengenai keputusan Parti mengenai nasib Yong dan bukannya jawatankuasa negeri Parti. Namun begitu, kedua-duanya kemudian mengalah dan kembali ke dalam jawatankuasa negeri atas rayuan lanjutan Yong.[25] Kedua-duanya kemudian dinafikan penempatan semula[26] dengan Nga secara terbuka membantah 'anggota yang gagal menepati barisan parti.'[27]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Perak: N33 Tronoh, P66 Batu Gajah[28][29][30][31][32][33]
Tahun Undi Peratusan Lawan Undi Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2013 Paul Yong Choo Kiong (DAP) 13,243 64.10% Yip Sze Choy (MCA) 7,052 34.20% 20,646 6,191 76.80%
2018 Paul Yong Choo Kiong (DAP) 15,061 74.20% Yuen Chan How (MCA) 4,560 16.90% 20,299 10,501 75.40%
Andy Chin Kwai Heng (PSM) 333 1.20%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "YB Paul Yong Choo Kiong". mykuasa.org. 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-29. Dicapai pada 5 December 2019.
  2. ^ Zahratulhayat Mat Arif (5 March 2020). "Tronoh and Buntong assemblymen now with Bersatu". New Straits Times. Dicapai pada 10 March 2020.
  3. ^ Zahratulhayat Mat Arif (9 March 2020). "Three Perak assemblymen declare themselves independent". New Straits Times. Dicapai pada 10 March 2020.
  4. ^ Perak, Suara (May 2018). "Lima Portfolio YB Paul Yong". Suara Perak. Dicapai pada 5 December 2019.
  5. ^ Perak, Suara (May 2018). "Lima Portfolio YB Paul Yong". Suara Perak. Dicapai pada 5 December 2019.
  6. ^ Ka Siong, Wee (9 February 2019). "Kilang Ijazah". Facebook. Dicapai pada 5 December 2019.
  7. ^ Koo Ham, Ngeh (1 August 2008). "Political Secretary". ngehkooham.blogspot.com.
  8. ^ Star, The (10 May 2018). "14th GE Election Results". The Star. Dicapai pada 5 December 2019.
  9. ^ Loh, Ivan (20 May 2019). "Perak State Exco Sworn In". The Star Publication. Dicapai pada 5 December 2019.
  10. ^ KiniTV, Malaysiakini (9 July 2019). "Police Investigating Perak EXCO member over rape allegations". Dicapai pada 5 December 2019.
  11. ^ National News Agency, Bernama (19 August 2019). "Malay Mail". Dicapai pada 5 December 2019.
  12. ^ Mat Arif, Zahratulhayat (24 September 2019). "Paul Yong Rape Trial". New Straits Times. Dicapai pada 5 December 2019.
  13. ^ Kaur, Minderjeet (23 August 2019). "Power struggle with federal DAP leaders led to rape report in Perak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-18. Dicapai pada 2021-07-13.
  14. ^ Loh, Ivan (22 August 2019). "Ngeh:Man paid RM100k to take maid to lodge rape report against Paul Yong".
  15. ^ Kaur, Manjit (26 November 2019). "High Court denies Paul Yong rape case transfer request". The Star.
  16. ^ "Paul Yong's rape trial begins at Ipoh High Court". The Star. 5 April 2021.
  17. ^ kinitv, Malaysiakini (11 October 2019). "Mother, lawyer seek to meet rape victim in Indonesian embassy safehouse". Malaysiakini.
  18. ^ Staronline, The (22 October 2019). "Paul Yong's lawyers call for prosecution to withdraw rape charge". The Staronline. Dicapai pada 6 December 2019.
  19. ^ Loh, Ivan (25 August 2019). "Paul Yong Takes Leave". The Star.
  20. ^ Kinitv, Malaysiakini (23 August 2019). "Paul Yong refuses to go on leave despite MB's advice". Malaysiakini.
  21. ^ Reporters, FMT (17 November 2019). "Rape Accused EXCO Paul Yong defends decision to return to work". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-11. Dicapai pada 2021-07-13.
  22. ^ Kaur, Manjit (17 November 2019). "Audio Clip of DAP leader criticising Paul Yong for resuming duties go viral". The Star.
  23. ^ kinitv, Malaysiakini (24 September 2019). "Drama at EXCOs Rape Case, Protest against Nga, lawyer claims maid 'political pawn'". Malaysiakini.
  24. ^ Loh, Ivan (21 November 2019). "Paul Yong ureges supporters to support Perak DAP Leadership". The Star.
  25. ^ Loh, Ivan (23 November 2019). "Two Perak DAP Reps who quit party posts rejoins committee". The Star.
  26. ^ Loh, Ivan (25 November 2019). "Fire Still Burning in Perak DAP". The Star.
  27. ^ Loh, Ivan (24 November 2019). "No quarter for DAP members who fail to toe the party line". The Star.
  28. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  29. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
  30. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  31. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2018. Dicapai pada 26 October 2014.
  32. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE – 14". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  33. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.

Pautan luaran[sunting | sunting sumber]