Paulus Wei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Paulus Wei (1877-1919; bahasa Cina: 魏保羅) merupakan pengasas Gereja Jesus Benar. Beliau menjadi seorang mubaligh Adventis Hari Ketujuh selepas disembuh daripada penyakit yang amat teruk dan yang tidak dapat diubati doktor-doktor.

Dilahirkan di Hebei, China, Paulus adalah seorang usahawan pakaian serta ahli Persatuan Mubaligh London di China. Selepas jatuh sakit yang amat teruk, Paulus berjumpa dengan ramai doktor, akan tetapi tidak dapat satu doktor yang dapat menyembuhkannya. Sewaktu Sheng-Min Xin (新聖民), seorang pegawai gereja daripada "Misi Kepercayaan Hhawariun", meletakkan tangan ke atas tubuhnya, penyakitnya terus hilang secara luar biasa. Oleh sebab itu, Paulus bermula menyelidiki ajaran Adventis Hari Ketujuh dan kemudiannya menjadi penganutnya.

Pada suatu hari ketika berdoa di sebuah gereja di Beijing, Paulus menerima pembaptisan Roh Kudus dan bermula bertutur dalam bahasa lidah dalam keadaan bersawai. Pada tahun 1917, di bawah bimbingan Roh Kudus, Paulus dibawa ke sebatang sungai yang besar di mana beliau melutut dan berdoa. Tiba-tiba, suara yang jelas dan lantang menyuruhnya, "Engkau kena dibaptiskan dengan muka menghadapi ke bawah". Paulus mengikut arahan dengan sewajarnya dan berasa jiwanya dibersih.

Paulus memutuskan berbakti kepada Tuhan. Selepas berpuasa 39 hari, Roh Kudus memaklumkannya bahawa gereja yang baru-baru ditubuhkan harus digelar "Gereja Jesus Benar" (真耶穌教會) dan bukannya "Gereja Reformasi Bagi Segala Negara" (更正萬國教會). Tujuan-tujuan gereja ini adalah untuk membetulkan segala kesalahan yang telah dibuat oleh mazhab Kristian yang lain serta mencapai kesempurnaan.

Selepas mematuhi arahan Tuhan dan berkhutbah selama dua tahun, Paulus meninggal secara damai dan dikebumikan di kampung halamannya. Isaac Wei, anak lelakinya, meneruskan kerja mubaligh di China Utara.