Pauline Tan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pauline Tan
Kelahiran
Pauline Tan Li Shin

(1991-02-11) 11 Februari 1991 (umur 33)
PekerjaanModel, pelakon, pengacara
Tahun aktif2011–kini
PangkatMiss Universe Malaysia 2015
PasanganHenley Hii (k. 2022)
Pemenang pertandingan kecantikan
Warna rambutHitam
Warna mataHitam

Pauline Tan Li Shin (Cina Mudah: 陈俐杏; pinyin: Chén Lìxìng; lahir 11 Februari 1991) merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan bekas ratu cantik Malaysia.[2] Beliau merupakan naib juara Miss Universe Malaysia 2015.[3][4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, semasa menuntut di Taiwan, Tan telah mengambil bahagian dalam Miss Astro Chinese International semasa cuti musim panas tetapi tersingkir. Kemudian pada musim cuti musim panas di universiti tahun ketiga, Tan mula mendapati bahawa beliau mempunyai minat yang besar dalam industri media, tetapi seorang pelajar Kesusasteraan Bahasa Inggeris dan tiada kaitan dengan media.[5]

Apabila mengetahui ntv7 sedang mencari pengacara untuk rancangan Mandarin Battle Star, Pauline tidak berganjak dan mencuba nasib, bagaimanapun beliau tidak disenaraipendekkan. Tuah memihak kepadanya apabila ditawarkan membintangi drama pertamanya, After Class yang bersiaran di ntv7.[6] Beliau mula dikenali umum pada 2014 selepas membintangi drama Sweet Delicacy terbitan ntv7.[7]

Miss Universe Malaysia 2015[sunting | sunting sumber]

Tan terpilih sebagai salah seorang dari 17 peserta yang bertanding di Miss Universe Malaysia 2015 dan beliau dinobatkan sebagai naib juara, di belakang Vanessa Tevi Kumares yang bergelar juara.[8] Sepanjang penglibatannya dalam Miss Universe Malaysia 2015, beliau pernah mengikuti latihan intensif selama empat bulan.[9][10]

Peranan lain[sunting | sunting sumber]

Pauline juga pernah dilantik sebagai duta DFKL 2018 bersama pelakon Syazuwan Hassan.[11][12] Beliau juga menceburi lakonan dalam industri hiburan tempatan Cina dan Melayu. Pauline juga hos rancangan bual bicara berbahasa Cina iaitu Living Delight yang disiarkan secara langsung di 8TV dan ulang tayang di ntv7.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Tan mengakui akan kelemahannya berbahasa Melayu dalam temuramah bersama mSTAR Online: "Saya mahu mencuba nasib di pasaran Melayu pula, jadi perlu fasih dan banyak yang perlu saya pelajari lagi. Sebelum ini saya belajar di Taiwan dan Korea menyebabkan saya sudah lebih lapan tahun tidak berbahasa Melayu."[13]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2024 Rain Town Filem pertama

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017
The Memoir of Majie
Lei Yu Hong
雷雨虹
ntv7
Pelakon Utama
The Men In Black School
Meng Tian
孟恬
2018
Singing in the Spring
Xin An An
辛安安
8TV
Penampilan khas
(Episod 1)
2019
Sweet Delicacy
Long Xiao Yu
龙小余
Pelakon Utama
Dia Menantu Rahsia
Jenny
TV3
Pelakon Pembantu
Turning Point 2
Jessie Jian Hui Shan
简慧珊
8TV
Pelakon Utama
2020
Love Delivery
Long Xiao Yu
龙小余
Maaf Tak Indah
Cheryl
TV3
Pelakon Pembantu
2021
A Promise To Love
Guan Zi Mei
关子美
8TV
Pelakon Utama

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2014 We Were The Best Chloe Filem pendek
2015 Cafe Lumiere Eva
2018 Baeu, Baeu Dalnim
Kebaya Mek Hwa Mei
2019 Antara Dua Deru

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2014 Golden Award 2014 Pendatang Baru Terbaik Pauline Tan Tercalon
2018 Anugerah Skrin 2018 Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian The Memoir Of Majie Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Editorial (17 April 2015). "When Beauty Meets Charm". R.AGE. Dicapai pada 21 Februari 2019.
  2. ^ Jason Tan (28 Mac 2019). "The art of acting". The Sun, Malaysia. Dicapai pada 26 Mei 2019.
  3. ^ "About Pauline Tan". Miss Universe Malaysia 2015. Dicapai pada 25 November 2018.
  4. ^ "Pelakon bukan Melayu tak kurang hebat". Harian Metro. Dicapai pada 21 Disember 2018.
  5. ^ Chris Wong (18 September 2015). "Pauline Tan:, a talented actress and presenter with clear goal". Q-e3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-04. Dicapai pada 20 September 2015.
  6. ^ Choo Woon Lim (16 Februari 2015). "Tan aims to become actress and TV host in the country's entertainment industry". Q-e3. Dicapai pada 16 Februari 2015.
  7. ^ Dennis Chua (29 Mac 2019). "#Showbiz: There's still room for non-Malays in Malay-dominated entertainment industry". New Straits Times. Dicapai pada 26 Mei 2019.
  8. ^ Emy Suzira (20 November 2014). "Photos: See 17 Miss Universe Malaysia 2015". The Hive Asia. Dicapai pada 20 November 2014.
  9. ^ Yasmin Ahmad Kamil (21 November 2014). "Miss Universe Malaysia 2015 finalists to undergo four weeks of intensive training". The Star Online. Dicapai pada 21 November 2014.
  10. ^ Farezza Hanum Rashid (21 November 2014). "Malaysian beauties with brains". New Straits Times. Dicapai pada 21 November 2014.
  11. ^ Najiy Jefri (9 Februari 2018). "Strategi pikat pelbagai kaum". Harian Metro. Dicapai pada 10 Februari 2018.
  12. ^ Tahir Alhamzah (8 Februari 2018). "MPTN's drama festival ropes in 2 ambassadors [NSTtv]". New Straits Times. Dicapai pada 8 Februari 2018.
  13. ^ Kemalia Othman (8 April 2018). "Lebih 8 tahun Pauline tak cakap Melayu". mStar Online. Dicapai pada 9 April 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]