Paulo Rangel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Paulo Rangel
Maklumat peribadi
Nama penuh Paulo Rangel do Nascimento Gomes
Tarikh lahir (1985-02-04) 4 Februari 1985 (umur 39)
Tempat lahir Belém, Brazil
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Kedah
Nombor 9
Kerjaya remaja
2002 Boavista
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2004 Boavista 18 (19)
2004–2005 Varzim 16 (22)
2005–2006 Maia 19 (15)
2006–2007 Lousada 22 (19)
2007–2008 Baraúnas 25 (22)
2008 Potiguar 18 (17)
2008–2009 Dibba Al-Hisn 23 (22)
2009–2010 Santa Cruz 26 (26)
2010–2011 São Raimundo (PA) 22 (25)
2011–2012 São José 15 (15)
2012–2013 Muang Thong United 24 (26)
2013Perak (pinjaman) 16 (17)
2013–2014 Selangor 22 (18)
2014–2015 Terengganu 10 (8)
2016 Johor Darul Ta'zim II 18 (19)
2017 Londrina 15 (6)
2017–2018 Nakhon Ratchasima 31 (16)
2018– Kedah 8 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Paulo Rangel do Nascimento Gomes (lahir 4 Februari 1985) seorang pemain bola sepak profesional kelahiran Brazil yang bermain untuk pasukan Liga Super Malaysia, Kedah sebagai penyerang. Beliau dikenali sebagai penyerang semula jadi kerana mempunyai kemahiran menggelecek dan ketepatan dalam menjaringkan banyak gol di dalam kawasan kotak penalti.

Karier[sunting | sunting sumber]

Perak FA[sunting | sunting sumber]

Pada bulan April 2013, Perak FA menandatangani Rangel secara pinjaman dari kelab Liga Perdana Thailand Muangthong United FC dengan nilai yang tidak dinyatakan. Rangel memulakan penampilan pertamanya pada 14 April, menentang PKNS FC dan beliau berjaya menjaringkan gol pertamanya. Perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri 2-2. Paulo Rangel mula disukai para penyokong dan peminat Perak FA apabila menjaringkan gol hatrick menewaskan pasukan bintang yang baru dibentuk Darul Takzim FC 3-0 di Stadium Lumut. Penyokong menyifatkan bahawa Rangel adalah penyerang import yang terbaik semenjak kegagalan dua penyerang import sebelumnya iaitu Lazar Popovic serta Karim Rouni.

Selangor FA[sunting | sunting sumber]

Dengan keinginan kekal bermain di Malaysia, pada November 2013, Rangel menyertai Selangor FA[1][2] selepas Selangor menebus kontraknya bersama Muangthong United FC yang bermain di dalam Liga Perdana Thai. Rangel membuat kemunculan gemilang dengan menjaringkan 2 gol dalam kemenangan 2-0 Selangor ke atas T-Team FC[3] di Stadium MBPJ dalam perlawanan pembuka tirai Liga Super Malaysia pada 18 Januari 2014 dan seterusnya menjaringkan 1 gol dalam perlawanan menentang Harimau Muda C[4] dalam saingan Piala FA Malaysia pada 22 Januari 2014.

Terengganu FA[sunting | sunting sumber]

Pada 26 November 2014, Rangel menyertai Terengganu FA setelah dilepaskan oleh pengurusan Selangor FA.

Johor Darul Takzim FC[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Disember 2015, Rangel menyertai Johor Darul Takzim FC setelah dilepaskan oleh pengurusan Terengganu FA sejak Oktober 2015[5]. Upacara menandatangani kontrak dilakukan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Bahru. Beliau menggantikan Luciano Figueroa pemain import yang bersara, untuk melengkapkan kuota empat pemain import dan bekerjasama dengan penyerang utama import Jorge Pereyra Díaz untuk musim 2016. Pemain berasal daripada Brazil itu menyifatkan tawaran untuk bersama Juara Piala AFC 2015 seperti 'Impian Menjadi Kenyataan' dan menganggap Juara Liga Super itu sebagai pasukan terbaik di Malaysia.[6] Beliau berjanji untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk pasukan dalam setiap latihan dan setiap perlawanan. Penaung pasukan Johor Darul Takzim, Tunku Ismail selaku Tunku Mahkota Johor menyatakan bahawa berdasarkan prestasi untuk kelab-kelab sebelumnya, Rangel adalah pemain yang sentiasa mengekalkan rekod jaringan yang baik dan sangat berpengalaman dalam bola sepak tempatan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab

Muangthong United

Individual

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131117/su_05/Selangor-sasar-satu-piala-musim-depan
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-01. Dicapai pada 2014-01-23.
  3. ^ http://www.thestar.com.my/Sport/Football/2014/01/18/Rangel-gets-Selangor-off-to-winning-start/
  4. ^ http://www.nst.com.my/sports/soccer/rangel-fires-selangor-past-tigers-1.468511
  5. ^ "JDT sign Paulo Rangel for two years". www.themalaymailonline.com. Dicapai pada 2015-12-30.
  6. ^ SEPEE, SITI NOOR. "JDT ikat Paulo Rangel dua tahun". www.sinarharian.com.my. Dicapai pada 2015-12-30.