Paus John Paul I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hamba Tuhan, John Paul I
Albino Luciani, 1969 (3).jpg
Dalam jawatan
26 Ogos 1978 – 28 September 1978
Didahului oleh Paus Paul VI
Digantikan oleh Paus John Paul II
Butiran peribadi
Lahir (1912-10-17)17 Oktober 1912
Canale d'Agordo, Veneto, Itali Itali
Meninggal dunia 28 September 1978(1978-09-28) (umur 65)
Istana Paus, Kota Vatikan Kota Vatikan
Jata Paus John Paul I

Paus John Paul I (Bahasa Latin: Ioannes Paulus PP. I; Bahasa Itali: Giovanni Paolo I) (lahir sebagai Albino Luciani pada 17 Oktober 1912 - 28 September 1972) merupakan seorang paderi Roman Katolik Itali dan Paus ke-264 untuk 33 hari sahaja pada tahun 1978. [1] Namanya adalah gabungan nama dua paus yang terdahulu sebelumnya. Nama "John Paul" digunakan untuk menghormati Paus John XXIII yang telah menjadikan beliau seorang biskop dan Paus Paul VI yang telah menaikan pangkatnya untuk menjadi seorang kardinal. [2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Luciani telah dilahirkan di Canale d'Agordo, sebuah bandar kecil di antara Venice dan sempadan Austria dengan Itali. Bapa beliau ialah seorang pekerja asing di Switzerland.

Paderi[sunting | sunting sumber]

Luciani memulakan tugasnya sebagai paderi di paroki-paroki tempat tinggalnya. Pada tahun 1937, beliau menjadi seorang profesor teologi dan naib rektor seminari Belluno.

Paus[sunting | sunting sumber]

Kardinal Luciani telah dipilih sebagai Paus pada tahun 1978. [3] John Paul I merupakan paus pertama untuk menggabungkan nama-nama John dan Paul sebagai seorang Paus untuk membalas jasa-jasa Paus John XXIII dan Paus Paul VI. Beliau merupakan Paus yang pertama untuk memilih nama baharu sebagai Paus sejak Paus Lando pada tahun 913.

Di Itali, beliau juga diingati sebagai Il Papa del Sorriso (The Smiling Pope) dan Il Sorriso di Dio (Senyuman Tuhan).

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Makam Paus John Paul I

Pada 29 September 1978, 33 hari selepas dilantik sebagai Paus, John Paul I telah ditemui mati "terbaring di katil beliau, dengan buku yang terbuka di sebelahnya, dan lampu bilik yang dihidupkan. Berdasarkan kenyataan seorang doktor Vatikan, John Paul I mungkin meninggal dunia di antara pukul 11:00 p.m. akibat serangan jantung. [4]

Pemakaman John Paul I telah diadakan di Dataran St. Peter pada 4 Oktober 1978 dan disembahyangkan oleh Kardinal Carlo Confalonieri. Beliau kemudiannya dikebumikan di Grottoes Vatikan. Terdapat beberapa teori konspirasi yang berkaitan dengan kematiannya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "List of Popes," Catholic Encyclopedia (2009); retrieved 2011-11-02.
  2. ^ "Obituaries: The Smiling Pope," New York Times. November 6, 1978; retrieved 2011-10-30.
  3. ^ "On This Day: August 26," New York Times.; retrieved 2011-10-27.
  4. ^ "Pope John Paul I dies of heart attack: From the archive, 30 September 1978". the Guardian. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]